Thursday, March 14, 2013

616. Bukan hak milik.



[Gambar tiada kena mengena dengan post]
[AMARAN : Ini adalah karya picisan wal santira di malam hari. heh]



Batch's Bowling Tournament 2013


Alhamdulillah masih dikurniakan nafas hingga ke hari ini, 
hampir pertengahan bulan Mac.

Alhamdulillah again, baru dapat tahu seorang rakan telah bertunang.

Rakan. Sekelas. Darjah. Enam. 

Waktu dapat tahu berita via FB, memang dah dapat menduga sebenarnya. Bertunang dengan gadis pilihannya, yang saya hanya tahu nama, dan kisah-kisah mereka yang 'terbang' ke negara yang berbeza. Mesir dan Australia.

Bila diingatkan balik, macam kelakar pula. 6 Oktober 2008. Ohoi, tak mungkin lah saya lupa tarikh ini. Tarikh yang sangat 'kelakar' dan 'entah-apa-apa' untuk diri ini. :)

Saya harap adik saya lupa 'insiden' itu. 

Pernah suatu ketika, saya bertanya kepada sahabat baik dan amanah, mungkin atau tidak untuk saya jumpa orang yang lebih baik dari rakan sekelas saya yang selamat ke Mesir, pada waktu itu.

Sahabat baik hanya menjawab, "Insya Allah. Ada kot...". Relieved.

Berjumpa yang lebih thiqah, saya bertanya semula kepada sahabat baik yang sama.

"Hurm.. mesti ada..". Baik betul sahabat saya yang seorang ni. Sentiasa menjawab pertanyaan saya walaupun soalan nampak kurang cerdik. Heh. Tapi sungguh! Memang ada.

Sekali lagi ditakdirkan Allah untuk bertemu dengan orang yang tidak kurang hebat.
Tapi, kali ni saya takkan dan tak mahu bertanya soalan yang sama kepada orang yang sama. 
Cukup sekadar saya 'tanya' Allah, dan hati saya.

Insha Allah :)

Renungan buat diri.

P.S  Semoga sahabat saya selamat mendirikan baitul dakwah bersama isterinya, yang juga seorang akhawat terchenta. Terima kasih kerana menarik klasmet saya 'join' gerabak ini ;)








Put our trust in Allah.
Because He knows everything.

Sebab, tiada yang kekal dalam dunia ini.

Dan, tiada hak milik yang bernama KITA di atas muka bumi Allah ini.

..~..


No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...