Monday, October 4, 2010

all thanks to ALLAH..

bismillahirrahmanirrahim..

:)

Allah jugalah yang sebaik-baik Perancang.

saya pernah mendengar kisah Khalifah Umar Abd Aziz, yang 'ditegur' anaknya kerana beliau ingin menyambung muamalat selepas Zuhur, sedangkan masa masih panjang lagi sebelum tibanya waktu Zuhur. Hal ini demikian kerana, beliau ingin berehat seketika. Tetapi,ditegur pula oleh anaknya...

"Bagaimana ayahku sebegitu yakin yang kita akan hidup sehingga Zuhur nanti?"

teguran yang menyebabkan beliau bingkas bangun, meneruskan urusan pentadbiran beliau semula.

***

kadang-kadang, kita hanya berkata, "maaf, saya tak dapat memenuhi jemputan awak. ada hal lain." dengan begitu konfemnya. Tapi akhirnya, kita antara tetamu 'awal' yang sampai.

paling simple lah, selalu jugak terlepas nak cakap, "eh,kejap lagi aku nak basuh baju. Lepas zuhur tidoq sat. Then baru sambung study.." kat roommate. Roommate hanya mengangguk, tanda mengiyakan.

Tengok2, satu apa pun tak buat. Bila dah online, terus online sampai ke petang. [contoh sahaja]

macam mana kita boleh terlalu yakin yang kita akan hidup, seminit, sejam, sehari walhal sesaat dari sekarang?

ada juga English saying mengatakan, "Don't tell, or you'll ruin it.."

apa sahaja. Saya harap, saya tak begitu yakin selepas ini.





hari ni hari keTUJUH [7] saya bercuti. Masih berbaki 53 hari. Sempatkah utk saya menggunakan hari-hari tersebut sebaiknya? Wallahu'alam..




No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...