Monday, May 30, 2011

kenapa?

bismillahirrahmanirrahim.


asid asid asid.

takde kerja lain agaknya orang ni.



ibu : Akak, nampak berita banyak pasal asid ni. Tak boleh nak keluar sebarangan dah lepas ni. Especially kat area KL Sentral tuh. La ni kat Johor pulak. Ya Allah, dunia tak selamat dah. Takutnya ibu!

saya : ......... *berfikir kenapa orang suka main acid?*


betul lah. orang ni dah takde kerja ke sampai nak baling asid sesuka hati kat public? dia tak tahu ke kalau baling acid ni bukan sahaja membahayakan, malah MEMUSNAHKAN HIDUP SESEORANG?

Ya Allah, jauhilah aku, keluargaku dan rakan2 ku dari orang2 seperti ini. amin~~~~






Actually, ada dua benda yang 'mengigau'kan saya. Benda yang, tak terjadi pun [nauzubillah], tapi sebab terbaca, jadi macam terfikir2 pulak.


1. Mengenai simbah menyimbah asid nih. Dulu jadi trend [a.k.a fenomena] isteri simbah asid kat suami yang gatal nak berpoligami. Sekarang main simbah2 melulu je.

2. Saya sedang meng'kaji' buku La Tahzan. Ada terbaca satu bab. Saya lupa bab yang mana. Tapi dia ada cakap perihal seksaan yang dikenakan Kerajaan China satu masa dulu untuk para banduan. Banduan diletakkan bawah paip air. Pastu ada air menitik2 dari paip tu. Dan, hampir semua banduan akan menjadi GILA apabila dipenjarakan bertahun2 lamanya. Bayangkan, duduk bawah paip [konfem sempit], pastu ada air menitik2 dari paip yang amat annoying. Bila membayangkan, saya rasa macam, "Ya Allah.......". Itu namanya seksaan secara halus.


Saya pun tak tau kenapa asyik fikir dua perkara di atas nih. Ya Allah, selamatkan kami dari ancaman bahaya seperti ini. T_T

Sunday, May 29, 2011

Sepetang di Morib (^^,)

bismillahirrahmanirrahim.


Semalam, saya menghabiskan petang [or should we say, 'hari'] dengan melawat adik di Kolej Matrikulasi Selangor.

heh.

on the way ke sana, di mana mengambil masa sejam suku camtuh, dengan lalu Putrajaya and Salak Tinggi. ok, saya jarang ke Banting. macam first time je?

otw ke sana kan, nampak ada Konvoi Belia sempena Himpunan Sejuta Belia kat Putrajaya. yang bestnya, konvoi tu accident! [ya Allah, jahatnya sy] mungkin sebab kereta ikut terlalu rapat, boleh terjadi accident tu. Hmm.

Lepas amik adik di asrama, kami berpiknik di morib.

rasa macam tak pernah pergi. iye2 je cakap "Akak tak pernah pergi Morib".

sampai je kat Pantai Morib, "eh, macam pernah datang sini je". "Kenapa macam ada karma ni?"

macam pernah sampai. tapi ada 'kemajuan' sikit tempat tu.

oh ok. fine. tempat kitorang lunch before g INDUCTION FSCC kat satu [apa nak sebut eh?] tempat untuk induction :P

:')

terus text amal. reminisce lagi :P

alhamdulillah. tempat tu ada KEMAJUAN amat. sebab tu sampai tak perasan. hmm, ini kali KEDUA saya pergi Morib. hehe.






mein He-ho [hERO in mandarin]



suka tengok awan, malangnya, takde DSLR :D



awan. again.










adik and ibu









adik dan Teh [mak saudara] :)



suka gambar ni, sebab nampak 'hidup'. tapi ibu tak berapa nak lawa pulak dalam pic ni. silap pose. my bad










adik saya bukan photographer. his bad XD







ariff again.









signbod pasal zina, selain di UIA :P






:)

Friday, May 27, 2011

Jumaat datang lagi.

bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah, Jumaat datang lagi. walaupun dimulai dengan hujan yang lebat, insyaAllah, hujan rahmat agaknya.

suka hari Jumaat. mungkin sebab dilahirkan pada hari Jumaat.


insyaAllah next year, birthday jatuh pada hari Jumaat lagi :)

[perlu ke]


back to this post. saya rasa 'weirdo' sikit untuk Jumaat kali ni.

sebab saya tak keluar pergi jumpa sesiapa. ppfft.

kalau tidak, setiap kali hari Jumaat, merupakan hari BEST untuk 'dating' =.=
suka ye hari Jumaat, padahal hari ni pendek je pun.

oops anis, sila tukar dating=meeting. :)

masa masa. jeles bebenor dengan kami yaw.


:') [started to reminisce]








I don't have any definite theme or entry to post. Cuma tetiba tadi TERblogwalk kat someone new in my life. Wahha, macam sape je C: saya pun tak kenal dia sebenarnya. tapi sebab dia antara SUSPECT utama untuk menjadi seorang girlfriend [=.="] kepada seorang sahabat [gigihnya saya mencari], so boleh pulak saya add beliau kat FB. pastu dapat satu PM dari dia [padan muka anis]. tapi dia cool je. chillex, satu UIA kot. nak gaduh2 juga ka? :)

oh, of course dia tak tau dia SUSPECT utama. silap orang kot. my bad :P

bila baca post2 dia, memang MANTOP la english dia. dah kata amek English Lit, takkan tak reti speaking lansung kan. [ok, kantoi course :P]

entah kenapa, antara post dia yang popular adalah bertajuk, "CFS PJ VS CFS NILAI".

heh. tak habis2 lagi citer ni ye.

kemon la budak Nilai, kenapalah mendengki sangat student PJ ni? kesian la kat kami ni.

tak sombong di kata sombong. tak rasa penting pun, di katakan berlagak macam penting sangat course kami ni [memang penting pun].

baru saya perasan, selalunya yang mencetuskan sentimen ni adalah BUDAK NILAI. [sorry for the capslock]

bila suruh diberikan hujah, mulalah keluar hujah utama mereka, "takde curfew" "enjoying social life" "takyah study lebih2 [sebab CGPA REQUIREMENT tak tinggi]" etc etc.

haha. rasa macam childish sangat je cakap pasal benda ni. sebab saya dah kat UIA KUANTAN pulak kan.

tapi seyes kelakar. bila baca balik macam "woooisssy!".

tapi takpe. nak buat macam mana. to all so called NILAI-IANS, hidup ni tak selamanya kat atas. Fair and square. bila budak PJ pergi Kuantan, life become tougher each day. dahlah dengan suasana Kuantan yang sangat em..... mungkin PJ best, tapi Kuantan?

hehe. nasihat seorang kakak. wtv.

itulah kehidupan btw :)


suka ayat di atas, kat gambar tu. even dalam air kopi pun terdapat pengajaran. subhanallah, hebat kan tarbiyyah daripada ALLAH? kita je kadang2 buat2 rabun, tak nampak. padahal, semuanya dah terbentang dan terbuntang.

kadang2, kita rasa macam, "ya Allah, frustnya!" atau "kenapa Kau uji aku macam ni?", tapi itulah tarbiyah yang silent. DIA sayang kita, nak angkat martabat kita, DIA uji kita. kadang2 tarbiyah tu macam tasteless coffee, bayangkan TASTELESS. tapi at the last sip, baru kita perasan,

"oh, salah aku, tak kacau kopi ni betul2. patutlah tak rasa gula."

[sebab tak sabar sangat nak minum kopi]

kita akan tuding jari kat diri kita balik. "salah aku". takkan sebab gula tu tak hadam dalam kopi, nak salahkan Allah juga? nauzubillah.

moralnya, kena lah SABAR dalam menikmati hidup.. sebab at the end of the day, kita akan appreciate balik apa yang kita dah lalui. appreciate saja mungkin ok lagi, takut kita MERINDUI pulak kan. ha sudah, masa tak boleh rewind balik dah. apa saja yang terluah, tercakap, terbuat, termarah, and all TERs yang dah terjadi, tak boleh rewind balik, and betulkan. kalau tak, life wouldn't be that fair. :)










tengok gambar di atas. Allah dah menjanjikan macam2. tinggal kita je, sama ada nak percaya atau tak. terpulang. yang penting, sunnatullah and syariatullah berjalan lancar seperti biasa.

kalau tak percaya, diri kita sendiri yang rugi.

hmm :)




saya nak berjanji dengan diri saya, saya akan MEYAKINI dengan semua yang ALLAH turunkan kepada saya, semuanya BERHIKMAH. tiada apa yang membebankan kecuali KEBAIKAN yang ALLAH sentiasa turunkan. have faith in Him, anis :)


insyaAllah ^^

Thursday, May 26, 2011

"Kenapa akak, macam takde semangat je?"

bismillahirrahmanirrahim.


phew.

bila ibu tanya macam tu, saya pun tak tau nak jawab apa.

rasa macam nak ber'uzlah' somewhere je. entah.

cuti berbaki 4 bulan. ye, 4 bulan, macam2 boleh jadi.

mungkin sebab takde 'geng' kat rumah kot. atau, banyak sangat ujian Allah bagi minggu ni untuk memantapkan diri.

kebetulan pula, dalam 'tempoh'2 tertentu. :|

oh, sakit.



[gambar ni tiada kena mengena dengan post btw]









takkan nak give up? hei, please.

tak boleh. kali ni mesti jadi kenyataan. or else, kena label diri sebagai 'tak boleh di harap'.

astaghfirullah.

yakin dengan janji Allah. semua musibah, terselit MERCY yang penuh himmah.

smile sikit :)

macam tu la.. ^^












Allah. give me strength.




Wednesday, May 25, 2011

Baru nak happy....

bismillahirrahmanirrahim.



ini sangat post fast track dari saya. baru dapat call dari adik. saya dapat berita sedih.

berita sedih yang menyebabkan harapan saya nak beraya kat umah dia tahun ni, tinggal HARAPAN NEGARA je :'|


cuba untuk positif, "ok lah atleast adik kau dengan adik dia dah kenal2". tapi tak boleh. alamak.

rasanya, belum genap 12 jam saya menerima berita gembira daripada adik yang mengatakan dia sedang mengenali hati budi 'adik dia'. adeh.

panas yang tak ku sangka sekejap je, hujan pulak di tengahari.



'ala kulli hal, all the best untuk 'adik dia' yang akan menjalani preparation and fly ke Mesir. oh adik, kenapa la keluar awal sangat?





stay positif anis. positif.





aduh T_T

Tuesday, May 24, 2011

baru tahu rasa 'ditinggalkan'.

bismillahirrahmanirrahim..

done with my reunion with previous FSCC kat Selesa Hillhomes, saya berkejar pulang ke rumah untuk 'menikmati' detik2 terakhir with my little sister [little ke] sebelum dia ke Matrikulasi Selangor semalam.

KMS terletak kat Kathong, Banting. Well, me myself tak pernah sampai ke Banting before. Oh ye, ke Morib je. Itu pun sebab Induction FSCC dulu XD

selain daripada tu. tak pernah. tapi tempat tu femes jugak kan, sebab tempat kejadian pembunuhan pemilik Nouvelles Visages tu.

erm.


Tiba hari yang ditunggu-tunggu. Setelah lebih 5 bulan bercuti kat rumah, adik saya agak excited nak ke Matriks. Tak sabar nak sambung belajar katanya. Hehe. Sila lah ke Matrik. packed woo.

tepat pukul 640 pagi, saya adik dan parents bertolak ke Banting. biasalah kalau hari pertama ni selalunya busy dan packed. bayangkan, satu Malaysia mai kot.

Pendaftaran bermula pukul 830 pagi. kami tiba 815 pagi. saya menemani Misya [panggilan adik] ke kaunter pendaftaran. rupanya mereka ada flow sendiri. so adik pun meninggalkan saya terkontang kanting di tempat menunggu untuk para ibu bapa. parents saya pulak keluar semula mencari sarapan, sebab ayah saya ada gastrik. so saya pun join ibu bapa lain dalam tempat menunggu tu.

tidak dilupakan, mata saya, walaupun lowering the gaze, tapi still meliar mencari sebatang tubuh yang sebelum ni hanya dilihat melalui gambar di FB. :D








punyalah lama tunggu Misya amik turn, dan saya keseorangan. gambar ni je saya sempat snap?



macam mana keadaan kolej?

erm, tak perlulah saya bandingkan dengan CFS PJ yang kalau digabungkan dengan CFS NILAI pun belum tentu dapat mengalahkan keluasan KMS nih :P

luas, saujana mata memandang. tapi masih panas, sebab banyak pokok tak ditanam. macam Putrajaya di awal2 pembukaan dulu :)

adik saya ditempatkan di Kolej Polaris. hehe.

pulang semula ke rumah, saya macam 'kosong'.

aiseh, tangkap leleh suda.

T_T

sebab Misya tak pernah masuk asrama. paling lama dia tinggalkan rumah, adalah ketika mengikuti Kem Tahsin Qur'an selama 2 minggu. itu paling lama. itu pun, wiken boleh balik. tapi tidak kali ni.

ayah pun semacam.

ibu pun nangis, malam sebelum hantar dia ke matrik. ini info dari ayah :D

semua berubah. saya senyap, rumah jadi makin senyap.

"baru akak tau macam mana rasanya ditinggalkan. selama ni akak asyik tinggalkan rumah [pergi asrama since form 4]."

err. salah saya ke?

macam ni rupanya. serius. saya takde mood untuk semuanya.

nasib baik saya tak bercinta.

huh.


saya hanya perempuan biasa.

bismillahirrahmanirrahim.

[smiles]


















































































kan?





so, nekad. :)

Monday, May 23, 2011

macam buku dengan coklat ♥

bismillahirrahmanirrahim.


[wiping tears] haha.

alhamdulillah. setelah satu semester [untuk saya] akhirnya reunion yang kami hebahkan, gembar gemburkan, kecoh2 kan, menjadi kenyataan. walaupun ramai dan banyak pihak tarik diri di saat2 akhir dan cemas, sehingga memeningkan kepala, tapi alhamdulillah again, reunion ni berjalan dengan baik. all praises to ALLAH! ^____^

yang bestnya, madam cakap, batch kami antara batch2 yang sikit, dapat gather balik ahli2 FSCC nih! bayangkan, even batch sebelum kami pun, tak sempat nak gather apatah lagi reunion. tapi dorang di distribute sama rata Gombak dan Kuantan, tak macam kami, macam langit dengan bumi bezanya :D

persatuan dan club lain pun tak gather macam kami. MRC dan FRC, tak tau cer.

alhamdulillah, kami masih komited dengan perihal reunion nih :D tahniah korang. memang TERBAIK dari LADANG ! :)


lupa ke siapa kitorang? meh sini nak habaq siapa ahli bait FSCC 09/10.

~Adib Farhan, ECONSS
~Hamidi Zamri, ECONSS
~Mahfudz, CIVIL LAWS
~Syahril Sudirman, ENGINE
~Haziqah Zulaikha, TESL
~Shazlenna Puteh, SCIENCESS [Maths]
~Fikri Ahmad, ECONSS
~Izzat Aziz, ENGINE
~Hasbullah Faudzi, ECONSS
~Anis Naazira, SCIENCESS [Biomedical]
~Hanisah Hamzah, ECONSS
~Amalina Annuar, SCIENCESS [Biotech]
~Zaid Azlan, SYARIAH LAWS
~Jayannah Jayadi, ENGINE
~Najwa Khan, HS
~Atiyah Najwa, ENGINE
~Azam Yusuf, MEDIC
~Hadi Syafiq, IRK
~Liyana Arsani, MEDIC
~Masyita, IRK
~Sharifah Zahra, ECONSS
~Shaheer Shahidan, ECONSS
~Narisa Juzhar, ECONSS
~Ahmad Amzar, CIVIL LAWS
~Wan Atikah, SCIENCESS [Maths]
~Amin Marwan, SCIENCESS [Biomedic]
~Ikhwan, ICT
~Hilmi Arif, ENGINE
~Afiq Massa'at, ECONSS
~Hafiz Zainal, ENGINE
~Umizatul Khaliesah, ENGINE
~Nik Nur Adilin, ECONSS
~Ilham Nabila, ENGINE

oh my, sape lagi ye? kalau tertinggal minta maaf. dah lupa nama2 nih :D

'ala kulli hal, here are some snap pics from our reunion. seriously, love all of you :)












during closing ceremony





fik as always, being the emcee for the closing ceremony







ada gap. forgot why.









mereka ni sangat semangat ye ketika bersukan. walaupun baling tin je. haisy.









my team. team A.








first met up. everyone gather at my ROOM O.o








maput and his unforgettable style :P






birthday.... boy? man for sure :P









team B. they won NOTHING. [padahal] :P







my team again.







:)







ops, ni gambar Pulau Manis. ok silap gamba. my bad :P



bila lagi nak reunion? saya pun tak mampu nak jawab soalan ni. tapi SERIOUSLY, gather ppl at one place is not an easy job ok. banyak rintangan dan halangan yang menimpa. sebab kita semua dah besar, dah matang [maybe], dan tempat pun dah lain2. so kepada sesiapa nak reunite again with his/her old friends, make sure korang handle them wisely. strategically.

serius sayang family FSCC. first time dalam hidup saya, saya jumpa kawan2 yang tak memasal rasa macam family sendiri, apart from family sendiri dan kawan2. bayangkan, bukan klasmet, bukan coursemate, bukan satu KAMPUS even, tapi masih contact dan keep in touch, dan bila minta tolong, dorang sangat membantu. bila jumpa masih bertegur sapa. bila datang gombak, masing2 ajak tidur kat bilik masing2.

dan yang paling best, part MINTA TOLONG la. dahla semua orang2 'hebat'. senang dan mudah dapat contact :D


having said it all, saya harap kami dapat berkumpul dan berjumpa lagi. rasa macam tak cukup untuk satu malam. and of course, kalau nak kerja lagi lama, kena lah turut serta especially dalam MAJLIS PERKAHWINAN YE TAK? so guys, cepatlah amik turn. cepat lah kahwin, cepatlah!

:P









motif?

Friday, May 20, 2011

Sabar je lah [lagi].

bismillahirrahmanirrahim..



sekejap lagi, insyaALLAH akan ke Gombak untuk buat persiapan akhir sebelum Reunion esok. Allah, malasnya nak pergi, Tuhan je yang Tahu.

[anis malas ke Gombak? Biar betul?!]


Betul.


Saya malas ke Gombak.


Malas nak mengadap muka-muka yang saya tahu, MUAK juga nak tengok muka saya.

well, bukan saya BERIYA sangat pun. tapi sebab kerja saya. lepas tu, memikirkan orang lain bayar rm50, so kena buat betul2. sehabis boleh, saya tak nak orang kecewa.

kecewa sebab bayar RM50 untuk weekend yang nothing? oh my, saya pun tak nak.

[padahal saya pun bayar RM50]


sebab Sabtu ni, saya korbankan masa dua hari [LAMA OK] dengan keluarga.

sebab Sabtu ni, saya korbankan masa BERHARGA bersama adik yang akan ke matrikulasi Isnin nih T_T

sebab Sabtu ni, orang muak dengan saya.

sebab Sabtu ni, saya 'jauh hati' dengan orang.

sebab Sabtu ni, saya macam kena berlakon tak memasal.








takpe, semuanya berlaku ada hikmah. semoga Allah rahmati usaha kita, kami. amin~

Thursday, May 19, 2011

KMS

bismillahirrahmanirrahim.


esok, Jumaat. Sabtu, Ahad, Isnin. Semuanya full. phew.


semoga Allah permudahkan.


tapi kan, tak tahu kenapa saya sangat looking forward for this upcoming Monday. daripada mmy reunion Sabtu nih XD



KMS. be good with us. kuatkan TAUTAN HATI kami. amin~





























*KMS = Kolej Matrikulasi Selangor :)

Tuesday, May 17, 2011

"anis, cuti buat ape je?"

bismillahirrahmanirrahim.


tee-hee.

well, tajuk entry di atas adalah soalan LAZIM, F.A.Q, yang biasa di soal jawab waima di hp atau di fb atau dalam perbualan berbentuk lisan.

heh.

tak tau lah saya nak describe macam mana. tapi bila orang tanya "cuti berapa lama?" dan saya jawab "sampai bulan 9", mesti orang macam O.o

lama kan? alhamdulillah. saya kembali ke zaman selepas SPM. hehe.

bezanya kali ni, takde result yang sangat lama untuk ditunggu. takde apa2 yang menanti. TAKDE. takde homeworks, takde notes untuk di baca. takde. life nonchalantly lah. :D

"tak kerja?"

itu soalan sambungan. kalau dalam exam, macam soalan 'anak beranak'. lepas a, ada a(i) itulah dia.

biasalah. saya mestilah jawab tak. pernah ke jawab ye? :D lagipun, saya bukan anak teruna muda remaja hensem bergaya alim dan berkarisma untuk pergi bekerja. tak jatuh pun ego sebab tak kerja. eheh.

"habis tu, buat ape je kat umah?"

sampai sini, saya pun tak tau nak jawab apa. hurmm [long pondering], end up dengan menjawab "tolong ibu sikit2".

kalau bakal mak mertua dengar, konfem reject without hesitate.

tapi ye lah, takkan nak describe semua in a short, brief kan. so, up to them nak expect saya buat apa. :)


yang penting juga, saya really means it. :)


tak tahu kenapa. saya makin bertambah-tambah jatuh cinta dengan ibu saya. hehe

[konfem malu takleh cakap depan dia lagu ni]

dalam hidup saya, ada dua orang yang PALING kenal saya. tahu tabiat saya, luar dan dalam [err]. adik perempuan saya dan ibu saya.

so, saya akan share hampir semuanya, THIN ke, THICK ke, saya minat siapa [erk], aktiviti saya, semualah!

sebab tu, cuti kali ni, makin merapatkan hubungan kami. ye lah, sebelum ni busy belajar, persatuan la etc etc . so dah duduk rumah ni, memang banyaklah benda nak share. hehe.

lepas tu, saya tak pernah blame my parents sebab tak bagi kerja. sebenarnya bukan tak bagi, tapi takde kerja kot. saya pulak jenis tak mencari. selagi tak dapat gesaan ayah, memang taklah nak pergi cari.

dan saya pun tak pandang rendah pada sesiapa yang tidak menghabiskan masa cuti dengan kerja. ye lah, ada orang pandang kerek semacam sebab kita tak kerja. menghabiskan beras katanya. biarlah! rumah kita kan. lagipun, nak cari kerja, kerja apa lah sangat. semuanya kerja yang mendedahkan diri kita dengan FITNAH DUNIA. amek hang!

senang cakap, perempuan baik duduk rumah.

[this is not applicable when me graduate from IIUM :D]

[and, tak nak kerja bukan sebab malas =.=]


makin dah dewasa ni pun, rasa makin ada magic touch pada ibu.

perasan tak, kadang2 hati kita ni hangat [ye lah, tak selamanya tenang kan?], tapi bila ibu pegang kita, belai kita, kita dapat rasa kehangatan kasih sayang ibu tuh, yang SEKALIGUS dapat menyejukkan hati yang hangat tu. kan?

itu sangat tak applicable untuk orang lain rasanya. waima bila dah bersuami sendiri kot.

bila kita dapat tengok wajah dia yang ceria, dan berpuas hati, rasa macam thankful sangat.

barulah menikmati ayat, cinta ibu bapa adalah setitis daripada cinta Allah.

kalau kita nak menangis tengok ibu dan ayah kita, sebab dorang TERLALU sayangkan kita, bayangkan apa yang kita buat kalau kita dapat tengok muka ALLAH yang tak pernah sesaat, tinggalkan kita? sayangkan kita? ALLAH.

alhamdulillah. walaupun cuti genap sebulan hari ni [18 mei], tapi tak pernah rasa MENYESAL lansung tak buat short sem. kena2 buat shortsem kat kuantan, oh tidak! :p kalau Gombak, mungkin ye :p


rasa macam nak selamanya kat rumah. the safest place on Earth :)






"Ya Allah, cucurilah rahmat dan kasihilah kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"

amin.

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...