Monday, October 11, 2010

I love when I see your name on my notifications..

[=.="]

bismillahirrahmanirrahim...


Stalker.

I'm not actually a stalker, but surroundings forced me to be ones.

Kelakar betul bila saya tengok nama salah satu page yang boleh kita 'like' kat Facebook. Macam tajuk entry di atas.

dan bermacam-macam lagi tajuk page yang boleh kita like kat likefanpage. Kadang-kadang rasa benda tu agak private, rupanya ramai dah zahirkan via like the pages on FB. :)

Saya suka makan milo 3-in-1 yang dah di'iron' la.. Itu paling kelakar.. Kegiatan zaman jahiliah time kat SBP.. :p

Ouh, back to stalker.

Kadang-kadang, bukan niat di hati pun nak stalk. Dan of course, orang yang di stalk bukanlah dalam kalangan yang kita selalu jumpa atau kenal atau sahabat apetah lagi kawan. Tapi entah.

For example, saya ada instinct yang kuat, tentang seorang gadis yang baru add saya via Facebook, semata-mata untuk berkenalan dengan seorang hamba Allah iaitu seorang brother nih.

Saya tak pelik bila ada junior dari Nilai add saya.*winks*

Walhal, tersangatlah konfem yang saya 'tak kenal' beliau pun.

Yang best, nanti saya akan tanya pada kawan baik dari kampus Nilai and sekarang kat Gombak, Haziqah perihal junior2 yang baru add saya-and-saya-approve nih.

"Sape tuh? Tak kenal lah!"..

Can't you see??

Sebab kita ini dalam golongan yang sama kot. Perempuan. So, instinct akan sentiasa kuat.

  • awak sentiasa 'like' note yang meng'tagged' brother tersebut. Walhal anda tak di'tagged' pun..
  • kawan-kawan awak sentiasa 'like' segala komen atau ucapan birthday daripada lelaki tersebut, dengan harapan lelaki tersebut akan 'perasan' ramai kawan-kawan anda yang like post beliau..
  • awak 'meminta izin' utk being tagged in the same picture he was tagged.. [yang ni kelakar]
  • awak mendescribe segala-galanya mengenai lelaki kat FB, sama ada quote bawah profile picture, kat info, or even in ur blog.
  • awak add semua orang yang mempunyai 'perhubungan' dan kerap bertukar-tukar komen bagai kat wall and pictures beliau. Or should I say, 'pesaing'?
  • awak berbalas mesej, privately dengan orang yang baru awak add, dan prone to be ur competitor, pastu tanya soalan, "macam mana awak kenal dia?"

mesti anda kata saya sedang mengarut, tapi inilah bahan bukti yang menguatkan instinct saya.
It takes no time to do all these things. Kadang-kadang saya tak pernah jenguk page sis ni pun. Thanks to FB yang keluarkan segala bahan dan aktiviti yang kita buat, Facebookally, kat Home kita dan kawan-kawan. Haih.

Kepada sis tersebut, teruskan usaha anda. Don't sad for he will be not around with you starting next semester ahead. But be grateful for you to go the same place for study with him, as I'm not that lucky for that, though. :')

random thoughts..

bismillahirrahmanirrahim..


Doa dipermudahkan urusan dan hajat..


اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya”


Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya , mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya.

Dalam buku As’ad Imra`atan Fil Alam, Dr Aid Al-Qarni menjelaskan kepentingan memiliki semangat yang jitu dengan katanya yang bermaksud : “ Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kea rah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang.Ketahuilah bahwa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah…”


petikan dari Ustaz Zahazan. Tiba-tiba rasa terharu dan nak share apa yang saya baca..

Sunday, October 10, 2010

sekarang..

bismillahirrahmanirrahim.. :)

baru habis baca recent entry Diyanah..

tiba-tiba saya baru perasan, tahun ni merupakan antara tahun yang banyak walimah yang saya hadiri. Tak masuk lagi yang tak dapat penuhi atas hal2 tertentu. Specifically, walimah yang tak melibatkan keluarga :)

sekarang tengah berlansungnya walimah Angkasawan kita. Tapi tak tertengok pula t.v dek kerana 'mencemburui' isterinya. Joking.

Tadi while watching Nona, kezen saya pun dok cakap+summarize wedding anak NAZA. Saya tak tengok la vid tu, tapi seriously, mereka kata "Hebat!". Sekarang mereka nak membanding2kan pula dengan wedding angkasawan ni. [Noted that 'mereka' refers to my cousins :)]

Saya tak tengok lagi, maka tak banyak la nak komen. Tapi kalau mengenai wedding grand2 nih, kalau di sponsor, nak buat camne kan?

tapi kalau nak grand, then lepas kahwin makan timun [sebab dah berhabis utk majlis], memanglah kene selidik balik di mana salah silapnya.

" Apa salahnya kita berserdehana tapi biar meriah dengan keberkatan?" -love this quote dyna ;)

cakap pasal walimah ni, ayah saya banyak memberi 'inspirasi' dan 'aspirasi' kat saya. Katanya...

  • "kenapa nak jemput orang kene guna kad? kenapa tak boleh sms or tagged je kat Facebook? Nanti orang buang jugak kad tuh.."-padahal dalam hati dah terfikir nak tempah kad kat Indonesia. Lawa kot. Plus murah sangat pulak tuh. Ini semua gara-gara mendapat sekeping [or can i say 'sebuah'?] kad jemputan yang ditempah khas dari Indonesia.
  • "kenapa nak buat majlis grand2 kat hotel? buat kat laman rumah tak boleh?"- Tiba2 rasa kene mengucapkan selamat tinggal kepada angan2 Dewan Perdana Felda..
  • "kenapa kene bagi cenderahati mahal2 [ceramic etc] pastu orang buang jugak, tak pun jadik tempat ash rokok.."- ini agak logik di akal. saya pun tak tau kenapa.

kalau sekarang, hantaran beribu-ribu. Dan seboleh-bolehnye nak ditayang via cheque atau duit dalam album. Kalau kreatif sket, sila lah melipat2 duit jadi hantaran.. Time artis kahwin pun, perkara first yang ditanya ialah "berapa duit hantaran?" . Sekarang punya pasal...

betul lah cakap diyanah. Perempuan suka cakap pasal benda ni. Tapi, saya dan kawan-kawan dah mengambil iktibar dan mula sepakat utk thabit ke arah = kesederhanaan:)

***

sangat kelakar bila baca Mingguan Malaysia tadi. Kolum mengenai a group of local university's students yang 'kelentong' pihak Utusan utk kolum Salam Perantauan. Well, agak 'terperanjat' dan 'terkezut' jugak sebab student yang buat tuh bukan calang2 universiti. Yeah, when Toronto is actually 'Tronoh' :) haihh.. macam2.. nasib baik bukan UIAM *winks*


..sekarang..




Wasiat Nabi..

bismillahirrahmanirrahim..


Wasiat Nabi kepada Saidina Ali r.a







Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia



Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Jujur dalam berkata-kata

2) Menjauhi segala yang haram

3) Merendahkan diri




Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Takut berlaku dusta dan keji

2) Menjauhi kejahatan

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman




Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya




Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Mengawasi dirinya

'2) Menghisab dirinya

3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

its October 10th!

bismillahirrahmanirrahim...

its October 10th, tapi takde makna istimewa pun dalam hidup saya. Lainlah Dr. Sheikh Muszaphar yang nak nikah hari ni. So its his truly day. Not mine. Belum lagi :D

Previous week, was my HECTIC week. Penat, sangat sebab back and forth to Gombak, like two days in a row. Tapi alhamdulillah semuanya best, dan berjalan lancar. Ok, tak lancar sangat lepas konsert Palestine Will Be Free tu, tapi ok utk kemudian2 nya :)

Jumaat lepas pun, merupakan detik bersejarah untuk saya sebab saya pergi menghantar resume [resume ke?] kepada seorang pegawai Human Resource kat Centre for Postgraduate Studies, UIAM Gombak. Hantar resume beb, macam penting jugak la kan? Dengar nama tempat tu, macam saya nak pursue for higher studies kan, padahal Undergraduate pun tak masuk lagi :)

Yup, berdebar. Ouh, I'm applying to be an examination invigilator for End-of-Semester Exam for IIUM, starting this upcoming 23rd if I'm not mistaken. Bila saya sebut invigilator, for some people diorang tak berapa nak guna this term, so its so called Examination Assistant.

Saya tak lah 'teruja' sangat nak jadi EA ni. Result utk diterima atau tidak pun tak diumumkan lagi. Tapi,kebarangkalian nak diterima tu... Wallahu'alam :) Tapi dek kerana tiba-tiba 'hasrat di hati' diterima baik oleh parents, menyebabkan saya terus setuju nak teman seseorang ke Gombak utk apply sama-sama :)
Ayah kata, "bila lagi nak timba pengalaman.." which shows his support in it.

Setiap keputusan, mesti ada ujian yang kadangkala menghalang kan [wah..ayat]. So, 'kami' juga tak terlepas diuji oleh satu lagi peluang keemasan utk jadi EA ni. Di Universiti Sains Islam Malaysia or USIM.

Memang pening jugak la utk decide. Antara universiti tersayang atau USIM?

Kalau di UIAM, duration adalah dari bermula dari jangkamasa bermulanya peperiksaan iaitu 30 Oktober, sehingga 12 November 2010. Kami akan di dividekan mengikut Kuliyyah, so we work for given Kuliyyah. Kalau some Kuliyyah nak guna EA awal, so we might start working on 23rd onwards. Wadges? Tak pula saya ketahui. Kami juga berkemungkinan besar utk squatting throughout this duration :D Maybe pulang ke rumah ketika weekend je. Mungkin.

Tapi kalau di USIM, rumah kami agak dekat dengan USIM. Taklah dekat sangat, tapi sebab ada PLUS highway yang memudahkan urusan, so jarak tu menjadi dekat, berbeza dengan UIAM Gombak yang kena merentas MRR2 yang dikenali umum utk 'jammed'.. Jarak yang hanya 30km boleh jadi makin jauh..
Wadges? RM 50 sehari.. mewah? Mungkin. Makan dan minum ditanggung. Cuma, kene back and forth utk pulang ke rumah sebab tiada bilik disediakan, plus kawan-kawan yang study kat USIM pun bukan dalam kalangan 'rapat'. Duration bekerja : 22 Oct sehingga 13 Disember 2010. Lama.. dan, al-kebetulan, kami akan ke Main Campus on 8th December 2010 insyaAllah. So, pening kan?

Saya dan dia terfikir untuk apply dua-dua dan tengok je la mana yang dapat. Tapi.....

Kalau di USIM, susah juga nak negotiate utk cuti. Plus, persekitaran baru. Kalau sesat dalam USIM? Atleast kami ada idea lah tentang map kat Gombak, and so much friends kat sana. Boleh squatting, enjoy facilities, join usrah or any other programmes. Kan?

Kebetulan, hamba Allah yang merupakan sahabat saya ni ada programme on 22nd, then 23rd and 24th kene pergi CFS for 3rd intake students. Besides, dia ada course on 6th and 7th of Nov. So memang banyak la kene negotiate cuti. Nak masuk main campus lagi.

Akhirnya, hati kami thabit utk memilih UIAM je. Senang :)

InsyaAllah, doakan yang terbaik untuk kami.. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Kalau tak dapat, means takde rezeki :)

to be continued.. ^^

Thursday, October 7, 2010

bila sesuatu yang anda harapkan...




tak jadi.. maka jangan lah bersedih.. :')


bismillah..

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” (Hadis riwayat Ibn Sunni dan Ibn ‘Asyakir secara marfu’)




post ni khas utk saya meminta maaf kepada siapa sahaja yang saya jumpa kat Gombak, semalam dan insyaAllah hari ni. Saya tak bersedia nak berjumpa dengan 'specific' orang yang saya kenal sebenarnya, menyebabkan saya bertindak 'kaku' dan maybe muka yang dah memang sedia 'ketat' ni, bertambah 'ketat' lagi semalam.

Minta maaf :(

hati saya makin tak tenteram, setelah pulang dari Konsert Palestine will be free kat CAC. Mungkin kerana situasi dan suasana dalam Hall tu sendiri, yang bercampur lelaki dan perempuan, menyebabkan dada kami 'sesak'!

tak tahu di mana silapnya. Mungkin kerana kehadiran orang luar,yang teramat ramai, dan juga pertembungan budaya, Melayu dan serata umat Islam dari pelbagai negara.. dan mungkin juga, kejutan 'budaya', lelaki dan perempuan.

serius, jiwa sesak..

sebetulnya, beli tiket itu semata utk menonton persembahan dari Maher Zain. Al-kebetulan, beliau yang pertama membuat persembahan pembukaan, walaupun hanya 2 lagu, InsyaAllah dan Barakallahulakuma.. setelah persembahan In-Team, sahabat saya, Haziqah terus menerus ajak kami keluar dari dewan. Believe me, saya banyak berdiam diri sewaktu dalam dewan. Mungkin juga kerana 'kejutan'.

Keluar je dari dewan, saya dan Haziqah menemani dan 'campus tour' bersama student dari Kuantan [macam saya bukan Kuantan pulak kan :p] Wan Atikah dan Shazlenna. Dahla campus tour, tangkap gambar tersangatlah banyak. Iyelah, bila lagi nak berjumpa, dating malam2 kan. Ada kereta lagi. Apa lagi..

itu je the best part of yesterday. Selebihnya, menyebabkan saya tak tenteram sekejap.

Jumpa orang itu,selisih dengan orang ini,mesej dengan yang itu,berbual dengan yang ini. Akhirnya, saya sendiri rasa berdosa semalam. Saya rasa,macam saya 'sosial' sangat, padahal yang saya jumpa semuanya yang saya kenal dan perempuan. Tapi maybe sebab tempat kami bertemu, tempat yang ramai orang, dan juga kafe HS yang tak mungkin saya jejak lagi selepas ini.. Saya taknak pergi kafe tu lagi!


saya cukup rasa bersalah sebab saya 'kaku' dengan seseorang yang saya kenal, seolah-olah saya tidak mengenali beliau sebelum ini, apatah lagi berbual.. Walhal, saya kenal sangat hamba Allah ini, dan saya 'berpersatuan' dengan beliau. Tapi saya tak tahu kenapa saya tak boleh nak cakap, walau sepatah dengan beliau. Nak tengok dia pun, rasa bersalah. Kalaulah dia ada baca post ni, atau sahabat2 beliau, sila lah beritahu yang "saya tak berniat nak buat2 tak kenal kpd beliau".. saya memang tak tahu nak cakap apa, dan kenapa, dan buat apa etc etc. Saya hanya mampu 'melarikan' diri dan 'anak mata' je. Kesiannya. :( saya masih Anis yang dulu, tapi mungkin lebih 'tahu' mana yang baik, dan mana yang buruk. Memang saya rasa bersalah dengan hamba Allah yang ini sebenarnya. Sebab itulah post ini ditulis..

selanjutnya.. Saya tak tahu bila lagi akan ke Gombak selain daripada konvokesyen 4 tahun akan datang. 'Ala kulli hal, minta maaf warga Gombak :(


Monday, October 4, 2010

all thanks to ALLAH..

bismillahirrahmanirrahim..

:)

Allah jugalah yang sebaik-baik Perancang.

saya pernah mendengar kisah Khalifah Umar Abd Aziz, yang 'ditegur' anaknya kerana beliau ingin menyambung muamalat selepas Zuhur, sedangkan masa masih panjang lagi sebelum tibanya waktu Zuhur. Hal ini demikian kerana, beliau ingin berehat seketika. Tetapi,ditegur pula oleh anaknya...

"Bagaimana ayahku sebegitu yakin yang kita akan hidup sehingga Zuhur nanti?"

teguran yang menyebabkan beliau bingkas bangun, meneruskan urusan pentadbiran beliau semula.

***

kadang-kadang, kita hanya berkata, "maaf, saya tak dapat memenuhi jemputan awak. ada hal lain." dengan begitu konfemnya. Tapi akhirnya, kita antara tetamu 'awal' yang sampai.

paling simple lah, selalu jugak terlepas nak cakap, "eh,kejap lagi aku nak basuh baju. Lepas zuhur tidoq sat. Then baru sambung study.." kat roommate. Roommate hanya mengangguk, tanda mengiyakan.

Tengok2, satu apa pun tak buat. Bila dah online, terus online sampai ke petang. [contoh sahaja]

macam mana kita boleh terlalu yakin yang kita akan hidup, seminit, sejam, sehari walhal sesaat dari sekarang?

ada juga English saying mengatakan, "Don't tell, or you'll ruin it.."

apa sahaja. Saya harap, saya tak begitu yakin selepas ini.





hari ni hari keTUJUH [7] saya bercuti. Masih berbaki 53 hari. Sempatkah utk saya menggunakan hari-hari tersebut sebaiknya? Wallahu'alam..




Tuesday, September 28, 2010

ur RSVP..

bismillah..


memang dah lama tak menaip. Ofkos agak kaku. Tiba-tiba kali ni nak menaip, sebab nak 'meluahkan rasa ketidakpuasanhati' pulak kan. Memang terbaik la.

RSVP..

saya rasa korang dah sedia maklum kalau saya sebut benda alah ni. Beserta 'makna' disebalik perkataan itu sendiri.

R.S.V.P. stands for a French phrase, "répondez, s'il vous plaît," which means "PLEASE REPLY!".

hal ini, bagi mereka yang tak-berapa-nak-paham lagi maksudnya.

terima kasih daun keladi kepada yang sudi membalas mesej 3 page saya. Yang saya kira, sebagai amanah daripada seorang pangkat 'ibu', untuk mengira berapa orang tetamu yang bakal hadir ke rumahnya, atas dasar ingin menganggar bahan2 masakan yang perlu dibeli. Terima kasih sekali lagi kepada 2 org sahabat yg menuntut di tempat jauh, serta seorang lagi yg sedang bergelut dengan peperiksaan akhir bagi membolehkan beliau memasuki Main Campus sekali dengan saya, sebab sudi reply, walaupun mcm agak konfem tentrang kehadiran mereka yang jauh. Terima kasih!

tetapi, dengan rasa yang kecewa sikit, kepada yang BERIYA-IYA memberi 'hint' kepada beliau untuk membuat open house, yang saya kira tempat menuntut takdelah jauh mana. Dan juga TIADA SEBARANG PEPERIKSAAN sedang berlaku, terima kasih juga sebab TIDAK membalas mesej saya.

sekarang : ikut suka korang..

Thursday, September 9, 2010

corat coret..

bismillahrirrahmanirrahim.. :)

salam Ramadhan terakhir.

:D

tak happy mana pun, sedih jugak mengenangkan sempat ke tak utk menjengah Ramadhan depan. Hmm.

dah lama rasenye tak update.

nak taip pun kekok la ni. Tapi kene taip jugak, sebelum biarkan ia berhabuk lagi tebal. Biasalah, nak raya+final xm. InsyaAllah.


"Esok puasa! yeay!"

itu cerita 30 hari lepas. Sebelum kami bersiap nak ke masjid, utk menunaikan Terawikh. Tapi tak konfem2 lagi, memandangkan hanya khabar2 angin sepoi2 bahasa je yg kedengaran. So, dok kalutlah tanya mak ayah kat rumah masing2, betui ka esok puasa.

Alhamdulillah, 10 Ogos, puasa. So, mari ke masjid. :)


"Jom buka kat masjid! Last time kot...."

alhamdulillah, sepanjang berpuasa utk kali terakhir di bumi PJ ni [insyaAllah], saya dapat berbuka 2 kali di masjid Kolej Islam. Hajatnya nak lebih banyak lagi, tapi, ada kekangan kelas yang kebanyakannya petang membuatkan terpaksa lupakan hasrat terpendam tu. Tapi 2 kali okey la kan? :D


"Iftar baksis yuk!"



Ramadhan kali ni juga membawa saya ke bumi Gombak buat pertama-tama kalinya :D :D
alhamdulillah, dapat berjumpa dengan seluruh ahli keluarga baktisiswa, yang dirindui, merindui, terindu dan segalanya, walaupun tak semuanya yang dtg.



"Ramadhan di rumah baru, masjid baru utk terawikh.."


seriusnya, jangan pindah rumah ketika bulan puasa [=.="]

sangat penat, tak hengat dan etc etc etc

walaubagaimanapun, segala puji bagi Allah, saya dapat berpindah ke rumah baru awal minggu Ramadhan yang lepas. Walaupun penat tak dpt diungkap dgn kata2, tapi akhirnya hajat ibu dan family nak beraya di rumah baru, insyaAllah tercapai. :)

happy though. Cuma, makin jarang balik johor la lepas ni. :(


"saya pun puasa juga mak cik..."

seperti kebiasaan yang biasa, saya akan menemani ibu ke Tesco, atau mana2 pasar bagi berbelanja utk raya. Selalunya dua hari sebelum raya. Same goes to this year. :)

tempat yang sama, Tesco Saujana Impian. Cuma, situasi dan pelakon je yang berubah.

kali ni, tak banyak yang best boleh 'dikongsi' bersama. Tiada pemandangan indah mcm tahun lepas. Adegan suami beli belah isteri tolak troli dah takde. Semua cam natural je. Muka pun biasa je. Puasa gamaknye :p

tapi, tiba-tiba ada situasi yang pelik sket. Menyebabkan saya semakin utuh dengan prinsip 'Jangan mengukur kematangan melalui umur'.

Hmm..

Selepas memilih beberapa jenis lauk basah, saya pun ke sinki yang disediakan pihak Tesco utk membasuh tangan. Ye la, sekarang ni makin takut dgn pelbagai penyakit yang tak terduga. Kadang2 sebab bakteria pun dah boleh jatuh demam dan meninggal. Mmglah ajal maut di tangan Tuhan, tapi kita sepatutnya menjaga yang termampu utk kesejahteraan diri kita dgn org2 tersayang mcm family kita :)

ok back to Tesco. Then, al-kebetulan, depan saya ni ada la seorang nenek beserta cucunya [mungkin] sedang berdiri betul2 di hadapan sinki tersebut. Yang basuhnya cucunya seorang je. Then terpaksa lah saya memusing ke tepi sinki utk basuh tangan. Nenek tu hanya tercegat kat situ, macam menunggu seseorang.

Habis je cucu dia membasuh tangan, dia mula menempik,

"Ni mana tisu ni?"

eh! terkejut saya,apasal pulak nak menempik tak tentu hala ni?

abang pemotong ayam tu pun terkejut. Maklumlah, semua staf busy nak agih2 kan barang kat tempat2 yg sepatutnya. Kebetulan,ayam segar baru mai, so semua duk busy nak susun ayam tuh. Ada jugak customer yg awal2 dah suruh pemotong ayam kerat ayam2 diorang. Tapi lain pulak kat abang ni. Dia 'care' kat mak cik ni. Dia hanya mengangkat kepala, tanda bertanya.

"Ni mana tisu ni? Berlendir tangan!" marah nenek tu lagi.

Saya yang exactly sebelah nenek tu, malu-malu alah di buatnya. Tak perlu kot marah macam tu.

Saya terus berpaling, meninggalkan adegan mencemaskan tuh. Lalu banyak suara2 terluah.

"Garangnya..."

biasalah, di bulan Ramadhan ni, semua orang berpuasa juga. Dan saya mmg paham lah, nak mujahidah dengan 'kesabaran' tu amat tinggi dek perut yang lapar kononnya. Tapi utk seorang wanita berusia seperti beliau, ini kali pertama ke berpuasa? tak boleh nak tahan marah+sabar tu?

pelik. tapi benar.


"sekejapnya berpuasa, esok nak raya"


insyaAllah hari ni hari terakhir berpuasa dalam bulan Ramadhan. Dan saya masih di rumah, menanti orang nak beraya di rumah, sambil2 menyiapkan kelengkapan apa yang patut.

Tampak mudah. Nak iron baju satu keluarga, nak kemas rumah, nak susun kuih raya dalam balang. Belum masuk nak anyam ketupat masak lauk2 lain lagi. Mau sehari suntuk. Moga Allah permudahkan.

and ayah dah habaq, nak pergi ke jalan TAR malam ni. Seperti tahun2 lepas. [nak singgah Mukmin Bookstore sebenarnya] :D

akhir kalam, mari kita manfaatkan sunnah Nabi utk ziarah-menziarahi dalam bulan Syawal ni. insyaAllah, moga raya kali ni lebih bermakna, bermanfaat, dan diberkatiNya. Yang jauh, kita dekatkan, yang dekat kita eratkan. yang erat? :p

Slam aidilfitri minal aidil wal faizin. Kullu 'aam wa antum daiman bi khair.

happy eid.

all the best utk final exam di PJ, yang di kuantan and gombak, all the best utk mid xm anda.

jemput dtg rumah~

.::from anis naazira dan anak-anak 'kucing'::.










Friday, September 3, 2010

kata-kata itu doa ok..

bismillahirrahmanirrahim...

salam Ramadhan penuh barakah.. :)

terkesima bila saya log in Facebook, dan terpapar kat Home, perbualan dekat wall seorang sahabat.. one side, cam seronok bertanya khabar tentang seorang lagi sahabat. yang di tanya khabar itu, macam nak tak nak je jawab. Kesian kat si penanya tadi..

tiba-tiba..

"sila pergi mati anda."

eh?!

boleh pulak kan dlm bulan Ramadhan ni tulis cam tu. Bukan setakat tulis, tapi habaq kat orang lagu tuh? mana sivik minded kita? di mana kesensitifan kita terhadap ayat-ayat camtu?

saya memang terkesima.

dan terkejut.

semoga Allah memberi hidayah kepada kita utk MENJAGA perlakuan dan PERCAKAPAN kita. Especially saya, si tukang tulis nih..

kepada yang TUKANG TULIS ayat di atas, marilah menjaga cara penulisan kita.

saya tak nak KAWAN awak, atau orang yang awak tujukan ayat tersebut, 'mati' dulu, okayh.

fyi.

maaf atas segala salah silap.


Sunday, August 29, 2010

let the pictures tell..

bismillahirrahmanirrahim...

salam Ramadhan dari PJ.. :)

Khamis lepas, merupakan kali pertama kaki ni menjejakkan bumi Gombak. UIAM Gombak to be frank.
Excited nye, hanya Allah yang Maha Mengetahui.. :D

tepat pukul 4:09 ptg, saya dan Madam Humai had reached the main gate. Tapi seriously, memanglah excited terlebih, tapi tak se excited mana sgt. Sebab I got feeling yang saya takkan masuk dan study di situ, so teruja lain je.

pukul 4, biasalah, time orang balik kelas. Yang officers and lecturers pulak dah berkejar2 kat Main Gate, nak balik rumah utk persiapan berbuka. Kene pulak esoknya cuti umum, so agak hectic kat depan Admin tuh.

First building that we reached is of course Institute of Education or Insted. Sebab Madam nak fetch her daughter yang study TEASL kat situ..

kepergian saya ke Gombak, untuk 3 hari dan dua malam, memang best. Seronok sangat. Dengan jumpa kawan2 time kat Asasi PJ, dengan geng usrah, study circle, family FSCC, family Baksis, teman baik, classmate form three, named it, sume jumpa, alhamdulillah. Cuma tak sempat nak melawat bilik diorang [sebab sume ajak mai bilik diorang] disebabkan masa yang terhad, lagi pun takde transport yang khusus nak ke Mahallah yang berlainan. Takkan nak jalan kaki? fuh...... insyaAllah akan di usahakan utk dtg lagi lepas raya. :)





pemandangan sunrise dari bilik Haziqah.. yang bercahaya dekat atas bukit itulah Mahallah Salahudin. Mampu nak jalan ke sana sempena bulan Ramadhan yang terik kat Gombak ni? Lain kali lah sy try.. :p



Female sport complex, dari compartment Haziqah. Amat dekat! Kalau tak exercise jugak tak tahulah. Kat dalam pun ad pool size olympic katanya. Sebenarnya nak pergi, tapi tutup pulak sempena bulan Ramadhan ni.. Kelihatan juga kabus, gambar ni time pagi..



Cultural Activity Centre atau CAC [bukan Culture and Arts Club ok]. Hall ni paling besar kat Gombak, lagi besar dari Main Auditorium dan of course, dari Al Malik Faisal Hall kat PJ nih.. Kat sini juga berlakunya sume event2 besar kat Gombak e.g Taaruf Week. Dalam hall ni ada juga LT [Lecture Theatre] kecik2 utk Mass Lecture subjek. Tapi saya tak sempat nak masuk sebab katanya dewan ni dikunci dan dibuka kalau ada event tertentu je..



Masjid Sultan Haji Ahmad Shah atau SHAS Mosque. Masjid ni merupakan bangunan pertama yang dibina kat Gombak, diiringi bangunan2 kuliyyah disekitarnya. So nak habaq yang masjid ni betul2 kat center Gombak. Besar dan sangat lawa. Ground floor utk brothers, dan level atas utk sisters..



ehem.. ni je Kuliyyah yang saya mampu pergi sebab berdekatan dengan library.
:-)


University students kalau tak tahu tempat ni, tak tahulah..
UIAM pun ada usaha nak menggalakkan students2nya berpidato atau berlatih pengucapan awam. Salah satu usahanya adalah dengan mengadakan Expressive Corner yang terletak di sebelah Cafe HS, berdekatan dengan Azman Hashim Complex. Kalau di UM dan di Barat, corner ini dipanggil Speaker's Corner. Sapa2 je boleh berpidato, berbahas, berpuisi etc etc kat sini. Just step onto mini stage tuh. Kalau ada rezeki, ada la orang lalu and tengok.
:-)


Library yang cantik, dan mantop habis. Maybe sbb sy tak pernah pergi National Library.
Yg penting library ni memang best! Ada 5 levels kalau tak silap, dan setiap level tertakhluk dengan kuliyyah. Saya hanya pergi level utk Kuliyyah Edu dan Laws je.. Mmg beneficial utk student Laws..



Iftar Jamaie family Baksis kat Cafe Edu.. kelihatan PM, Hafiz sedang bg kata2 aluan dan brief sket.. :)



suasana bazaar Ramadhan di Convest Hill, Gombak. Air mata kucing dye memang peh!



Institute of Education or Insted. First picture taken in Gombak..

terima kasih yang tak terhingga utk Haziqah dan roommates yang memang terbaik dan cool habis. Tak sabar nak pergi lagi utk kali ke-2 :-)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...