tak jadi.. maka jangan lah bersedih.. :')
bismillah..
Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” (Hadis riwayat Ibn Sunni dan Ibn ‘Asyakir secara marfu’)
post ni khas utk saya meminta maaf kepada siapa sahaja yang saya jumpa kat Gombak, semalam dan insyaAllah hari ni. Saya tak bersedia nak berjumpa dengan 'specific' orang yang saya kenal sebenarnya, menyebabkan saya bertindak 'kaku' dan maybe muka yang dah memang sedia 'ketat' ni, bertambah 'ketat' lagi semalam.
Minta maaf :(
hati saya makin tak tenteram, setelah pulang dari Konsert Palestine will be free kat CAC. Mungkin kerana situasi dan suasana dalam Hall tu sendiri, yang bercampur lelaki dan perempuan, menyebabkan dada kami 'sesak'!
tak tahu di mana silapnya. Mungkin kerana kehadiran orang luar,yang teramat ramai, dan juga pertembungan budaya, Melayu dan serata umat Islam dari pelbagai negara.. dan mungkin juga, kejutan 'budaya', lelaki dan perempuan.
serius, jiwa sesak..
sebetulnya, beli tiket itu semata utk menonton persembahan dari Maher Zain. Al-kebetulan, beliau yang pertama membuat persembahan pembukaan, walaupun hanya 2 lagu, InsyaAllah dan Barakallahulakuma.. setelah persembahan In-Team, sahabat saya, Haziqah terus menerus ajak kami keluar dari dewan. Believe me, saya banyak berdiam diri sewaktu dalam dewan. Mungkin juga kerana 'kejutan'.
Keluar je dari dewan, saya dan Haziqah menemani dan 'campus tour' bersama student dari Kuantan [macam saya bukan Kuantan pulak kan :p] Wan Atikah dan Shazlenna. Dahla campus tour, tangkap gambar tersangatlah banyak. Iyelah, bila lagi nak berjumpa, dating malam2 kan. Ada kereta lagi. Apa lagi..
itu je the best part of yesterday. Selebihnya, menyebabkan saya tak tenteram sekejap.
Jumpa orang itu,selisih dengan orang ini,mesej dengan yang itu,berbual dengan yang ini. Akhirnya, saya sendiri rasa berdosa semalam. Saya rasa,macam saya 'sosial' sangat, padahal yang saya jumpa semuanya yang saya kenal dan perempuan. Tapi maybe sebab tempat kami bertemu, tempat yang ramai orang, dan juga kafe HS yang tak mungkin saya jejak lagi selepas ini.. Saya taknak pergi kafe tu lagi!
saya cukup rasa bersalah sebab saya 'kaku' dengan seseorang yang saya kenal, seolah-olah saya tidak mengenali beliau sebelum ini, apatah lagi berbual.. Walhal, saya kenal sangat hamba Allah ini, dan saya 'berpersatuan' dengan beliau. Tapi saya tak tahu kenapa saya tak boleh nak cakap, walau sepatah dengan beliau. Nak tengok dia pun, rasa bersalah. Kalaulah dia ada baca post ni, atau sahabat2 beliau, sila lah beritahu yang "saya tak berniat nak buat2 tak kenal kpd beliau".. saya memang tak tahu nak cakap apa, dan kenapa, dan buat apa etc etc. Saya hanya mampu 'melarikan' diri dan 'anak mata' je. Kesiannya. :( saya masih Anis yang dulu, tapi mungkin lebih 'tahu' mana yang baik, dan mana yang buruk. Memang saya rasa bersalah dengan hamba Allah yang ini sebenarnya. Sebab itulah post ini ditulis..
selanjutnya.. Saya tak tahu bila lagi akan ke Gombak selain daripada konvokesyen 4 tahun akan datang. 'Ala kulli hal, minta maaf warga Gombak :(
2 comments:
anis...sedey sangat...sekejap je kita dapat berjumpe~
takpe2...kaku tu mungkin sebab dah lama tak jumpe...
alhamdulillah, harini aku berjaya pergi ke kelas jam8.30 pagi~hehe
huhu.. lain kali nak mai gombak [sah sehingga 6 Disember 2010 :D ] habaq la.. alhamdulillah.. kalau ampa tak p kelas, ak naik kuantan on the spot! :p
Post a Comment