
Cermin.
"Alahhh, apa la ada pada cermin. Takda pa pun weh. Apa pun tak boleh!"
Rileks dulu ;)
Berapa kali kita tengok cermin dalam sehari? Ok lah, banyak sangat tak terkira kan. Dalam masa satu jam?
Yes yes, termasuk lah cermin kereta, cermin tandas. Not specifically to our personal mirror yang sangat lah dedikasi tu! :)
Banyak kali kan? Especially kaum sejenis saya ni.
Apa yang kita nampak pada cermin tu? Errr. Siti Nurhaliza ke? :O
"Of course lah diri kita oii. Awat cek merapu meraban ni?"
Hehe. Ok foine. Perasan tak, banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada cermin.
Erk.
Yes, cermin banyak 'ibrah tau! Kalau tak, kenapa Rasulullah S.A.W ada habaq pasai ceghemin dalam hadis baginda?
“ Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain"
(HR At-Thabbrani dari Anas RA).
See?
Kenapa cermin?
- Kualiti tertinggi
Nak buat kaca a.k.a cermin ni, memerlukan kepada kualitas pasir yang paling terbaik. Sebab kalau kita buat cermin guna pasir yang kurang baik, atau biasa-biasa, maka hasilnya juga tidaklah secantik mana. Pantulan wajah ayu kita juga bakal tak lawa seperti realitinya. Ehem.
Kan?
Begitulah juga sepatutnya kita, mukmin dan manusia pilihan Allah. Kita perlu sedar tentang hakikat Allah pilih kita antara zillion-an, malah tak terkira, para hambaNya untuk mengecapi nikmat iman dan Islam. Sobs. Tiba-tiba sedih pula.
Oleh yang demikian, seharusnya bagi kita untuk menjaga tutur kata, peribadi, attitude untuk menjaga ke 'izzah'an kita sebagai seorang Muslim :) Kesedaran ini juga bakal membuatkan kita semakin ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, insyaAllah :)
- Yang kedua, cermin menasihati kita dgn bijak :)
Apa yang dimaksudkan dengan nasihat si cermin? Ok, perasan tak, bila kita tengok cermin, dan baru perasan yang tudung kita senget [buat muslimat], apa yang kita buat?
Biarkan saje? Tipuuu! :D
Mesti kita dengan secara automatik, reflex action si tangan terus betulkan tudung kita, sambil 'menasihatkan diri sendiri', "lain kali pakai tudung elok2 sikit."
Kan? sweet kan si cermin? hehe.
Maksudnya, cermin tak pernah menipu kita. Dan kita pun, akan terus ikut 'nasihat' dia tu, tanpa berfikir dua-tiga kali. Plus, cermin pun takdelah mengutuk kita depan2. Cermin takkan merendah-rendahkan manusia yang melihatnya, sebab their imperfections. For example,
"Isy kau ni! Pakai tudung pun senget! Entah apa2!"
Pergh. Kalaulah cermin boleh 'bercakap'. T__T
Macam tu lah sifat mukmin pun. Kalau ada kekurangan orang lain, dah menjadi tanggungjawab kita untuk menasihatkan dengan penuh hemah. Bukannya mengutuk2 belakang.
*gulp
- Cermin bermanfaat untuk manusia!
Wujudkah cermin khas untuk golongan manusia-manusia tertentu?
e.g ada cermin untuk kelas atasan, mungkin diperbuat daripada emas. ada cermin untuk golongan kelas pertengahan dan bawahan.
wujudkah?
Tak.
Semua cermin sama ja. So, jelaslah di sini, cermin sangat bermanfaat untuk manusia meng'reflect' diri tanpa mengira golongan apa pun! Semuanya menggunakan cermin yang sama.
Begitulah sepatutnya sifat seorang Muslim itu sendiri :) Bermanfaat untuk orang lain. Yanfi'u lighairihi. Salah satu muwasofat tarbiyah untuk menjadi Muslim ideal :)
insyaAllah.
- Cermin : Penjaga rahsia
Walaupun kita ada sejuta kekurangan di muka, badan [apa2 yang boleh di lihat di cermin], sang cermin tak pernah habaq kat orang lain, "Eh, nak tau tak? Org yang tgk saya tadi ada jerawat kat muka dia.." mcm tu.
Cermin akan remain senyap. Senyap. dan senyap. takkan bersuara.
Cermin pasti merahsiakan aib kita.
Begitulah reflection towards Muslim, menjaga aib saudara kita antara satu sama lain T__T
Mencabar kan? Penuh mujahadah. KENA mujahadah!
- Cermin yang jujur
Cermin sangat jujur, ia akan menunjukkan SEGALA kekurangan yang kita ada tanpa berselindung satu pun!
Tak pernah kita tengok diri kita di cermin, tersangat lawa secara tiba-tiba! Dan tak pernah jua kita melihat badan kita sangatlah slim dalam cermin, walhal berat badan dah mencecah 100kg!
Sekadar contoh ;)
Begitulah jua Islam menganjurkan untuk kita bersikap jujur terhadap segalanya! Rugilah jadi orang yang tak jujur a.k.a penipu nih!
Jujur kan polisi terbaik!
Ha, macam mana pandangan anda terhadap cermin? Dah berubah?
Lepas ni bila kita tengok cermin, reflect sekali sifat cermin dan diri kita ye! ^^
~aman~
..............................................................................................
Tiba-tiba rindu kat Kak S. Ini perkongsian terakhir beliau sebelum graduation :')
No comments:
Post a Comment