Assalamualaikum. Salam 22 Ramadhan.
Alhamdulillah. Setakat ni, saya tak pernah berdalih apabila ditanya, "Kenapa buat short sem? Baik cuti je kat rumah."
Well, this might sounds bit cliche. Tapi itulah realitinya, percaturan Allah tu memang Daebak habislah! :)
*daebak = terbaik
Pertamanya, saya berpeluang berjumpa dan menghabiskan masa sedikit, walaupun tak lama, dengan kakak-kakaks yang bakal grad. Dan dirindui. Baik-baik dan solehah semuanya! Dan semuanya bakal meninggalkan kampus dan kami di sini. Sobe' sobe' [baca : sobs sobs]
Bila berjumpa, lalu bergosip? Oh tidaklah. Tapi berpeluang sedikit, walau tak banyak, bertanya itu ini etc etc etc
Hehe.
Keduanya, dapat beramah mesra dengan orang-yang-saya-tak-terfikir-untuk-bermesra-with. Eh, fahamke?
Secara jujurnya [sambil memakai topeng jujur], ada dua hamba Allah di UIAM Kuantan, yang kalau anda perasan, saya tak bermesra sangat pun. Eh, perlukah perasan? Kenapa? Tak perlulah habaq :D
Erm, dan saya gembira sangat akhirnya saya dapat berukhuwwah fillah dengan mereka! Yeay! :)
Untuk approval of my existence, tunggu je lah Friend Request dari mereka di FB. Maaf, demanding. :)
Yang ketiganya, was the most awaited one. Bicara sang junior kepada sang senior yang dah grad dengan warna penuh! Memang terbaik lah dengar pencapaian kakak ni, dan saya sebagai groupmate beliau, sangatlah berbangga dengan pencapaian beliau ye. Subhanallah Kak M, doakan saya menjadi seperti kakak, supaya mudah untuk bermanfaat kepada ummah :)
Tatkala berbicara dengan akak ni, saya semacam goosebump.
Though next semester is not yet my 3rd year studying here, tapi aura2 3rd year tu memang meresaplah :O
Bukan maksudnya semangat terlebih. Eh, baguslah kalau macam tu. Tapi, kalimat akak....
"Yes, makin naik year, makin susah. 3rd year secara jujurnya, susah."
Okaylah. Kena terima dan hadam kenyataan.
Cumanya saya pondering sendiri, cukupke sekadar mendengar pengalaman orang ni?
Tiba-tiba bersomangat kan.

Bicara kak M relax sahaja. Cool. Pergh, mungkin juga sebab dah grad habis and formally from UIAM, dah buat clearance habis semua dah. Tinggal nak balik rumah je.
Buktinya, bila saya semacam cuak sikit je, dia mesti cakap, "Apa masalahnya?". Erk! Sentap+malu sendiri. Inilah saya, belum apa-apa lagi dah nak cuak bagai. Rilek sudah Anis, kata cool sangat?!
'Ala kulli hal, banyaaaaaaaak sangat yang saya belajar dari attitude kakak ni. Alhamdulillah. :')
Selain kena relax, kenalah rajin berusaha kan! Dah third year ni kalau main-main, malas-malas, culas-culas, maka bersedialah untuk sebarang kemungkinan! :O

Saya selalu remind orang benda ni. Sepertinya diri sendiri takde lansung sifat-sifat ni kan -.-
Lepas jumpa kakak ni, saya berpeluang berbuka bersama adik junior ni, R :)
Bila mendengar cerita adik R, saya ambil 'ibrah untuk diri sendiri. Semua orang berupaya untuk berjaya, walaupun cepat atau lambat. Tinggal usaha kita ke arah itu je! :')
Rasa syukur dengan segala nikmat edukesyen yang Allah Beri selama ni. Tak pernah yang kurang, semuanya terbaik dan kondusif! Tetapi kenapa masih di takuk lama? <---- asking myself T.T
Ok, hari ni memang hari 'ibrah untuk berjaya sedunia. Sementelah berjumpa ramai orang-orang osem dalam study dan hidup hari ni, tiba-tiba saya malu sendiri.
Tiba-tiba hati merintih pohon kekuatan dari Allah, semoga Allah terus kuatkan saya dan bagi petunjuk kepada saya. Ameen.
Serius perlukan kekuatan.
Dan saya tahu, "cukuplah Allah sebagai sebaik-baik penolong."
Bukak Kak M, bukan adik R, bukan Kak A. Bukan sesiapa. hanya Dia.

~may Allah guide and guard~
...................................................................................................
Nota I : "Tests done since 1933 show that people who talk about their intentions are less likely to make them happen.
Announcing your plans to others satisfies your self-identity just enough that you're less motivated to do the hard work needed." - via this
So, tak bolehlah nak habaq apa future plans kita dah. Hehe
Nota II : Ihsan gambar
Nota III : Everything in this dunya are only means to get towards the end, to reach Allah and his Jannah. Note that.








