bis
millahirrahmanirrahim..
Musim cuti. Untuk saya, dan yang bakal graduate dari cfs mungkin.
Selepas hampir 4 bulan bertarung dengan dua subjek, akhirnya saya di rumah, menanti detiknya untuk mendaftarkan diri di Kampus Indera Mahkota, Kuantan.
insyaAllah ;)
Alhamdulillah, BANYAK yang saya pelajari ketika menghabiskan masa untuk semester terakhir ni. Tentang tanggungjawab. Tentang kepentingan ilmu dan achievement. Tentang cara kita, attitude kita, yang membawa kita kepada cara kita berhadapan dengan dunia. Senang cerita, cara kita membawa diri kita.
Tak kira siapa kita, apa asal-usul kita, atau dari negeri mana kita sekalipun, yang paling penting kita mestilah jaga diri kita sendiri.
memang saya mempelajari, menghayati dan menikmati hari-hari akhir ini..
paling penting, saya makin mempercayai asas yang utama untuk seorang remaja, kecemerlangan dalam akademik :)
bukan senang untuk menempatkan diri dalam kalangan warga IPTA. Siapa kata ibu dan ayah kita tak bangga menjawab soalan saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan mereka, "Dia study kat U....".
Makin teguh kepercayaan saya kerana sekecil-kecil sesuatu bidang pekerjaan yang diminta, perlu lah diiringi dengan slip keputusan, kalau tak degree atleast SPM. Ye, result SPM yang 'lawa' tuh.
"Ye la Nis, nak mintak keje kat kedai runcit pun nak sijil SPM tahu!" itulah usikan seorang rakan.
Serius saya tak sangka. Saya ingat kalau setakat jaga kedai runcit, main 'terjah' sahaja. Tak perlu photostate result bagai. [=.="]
Saya makin SERIUS memikirkan dan membuat percaturan tentang hal ini.
Saya pernah menulis entry, specifically mengenai 'scholarship', tak lama dahulu.
Dan, perkara tersebut memang 'menghantui' saya sejak keluar result JPA dulu.
Sedar diri, dan bila dah sedar diri, sedar pulak result yang 'biasa-biasa' nih. Layakkah saya?
Pergi mana-mana, semua membincangkan tentang itu.
"Hang apply apa? PTPTpu?"
"Aku dapat JPA. Rezeki2.."
"Next week g interview Proton.."
etc..
Itu baru conversations. Belum masuk yang kat fb lagi.
"Bila result keluar?"
"InsyaAllah dorang kata 18hb nih. Awat?"
"Alamak... Cuak.."
"Kenapa nak cuak? Orang hebat kot.."
"Sebab saya aim 'rata'... Hadoi.."
[=.=']
Isy, terasa rendah diri pula.
Macam tak 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' lansung.
Must do something~
Banyaknya ujian, yang bakal mendatang untuk achieve yang kita idam-idamkan. Saya pun mula lah browse any other companies yang menawarkan biasiswa.
Sime Darby :-
Eligibility
Aged 21 years and BELOW.
SPM : 7A1's, STPM : Min 4 Principal A and 1 Principal B, Matric or Diploma CGPA : ATLEAST 3.5 and list goes for overseas applicant
Possess strong LEADERSHIP qualities, high scholastic achievements and notableparticipation in extra-curricular and sport activities (common!)
Fluent in BM and BI [both oral and written]
Medically FIT
Not bonded or recipient for any other scholarships.
Petronas :-
Same common requirements. Possess strong leadership and stuffs. Not aware of the CGPA requirement, may be the same as above.
KYUEM :-
BNM :-
Khazanah :-
semuanya hampir serupa. Maksud saya dari segi requirements. Di sini, pentingkah akademik dan cara kita membawa diri? Cukup kah sehingga saat ini?
Noted that I'm not taking this seriously, but it does affect me in the meantime. Science stream student like me really need those to affirm our job in the future. Is it?
Saya merasakan saya perlu mula menyediakan diri untuk hal-hal seperti ini. Without hesitate. Itu paling penting.
Kalau dia boleh, saya juga boleh. Kalau orang lain mampu, kenapa tidak saya?
I'm quite sure about those extra curricular part. But the curricular itself?
Permudahkan urusan kami ya Allah.. (T_T) Allahu Allah!
2 comments:
anis, dulu yana pikir mcm tu jugak. aim cgpa tinggi dpt scholar n guarantee kerja.
skrg tak dah. entah lah. sbb ada je yg dpt cgpa cfs tinggi tapi still xdpt jpa sbb pendapatan tinggi. n x smua yg pegang jpa, akan dpt keja. selain doctor semua tu lah. pegang scholar x guarantee kerja sbb kadang2 pihak bagi scholar tu xde vacancy nak offer kat kita. jadi rasa mcm dah salah fahaman skrg.
alah rezeki mana2 je anis.
ye ke.. itulah, anis takdela amik serius sgt hal ni. Tapi sejak 2menjak anis g mane2, esp kat gombak, sume ckp pasal benda ni. Macam cuak pn ada. seolah2 kalau takde scholar, takleh idup pulak :(
insyaAllah. betul2. rezeki kat mana2 je ^_^
Post a Comment