Thursday, August 2, 2012

539. Jelas!



Pintu bilik diketuk. Jam dah menunjukkan lewat malam. Saya bermalas-malas membuka pintu.

"Oh, kak S. Masuklah!"

Girang.


Pelbagai cerita dirungkaikan. Semua beragenda masa depan. Yes, tema yang sama. Agaknya beginilah tika berbicara dengan orang yang menunggu agenda CONVEST~ [maksudnya, dah grad :') ]


"Hidup ni kena ada matlamat dan tujuan yang jelas. Analogi mudah macam ni, bayangkan eh.. Kita panjat sebuah bukit. Penat nih, panjat berpeluh-peluh nak sampai ke puncak...

Tiba-tiba bila sampai di puncak, baru kita sedar yang bukit yang kita panjat ni SALAH!

Apa perasaan kita waktu tu?"


Analogi mantap, memang menggugah perasaan. Daripada mata macam mengantuk, terus jadi tak ngantuk! Terus tidur pukul 1.30. Rare untuk anis. RARE!

Hanya dengan mendengar kisah kasih dan analogi-analogi kak S :)

Apa perasaan kita ye? ------> berbalik kepada analogi mudah tadi.

Bengang+frust habis!

Rasa macam nak berputus asa pun ada!






Moral of the story : Tetapkan matlamat dan tujuan hidup kita. Ke mana? Mengapa? Bila? Apa pengakhirannya?



Apa legasi kita?





T.T

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...