Saya nak jadi macam awak la. Sebab peribadi awak mantap. Macam mana nak jadi macam awak eh?
Mukhlis = Orang yang ikhlas.
Senyum.
"Saya ikhlas nak tolong awak ni."
"Ini adalah sumbangan ikhlas dari pihak saya..."
"Eh, kau ikhlas ke tak ni? Macam tak ikhlas je."
Di atas adalah dialog-dialog harian yang biasa kita guna pakai, tanpa menyedari maksud-nya benar-benar dalam dan menyentuh hati.
Eh, semua perkataan ada maksud tersendiri kan? Eheh.
"Eh, cepatlah. Sementara aku ikhlas ni!"
"Memang kerja aku ni ikhlas, tapi agak-agak ah. Aku dah penat kot."
Pulak. Acaner tu?
"Orang yang benar-benar ikhlas berjuang tidak akan berubah pendiriannya. Tidak wajar gugur. Tidak tergugah jati dirinya. Tidak perlu kan pujian dek amalnya. Tidak mengharap balasan atas pengorbannya. Tidak teringat apa-apa kebaikan yang disumbangnya. Walau tak dikenali, walau di kelilingi anasir anasir jahat, walau diuji dengan onak dan liku yang penuh duri dan kaca, dia tetap static, memutih dan bersih. Murni.
Kerana apa? Mereka bekerja kerana Allah."
Kerana apa? Mereka bekerja kerana Allah."
Ya Allah,
jadikan aku orang yang ikhlas,
demi menggapai redha-Mu.
Ameen.
Sumber ayat tulisan ungu :
kebangkitankedua.blogspot.com
No comments:
Post a Comment