Thursday, April 4, 2013

622. Di-reject. Lagi.

Bismillah.

Usai Zuhur semalam, terlena di atas tilam empuk. Penat agaknya, berkejar bagai tak tentu hala, mid semester exam yang belum 'khalas', juggling things between times, penat. Memang penat. Dan hak badan terpaksa dipenuhi. Terpaksa, ceh.

Ada 2-3 siri 'sepanjang mimpi'. 2-3 siri berlaku, orang yang berlainan, tempat yang berlainan. Tidak ingat di mana, siapa. Yang penting, saya paling ingat, saya di-reject oleh Pusat Perubatan UKM, untuk resume latihan industri saya.

Ya, itu yang paling diingati.

Usai solat Asar, saya buka lappy merah dan tangan gatal utk menekan butang 'Gmail'. Ternyata, emel yang ingin dilihat tidak berbalas, tetapi satu emel sangat membuka mata! Ya! Sangat menyegarkan, petang yang lemau, semalam -.-

"Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda ditolak atas sebab tempat yang terhad."

Ini serius.

Kelabu sekejap mata dibuatnya. Angan-angan musnah rasa berkecai sekejap. Tak kesampaian. Eh, cepatnya Anis berputus asa? Lols.

Allah memang sayang saya lebih agaknya. Dalam minggu ni, ada 2-3 perkara yang tak jadi mengikut perancangan. Alahai, sabar duhai hati. Sila merintih sebanyak-banyaknya 1/3 malam nanti T_T

Tiba-tiba saya teringat seorang sahabat, yang relax, tenang sahaja orangnya. Tiba-tiba Allah ilhamkan untuk saya berjumpa dengannya. Lantas dengan pantas, tangan ini text her, to meet. Alhamdulillah, memang padanlah perancangan Allah. Dia memberikan saya beberapa nama, tempat dan nombor telefon lengkap untuk saya hubungi demi mendapatkan tempat utk latihan industri. Rasa bersinar sekejap hari semalam. Thank you dear ;)

Yang paling syok, before saya keluar compartment beliau,

"Anis, jap-jap! Amiklah ni! Cheer up ok!", sambil tangannya menghulurkan satu sachet berwarna hijau. Yang saya rindui, dan 'tak jumpa' selama beberapa minggu :')




Alhamdulillah, sweet nya hidup dengan orang sekeliling macam ni~

Thank you Allah.
Thank you, Farhana :)




Buku+kopi. What a combination.

Tuesday, April 2, 2013

621. Tempias Semangat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kerana peringatan itu sangat bermanfaat buat Muslim yang lainnya.

:)


























Monday, April 1, 2013

620. Contengan Jalanan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Setelah air mata gugur, sesi convincing berlalu, pujukan dan seruan semangat oleh ahli usrati Precious yang lainnya, doa meminta petunjuk supaya dipermudahkan urusan, akhirnya dengan izin dah rahmat Allah, saya diberi peluang untuk merentasi awan biru buat kali ketiga. Alhamdulillah thumma alhamdulillah ya Allah :')

Tak pernah terbayang dek fikiran, untuk berjaulah jauh-jauh sampai ke negara sebarang. Serius. Tapi dah namanya, percaturan Allah, maka siapa yang mampu menolak. 

Sewaktu agenda convincing bermula, saya bertawakkal sepenuhnya. Jikalau pergi ke Indonesia itu baik bagi saya, dan semuanya, maka permudahkanlah ya Allah.
Dan ternyata, itu hal yang baik bagi saya. Ayah mudah untuk melepaskan, walaupun agak sukar untuk menyatakan objektif utama saya ke sana.

:)

Kalau ditanya, apakah perasaan saya tatkala mahu berjaulah, bersama ahli-ahli usrah, tanpa ibu bapa/family di sisi, tentunya ada satu perasaan yang tak tahu macam mana nak diungkapkan dengan kata-kata. Bukan perasaan takut, tidak sama sekali kerana semua ahli Precious ada kethiqahannya, untuk diri saya :)

Tidak juga begitu selesa sampai mahu meminggirkan keluarga. Tidak. Tapi mungkin kerana yakin dengan janji Allah, dan objektif utama jaulah Indonesia ini diadakan. Bukan untuk liburan (holiday) tapi lebih kepada mencari inspirasi dalam medan dakah yang terlampau luas. Ya. Itulah objektifnya, selain daripada mengenal latar belakang dan budaya Indonesia yang terlalu unik! 

Apa yang lebih diakui, ternyata dakwah di sana sangat melaju! Deras! Seolah-olah tak memikirkan sangat kata orang, dunia yang penuh ranjau. Just do it!

'Ala kulli hal, rasa sangat bersyukur kerana Islam sebagai panduan hidup, Allah sebagai Tuhan yang Satu, seorang rakyat Malaysia, seorang pelajar jurusan ipak (Sains), pelajar UIAM, dan antara manusia yang dipilih Allah untuk memahami keperluan tarbiyyah.

Semoga kami terus tsabat. Ameen.




Di Bekasi, pinggir Jakarta.



Dalam bis pariwisata (pelancong)

Perjalanan menuju Bandung. Ini merupakan trek keretapi.

Lion Air megah di awangan

Doa dari pelbagai agama, ada dalam ni :)

Di Politeknik Bandung.

Awan again :)

Usai take off. Bye Malaysia!

Di pustaka al-i'tishom. Serius murah buku kat sini -.-

Anak-anak pemulung di Bantar Gebang.

Sekolah Alam Bantar Gebang




Sunday, March 31, 2013

619. Mereka yang luhur.

Bismillah.

Di suatu maghrib.


"Ibu, apa perasaan ibu akak dah 23 tahun?"

"Hurm. Biasa je. Ibu still rasa macam akak 3 tahun, cuma besorr je."

Senyum.

***

"Happy birthday Anis. Thanks for being a good student.. and anak tiri. hehe."

Indahnya. Senyum.

***

Kenapa ramai yang 'menyambut' dan seolah-olah ternanti-nanti akan ulangtahun kelahiran masing2? Well, honestly, saya adalah antara manusia yang menganggap hari lahir adalah something yang to be remembered, indicates that I appreciate one's existence in my life, specifically :) Macam sweet sangat kalau orang wish birthday kita, hurm, walaupun inche FB yang tolong remind-kan. Belakang kira! Eheh.

Setuju dengan statement Hilal Asyraf, hari lahir adalah antara hari di mana orang lain, orang ramai, kenalan, family dan manusia yang kita kenal atau belum kenal sepenuhnya, mendoakan kita. Dah namanya doa, mesti yang baik-baik kan? 

Tak dinafikan, mungkin antara 'hari-hari yang lain' yang dimaksudkan (yang orang akan mendoakan), adalah hari ketika kita dipanggil Allah. :)

Alhamdulillah masih dikurniakan masa untuk merasai umur 23 tahun. 

Ya, 23. Tua kan? :)

Semoga dengan bertambahnya umur saya, bertambah jua amalan-amalan especially yang sunat, untuk menampung amalan yang 'tempang', di Sana kelak. 

Semoga dakwah terus melaju di atas gerabak ini.

Semoga dan semoga, kehidupan dan segala urusan dipermudahkan Allah. Ameen ya Rabb.

Doakan saya.

***

"Ya Allah, yang sedang membaca SMS ini adalah saudaraku yang baik, sempena ulangtahun kelahirannya, berkati dia ya Allah, limpahkan kesihata & rizqiMu padanya, bahagiakan dia, teguhkan imannya, beri kenikmatan ibadah, perkayakan dengan ilmu, hiasi hatinya dengan sabar/kasih sayang, muliakan wajahnya dengan taqwa, indahkan fisiknya dengan afiat, mudahkan semu urusan, ampuni dosanya. Amiiin..."


Tatkala membaca doa ini di hadapan skrin hp, terbayang pengirim mesej ini mendoakan di hadapan saya :')

Benarlah kata orang, sebaik-baik hadiah adalah doa dari hamba Allah yang lain kepada yang lainnya. Eratnya perhubungan disertai dengan doa, yang ternyata wireless :)

May Allah bless us all. ameen ^^


Disklaimer : banyak mesej lain yang sum- best. insha Allah bakal di-compile-kan kelak. jazakumullahu khairan. 




Wednesday, March 20, 2013

618. Woah.

Mulanya nak post benda lain, bila nak letak gambar, TERnampak gambar ni!
Sumpit rindu kott~ Tak sangka blogspot boleh retrieve balik gambar2 berabad-lamanya-dah-lenyap-dari-lappy-sebab-format :')

Oh my oh my! More to come, and DOWNLOADED!

[zaman-zaman CFS. dah selisih dengan 'mak cik Hidayah', tapi dia tak perasan kot :P]










Gambar-gambar di bawah waktu mula-muka berkenalan dengan UIAM Gombak *peluh besar*

noob betul -.-"










Not to worry. Saya dah boleh let go dah.

Senyum :)

Monday, March 18, 2013

617. Cinta. Ukhuwwah. dan dot dot




Dalam diam, ada rasa.
Dalam tidur, ada mimpi.
Dalam jaga, ada doa.

"Close your eyes, fall in love, stay there." -Rumi




Reminisce simple things in life.
Breath.




Hasil nukilan ukhty kreatif :)

Thursday, March 14, 2013

616. Bukan hak milik.



[Gambar tiada kena mengena dengan post]
[AMARAN : Ini adalah karya picisan wal santira di malam hari. heh]



Batch's Bowling Tournament 2013


Alhamdulillah masih dikurniakan nafas hingga ke hari ini, 
hampir pertengahan bulan Mac.

Alhamdulillah again, baru dapat tahu seorang rakan telah bertunang.

Rakan. Sekelas. Darjah. Enam. 

Waktu dapat tahu berita via FB, memang dah dapat menduga sebenarnya. Bertunang dengan gadis pilihannya, yang saya hanya tahu nama, dan kisah-kisah mereka yang 'terbang' ke negara yang berbeza. Mesir dan Australia.

Bila diingatkan balik, macam kelakar pula. 6 Oktober 2008. Ohoi, tak mungkin lah saya lupa tarikh ini. Tarikh yang sangat 'kelakar' dan 'entah-apa-apa' untuk diri ini. :)

Saya harap adik saya lupa 'insiden' itu. 

Pernah suatu ketika, saya bertanya kepada sahabat baik dan amanah, mungkin atau tidak untuk saya jumpa orang yang lebih baik dari rakan sekelas saya yang selamat ke Mesir, pada waktu itu.

Sahabat baik hanya menjawab, "Insya Allah. Ada kot...". Relieved.

Berjumpa yang lebih thiqah, saya bertanya semula kepada sahabat baik yang sama.

"Hurm.. mesti ada..". Baik betul sahabat saya yang seorang ni. Sentiasa menjawab pertanyaan saya walaupun soalan nampak kurang cerdik. Heh. Tapi sungguh! Memang ada.

Sekali lagi ditakdirkan Allah untuk bertemu dengan orang yang tidak kurang hebat.
Tapi, kali ni saya takkan dan tak mahu bertanya soalan yang sama kepada orang yang sama. 
Cukup sekadar saya 'tanya' Allah, dan hati saya.

Insha Allah :)

Renungan buat diri.

P.S  Semoga sahabat saya selamat mendirikan baitul dakwah bersama isterinya, yang juga seorang akhawat terchenta. Terima kasih kerana menarik klasmet saya 'join' gerabak ini ;)








Put our trust in Allah.
Because He knows everything.

Sebab, tiada yang kekal dalam dunia ini.

Dan, tiada hak milik yang bernama KITA di atas muka bumi Allah ini.

..~..


Sunday, March 10, 2013

615. Hiding.




"In fact, my souls and yours are the same.
You appear in me, me in you.
We hide in each other."
-Rumi



Ayuh, kita berpimpin tangan, atas jalan yang sama.

Jalan yang kita sedia maklum panjang, dan tidak mudah.

Mari kita berpimpin tangan.

Sungguh, kita perlu bersatu, bukan hanya di tangan,

tapi juga dengan hati.

Sebab kita mungkin jasad yang berbeza,  secara luarannya,

cuma, berselindungkan hati dan matlamat yang sama.


Kalau awak betul-betul faham.

:)

614. Mukhlis.

Dear Mukhlis,

Saya nak jadi macam awak la. Sebab peribadi awak mantap. Macam mana nak jadi macam awak eh?

Mukhlis = Orang yang ikhlas.

Senyum.


"Saya ikhlas nak tolong awak ni."

"Ini adalah sumbangan ikhlas dari pihak saya..."

"Eh, kau ikhlas ke tak ni? Macam tak ikhlas je."


Di atas adalah dialog-dialog harian yang biasa kita guna pakai, tanpa menyedari maksud-nya benar-benar dalam dan menyentuh hati.

Eh, semua perkataan ada maksud tersendiri kan? Eheh.

"Eh, cepatlah. Sementara aku ikhlas ni!"

"Memang kerja aku ni ikhlas, tapi agak-agak ah. Aku dah penat kot."

Pulak. Acaner tu?



"Orang yang benar-benar ikhlas berjuang tidak akan berubah pendiriannya. Tidak wajar gugur. Tidak tergugah jati dirinya. Tidak perlu kan pujian dek amalnya. Tidak mengharap balasan atas pengorbannya. Tidak teringat apa-apa kebaikan yang disumbangnya. Walau tak dikenali, walau di kelilingi anasir anasir jahat, walau diuji dengan onak dan liku yang penuh duri dan kaca, dia tetap static, memutih dan bersih. Murni.

Kerana apa? Mereka bekerja kerana Allah."





Ya Allah, 
jadikan aku orang yang ikhlas,
demi menggapai redha-Mu.

Ameen.



Sumber ayat tulisan ungu :
kebangkitankedua.blogspot.com

Friday, March 8, 2013

613. Islahul Qulub.

Hampir sama
Antara kehidupan yang baik 
Dengan kematian yang baik
Keduanya sama-sama baik

Hampir sama
Antara kehidupan yang buruk
Dengan kematian yang buruk
Keduanya sama-sama buruk

Cara mati kita
Cuma cermin
Cara hidup kita.

―Cermin Kematian




Mari sama-sama kita insafi diri.
Mohon maaf kepada semua yang mengenali atau tidak, atas SEGALA salah silap, yang telah,
atau bakal dilakukan.
Minta maaf.

Jum'ah Mubarokah.



Ihsan puisi  , dari sini .

Wednesday, March 6, 2013

612. Susah nak cari.

Semalam, makan malam di Jungle.

Dan al-kebetulan, di sekitar meja ada juga meja yang 'di-huni' pelajar se-universitas.

Satu meja, ada seorang gadis bersama beberapa jejaka.

Satu meja lagi, cukup dua orang jejaka. Seorang berseluar pendek, sambil berbangga menghembus-hembuskan asap.

Tak kurang meja yang satu lagi, berlumba menghembuskan asap keluar dari mulut. Lagak orang dah bekerja gamaknya.

Satu je, yang terlintas di fikiran, dan akhirnya tersembur di pengucapan..


"Susah nak cari dan dapat orang yang baik sekarang ni..."










Alhamdulillah, masih dikurniakan akal dan masih dipandu iman dalam memilih.

Mucho gracias, Allah.

:')



P.S Bukan pesimis. Siapa saya untuk menghukum. Every sinner has future. Tapi, tak salah untuk mencari yang terbaik kan

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...