Monday, March 14, 2011

siapa di hatinya?

bismillah.


saya rasa, ini macam kali kedua saya menaip entri untuk isi yang sama.


perihal saya di add di FB, kemudian saya di tanya mengenai seseorang.

perasan motif di situ?

hmm.



ini merupakan kali kedua juga saya di tanya, ok fine, ini kali kedua di FB. verbally, tak masuk lagi. ramai kot.

tanya, macam2 cara. yang berkias2 lain, yang ambil hati lain, yang direct lagi lah lain.

motif yang sama. "siapa di hatinya?"

persoalannya, kenapa tanya saya?


=.="



saya bukanlah adik beradik kandung, apatah lagi ipar [mintak jauh!], dan tidak juga adik beradik angkat.

kami bukan di kampus yang sama.

kami takde pertalian sah, which is dia BUKAN MUHRIM saya.

kami bukan satu kos. bukan itu bukan ini.

kalau di lihat pada 'perhubungan' kami, tak lebih. saya tak rasa orang tahu pn kami berhubung, paling tidak pun, kalau mereka usha FB si brother nih.

ok fine, tolak kalau mereka tahu saya dan dia pernah bekerjasama b4 this.

tapi tak semudah itu untuk kamu meneka.


dan tidak semudah itu juga untuk awak bertanya saya, siapa di hatinya.
dalam bahasa kasar, saya bukan mak dia.


persoalan menimbulkan tanda tanya kat benak fikiran. sampai adik saya pun gelak terguling-guling.

"diorang tak boleh rasa ke kalau si ******** pun boleh je nak kawen dengan akak?"

ni satu hal.


dalam pada ramainya kaum Hawa ter'list' kat friends dia di FB, kenapa golongan sister ni berminat juga nak tanya saya? saya nak tahu, kenapa mereka yakin sangat yang saya ada jawapan kepada persoalan mereka tu?

tidak tahukah mereka yang saya juga ingin tahu jawapan itu?















biarkan siapa sahaja di hatinya. harapannya, di hatinya terukir indah nama Penciptanya :)

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...