Sunday, June 15, 2014

Selebriti.


"Tengok ni Yaumil."

Yaumil menoleh ke laptop-ku.

"Gambar rilek gitu je nak dekat 1 juta like, 50 ribu lebih share. Peh" kataku sinis.

"Agak-agaknya kalau gambar suami kau macam tu, ramai tak orang like?"

Ceh.

Bagi saya, sentiasa ada pros and cons kalau jadi yang femes ames ni.
Pros-nya, mudah untuk menjadi qudwah. Buat sekali, jadi trending. Silap haribulan, femes pulak kita menjadi hashtagging di twik'er atau FB mahupun IG.

Kedua - bilamana mudah menjadi qudwah, segala perilaku mudah diikuti orang ramai.
Ketiga - senang ler (insyaAllah) kerja2 men-DF orang. Tak payah nak melalui stagesss yang pelbagai! (eher)

and the list goes on.

Cons pon ada.

Bilamana perilaku sering diperhatikan, segala tindak tanduk-tanduk yang kurang pun menjadi perbincangan.

Medan menjadi fitnah terbuka luas.
Naudzubillah min zalik!

Kekadang terfikir, ada hikmah kenapa tak dilahirkan menjadi orang yang femes, popular, dikenali ramai. Bukan nak pun, cuma kadang-kadang rasa macam untung juga menjadi orang yang dikenali ni. Setakat yang diperhatikan, serba mudah. Mungkin sebab tu kita sangat digalakkan untuk berukhuwwah :)

Tapi dalam pada menjadi popular, ada juga amanah terselit. (kalau sahaja anda faham, anggukkan kepala)

Mungkin saya tak sampai/cecah level tu lagi. Jadi je manusia marhaen biasa pun takpe. Takpe. Yang penting kerja jalannnn!

Alhamdulillah 'ala kulli hal.



P.S Semoga bakal suami saya bukan dalam kalangan yang famous/dikenali ramai.





Saturday, June 7, 2014

#SE









Selalu di-uji perihal sabar, lately ni.

Allah nak 'ajar' something. 
Something great is coming over.
InsyaAllah (yakin!) :)

Sunday, May 18, 2014

677. Ended, to start.


FINAL SEMESTER OF TAKING BIOMEDICAL SCIENCE SYLLABUS.

RABBUNA YUSAHHIL!

Thursday, May 15, 2014

676. #reply (i)

Saya pernah ke Institut Teknologi Bandung, Indonesia.

Buat yang tidak mengetahui, ITB merupakan antara pusat pengajian yang ternama di negara seberang. Kalau tak silap, posisi selepas Universitas Indonesia yang famous itu.

:)

Genap setahun lebih berjaulah ke Indonesia, bila mana tumblr- blog- walking, ternampak gambar2 yang pernah dilawati, rasa nak komen meluap-luap lalu komen dilontarkan jua.

Saya antara pelawat 'tak-berapa-tegar' pemilik tumblr di bawah. Mungkin, mula mengikuti perkembangan tumblr beliau kerana beliau merupakan ex-student ITB, dan antara aktivis/penggerak dakwah di sana.

Dan dia Art student kott. 
Subhanallah, ITB memang lawa. Dan menenangkan :)

Here are some of the pics around Masjid Salman, ITB.















and I got his reply. Alhamdulillah.





insyaAllah, mas. (eh, tetiba kecek Indonesia)

Semoga ukhuwwah dua negara bertambah utuh, ameen.

Wednesday, May 14, 2014

675. Penilai.

Hari ini pagi menyambut 'kehadiran' hujan.

Alhamdulillah. Bumi Kuantan basah sekejap.


Sambil-sambil menunggu bas, tangan memusing-musing, gatal menggodeh handphone yang se-akan rosak. 
Di meja sebelah, seorang sister juga sedang menunggu bas. 

Junior gamaknya. Memegang buku manual lab subjek biotech. ber-kod SBT 1___. First year, no doubt.

Tiba-tiba sahabat sister tu datang. Dua orang. Seorang sangat up-to-date fashion-nya. 
Baju nya. Tudung nya.

Seorang lagi berjubah hitam. Bertudung biru. Nampak thiqah.

Tiba-tiba telinga pun gatal nak terdengar perbualan. Jangan amek contoh.

"Eh, esok study circle kan? Korang gi rehlah ke study circle?" tanya sister yang mula-mula datang dgn manual lab.

"Aku gi study circle." kata yang ber-fesyen.

"Aku gi rehlah kot. Aku tak kiraa.." kata yang ber-jubah, nampak thiqah tadi.

Saya pusing lagi ke arah mereka. Eh, macam tak percaya pula.

"Ohh. Ok. Aku g study circle kot." kata sister ber-manual lab.

"Yeay! Tak yah g rehlah." kata yang ber-fesyen.

"Esok tasmik kan? Baca doa apa ek?" tanya sister yang ber-manual lab, sambil kedua-dua mereka sibuk browsing handphone cari doa untuk hafalan.

Chomel.


Subhanallah.
Sungguh, kita tak boleh menilai dengan luaran. 
Terkadang, yang kita nampak 'biasa-biasa' itulah yang lebih baik dari kita, atau yang sekitarnya.

Siapalah kita untuk menilai.

Tapi itu tak bermakna tidak mengambil kira lansung.

'ala kulli hal, jagalah akhlak kita, sebagaimana kita menjaga aurat kita.

*pengajaran dush-dush pagi ni.




Sama, tapi tak serupa. Credit pic to Kantan.




Sunday, May 4, 2014

674. #temanjiwa

"Your soulmate is not someone that comes into your life peacefully. He is who comes to make you question things, who changes your reality, somebody that marks a before and after in your life. It is not the human being everyone has idealized, but an ordinary person, who manages to revolutionize your world in a second." - [from a tumblr]

***

“People think a soul mate is your perfect fit, and that's what everyone wants. But a true soul mate is a mirror, the person who shows you everything that is holding you back, the person who brings you to your own attention so you can change your life. 

A true soul mate is probably the most important person you'll ever meet, because they tear down your walls and smack you awake. But to live with a soul mate forever? Nah. Too painful. Soul mates, they come into your life just to reveal another layer of yourself to you, and then leave.

A soul mates purpose is to shake you up, tear apart your ego a little bit, show you your obstacles and addictions, break your heart open so new light can get in, make you so desperate and out of control that you have to transform your life, then introduce you to your spiritual master...”

― Elizabeth Gilbert, Eat, Pray, Love



From both excerpts, I got this one clue - a soulmate shall not only be your spouse. He/she can be your true friends, your family members, or someone that do change your life significantly without you realized. He/she is somehow live around you.

Mysterious. Yet, "nak tau jugak siapa ek?".

:)

Wednesday, April 30, 2014

673. Sinergi #1



29 April 2014.

InsyaAllah, bakal 'digulingkan', oleh mereka yang lebih baik :)

Akhawat ; sinergi ngat.

Thursday, April 24, 2014

672. Perempuan Itu (2)



#PerempuanEmpat

Ketika hari terakhir KOSMIK lepas, kami dibahagikan mengikut group yang terdiri dari pelbagai kampus dan cawangan. 

Dan saya ditakdirkan, sekali lagi, untuk ber-diskusi bersama seorang akhawat, ukhti S dari kampus yang 'dikenali'. Em.

"Kak Anis, kan?"

Dia mengecam. Saya hanya tersenyum. Angguk. Jalan beriringan dengannya.

Seorang akhawat lain meluahkan masalah di tempatnya ; kurang lebih masalah yang sama - sinergi ikhwah-akhawat.

Ukhti S tiba-tiba menoleh ke arah saya, lalu berkata, sambil tersenyum,

"Eh, sama macam masalah korang."

Saya yang tadinya khusyuk mendengar penjelasan, separa terkejut dengan reaksi ukhti S. 

Lepas tu rasa kelakar. Sebab dia hampir tidak mengecam saya pada awalnya. The best part is dia lebih ingat pada 'masalah' di tempat saya, berbanding nama saya.

Sungguh, akhawat. 
Lol.



#PerempuanLima

"Ana tak sedap hati-lah malam ni. Macam gundah gulana dibuatnya...".

Malam tu memang serba salah dibuatnya. Entah kenapa entah. Tiba-tiba.

"Ok, nti dah settle semua belum? Dah ma'thurat? Dah baca Quran? Ana kalau 'ngokngek' selalunya mesti sebab ada yang tak settle lagi.."

Ukhti F bertanya kembali. Concern.

Saya baru perasan, tak habis tilawah lagi. 
Rasa kena penumbuk se-das.

Dia ikhlas concern. Cuma diri saya yang 'tak ikhlas' menilai hubungan dengan Allah lagi.
Astaghfirullah.

Sungguh, akhawat.
*nanges*





Tuesday, April 22, 2014

671. Perempuan Itu.

Bismillah.

Saya paling 'cuak' bila saya suka + happy + gembira.

Yes, saya mengimpikannya, selalu. Tapi bila unexpected, sampai happy tetiba and tanya diri sendiri, "Kenapa hati aku berbunga harini?", then saya akan, "Ok, chill chill. Nanti kang....".

Then selalunya macam tu lah --'
Lepas tu mesti macam tak keruan pulak. Gundah gulana. Tak sedap hati. Insecure, whatever.

Lepas tu mesti macam merenung diri sendiri - refleks balik kehidupan kat dunia ni lansung tak kekal. Lansung.

Perasaan happy tu pun kejap je. Nanti kalau terlebih syiok, Allah akan 'tarik' balik sikit-sikit, sebagai peringatan. The same goes kalau diberi nikmah yang lainnya. Kalau nampak macam nak lupa daratan, Allah akan tarik sikit-sikit. 

Allah. Indah betul cara Allah 'menyusupkan' kasih sayangNya.

Itulah perempuan. Hamba Allah yang unik sangat, espeseli bab emosinya.

--

#PerempuanSatu

Saya baru add seorang ukhty ni di medan FB. Tidaklah kenal beliau secara personal, lebih kepada nampak beliau dari jauh, dan tahu-lah ke'qowiy'annya dalam dakwah dan tarbiyyah, insyaAllah doa untuknya. Ameen.

Ternyata 'tarbiyyah' beliau juga ter-reflek di post2 FB beliau. Subhanallah, i enjoy reading and viewing every single of them!

Ni salah satu-nya ;



(gambar download sendiri. hehs)

"Perhiasan yang paling berharga ; berada di bilik kebal yang bukan sebarang orang boleh memandang mereka, dan bukan sebarang orang boleh menyentuh mereka.

Wanita dalam Islam ; terlalu mahal untuk dipamerkan untuk tatapan sebarang lelaki, dan terlalu mahal terlalu mahal untuk disentuh sebarang lelaki.

Ada yang tidak pernah bermimpi untuk memiliki kerana tahu tidak mampu. Yang pasti bukan sebarang lelaki dapat memilikinya."


Ah, teruja!
Kakak M, selamat berta'aruf, virtually :)


#PerempuanDua

Saya jarang menghampiri Twitter. Rasa macam insecure sangat.
Tapi saya suka buka Home di Twitter, pastu scroll down sampai habis. Siap 'Load More' lagi. Suka baca pemikiran dan idea serta refleksi hidup orang yang saya Follow yang pelbagai.

Kadang-kadang indah.
Kadang-kadang, macam tak. Atau tak nampak lagi.

Mereka punya definisi sendiri tentang kehidupan.

Tapi saya sangat suka dengan yang ini. Doakan saya jadi macam ni, insyaAllah!




Layakkah saya jadi 'hujan' itu?
:(


#PerempuanTiga

RT from Turkish Proverbs ;

"If you search for a faultless woman, you will remain a bachelor."



Ehem.
Best jadi #perempuan. Alhamdulillah!


PS Nak jadik JK Siswi lah.

Monday, April 14, 2014

670. Bakal berakhir.



"Tiba-tiba rasa sedih. Rasa macam banyaaaaaaakkk benda tak buat lagi, tapi tenure saya dah nak habis. And saya pun bakal grad."

Tiba-tiba ter-hantar Whatsapp itu pada seorang JK. Awalnya macam berbaur lawak jenaka, emoji gelak saliNg bertandang. Tiba-tiba saya sendiri yang menghantar ayat konon-sedih pulak.

"Weh. Jangan buat habuk masuk mata boleh tak." JK tersebut membalas. Lambat.

13 April menandakan selesai sudah event terakhir yang bakal saya hadiri sebagai wakil UIAM Kuantan. 
(sentimental sangat bunyiknya) 

Kenapa macam sentimental sangat?

Entah. 
Sebab bila bersama akhawat, saya rasa selesa sangat. Buat kerja pun senang (alhamdulillah setakat ni), pastu macam faham-faham je. 

Hm, indescribable.

Waktu dalam perjalanan Kuantan-KL, KL-Kuantan. Asyik curhat (curahan hati) je memanjang. Nak cakap pasal kehidupan, planning, throwback - mesti terkait dengan Tarbiyyah. Dah mind-set untuk tidak bicara SEKEJAP pasal tarbiyyah, tapi mesti resolusinya ke tarbiyyah juga. Mesti, tak boleh lari.

Yang membaca pasti muak. Tak habis-habis nak cakap manisnya ukhuwwah, bestnya usrah, etc etc. Tapi itulah hakikatnya. Tak pastilah macam mana timeline kehidupan sekarang kalau takde usrah, tarbiyyah... akhawat.


Maksudnya: “Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan dengan para mukminin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana“. 
(Surah Al-Anfaal: 62-63)



"Semoga kita dapat mengeteh bersama di Syurga Allah nanti, sambil belek-belek semula kisah penat lelah kita di dunia." - kata seorang akh menerusi Twitter-nya.

Betul lah tu. Same goes here.
Semoga saya dapat bersatu semula dengan akhawat-akhawat yang saya temui dan kenali, dan menjadi saksi bahawa kami bersama-sama di atas gerabak ini.

Ameen ya Allah.

669. Tenyata indah.


Sajak Bukan Sekadar - Tere Liye 

"Cinta itu bukan sekadar berjumpa dan bersama. 

Karena kalau itu, setiap hari banyak orang yang naik angkot/bus yang sama, berangkat sekolah/kantor, tapi tetap saja menggerutu. Tidak pernah jatuh cinta dengan angkot/bus tersebut.

Cinta itu bukan sekadar menyapa dan berbicara.

Karena kalau itu, setiap hari banyak orang yang berbusa2 bicara dengan orang yang sama, seperti petugas telepon, pengajar, penjaga toko, karyawan, dsbgnya, tapi tetap saja berkeluh kesan. Tidak pernah jatuh cinta meski begitu lama bicaranya.

Boleh jadi cinta itu adalah rasa syukur.

Mungkin pula cinta itu adalah rasa terima kasih.

Atau bahkan cinta itu adalah kedamaian hati."


(kopipes from his FB)


Kita punya banyak sebab untuk err. err.. menyayangi seseorang.
Boleh jadi sebab banyak persamaan. Hm.
Sebab selalu jumpa? Mehh.

Sebab satu kuliyyah. Whatever.

Sebab se-akidah. Interesting!

Sebab satu usrah? Haha. Mungkin :P




End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...