Monday, May 16, 2011

kalau bukan kerana sabar..

bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah. hari ni hari guru. insyaAllah saya sentiasa mendoakan para guru yang terbaik lah dalam mendidik saya. =)

cikgu2 kat sekolah saya..

  • ABIM Pandan Jaya
  • Tadika Sri Angkasa
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak II
  • Sekolah Kebangsaan Taman Midah II
  • Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri
  • SMK Bandar Damai Perdana
  • SMK Abdul Jalil
  • SM Sains Kuala Selangor
  • CFS IIUM PJ
  • recently UIAM Kuantan Campus
Jazakumullahu khairan kathir :)


[banyak kan sekolah saya?=.=']

kebetulan. saya rasa, trait nak jadi seorang guru ni, first and foremost, of course lah kene PENYABAR.

kalau tak kerana kesabaran yang tinggi, nahaslah para pelajar dorang kan?


well, itu adalah kelemahan terbesar saya setakat ni. sabar.




insyaAllah masih dalam pembelajaran nak menghabiskan silibus sabar dalam diri ni. mungkin kerana terlalu banyak mewarisi gen sebelah ayah, saya akui ini kelemahan utama saya.

saya tidak macam ibu saya. yang SANGAT penyabar dalam segala aspek.



beberapa hari sebelum, saya diuji dengan perihal kesabaran, gara-gara di appointed menjadi penyelaras sebuah program.

program lah sangat. bukan program kot, tapi majlis.

saya akui, agak 'lemah' kalau bab2 menyelaras ni. sebab saya lebih selesa bertindak di belakang tabir shj. tapi kalau dah masuk menyelaras, kita kena berhadapan dengan semua orang.

dan baru saya tahu, kerja menyelaras ni, tidak SEMESTINYA mendengar pendapat, keluhan, kritikan semua pihak. we are not going to please everybody. we are just going to plan, and coordinate and THAT'S IT.

di sinilah bermula, pendapatan idea dengan ayat, "kalau tak kerana sabar...".






honest speaking, kalau bukan kerana seseorang yang sangat eager nak jalankan majlis tu, dengan recommend itu ini, dan juga seorang lagi yang berusaha untuk habiskan 'budget' yang ada, saya tak akan sekali2 take part dalam majlis ni.

bukan saya nak [ok lah, nak sikit] pun jumpa2 balik nih. kalau saya nak pun, saya nak gather balik dengan orang yang saya dah jumpa hari2 kat UIAM Kuantan [dan sekarang tak jumpa sebab cuti] dan beberapa kerat muka-muka WAJIB JUMPA di Gombak. itu sahaja. yang lain, kalau saya nak jumpa dorang, saya akan contact, dan meets up kat mana2. but most of the time, TAK pun.

tapi disebabkan nak habiskan duit yang ada, dan tak nak biarkan ianya 'hang' macam tu je, maka majlis ni diadakan. dan seperti biasa, walaupun ni majlis biasa, dan bukanlah TAARUF WEEK UIAM yang melibatkan ribuan students, still, mesti lah kene ada rencah sikit kan? rencah2 masalah2 manja nih mestilah ada. dan itu pun boleh membuatkan cuti kat rumah ni, jadi macam panas je.

tapi, tagline kita, "kalau bukan kerana sabar", maka saya pun amik jalan untuk berlapang dada, seluas padang bola, dan bersabar. heiii, sabor je lah.

alhamdulillah, sejak mengenali seorang sahabat di tahun 2009, saya belajar untuk mendalami pekerti indah ni.

saya tak tau kenapa, saya sangat mengagumi [kagum je eh] beliau kerana sifat beliau yang satu ni. sangat sabar, tenang. hampir dalam segala aspek.

saya pernah bertanya dengan beliau, sedang tengah leka di dalam kereta, dia yang memandu. by chance :D

"_____ tak pernah marah ke?"


"err.." [speechless]


"takdela. tak pernah tgk ___________ marah. hehe" saya habiskan ayat dengan satu ketawa kecil yang kedengaran macam whatever.

dia kata dia jarang marah.

pernah sekali tyme sekolah.

sekali lagi, dia tak marah lansung kat muka orang yang dia marah. tapi dia luahkan kat sorang lagi kawan saya. dan dia BETUL2 marah!

"tinggi jugak lah suara saya.." katanya.


tapi betul lah. saya tak boleh nak bayang macam mana rupa muka dia kalau dia marah. nak tengok jugak garis muka mana yang bertemu di mana.

dia kata dia jarang marah, dan mungkin sebab itulah dirinya sering difitnah O.o


difitnah kerana terlalu popular dan disanjungi ramai? oh my. sangat budak2.


kekaguman saya tak pernah pudar. dan saya jadikan dirinya sebagai wadah dan pengajaran, Allah beri untuk saya contohi. bukan sekadar mengagumi :D











ibu mula menegur, sifat dan sikap saya yang satu ni. kata ibu, kalau nak jadi muslimah, biarlah SEIRING dengan akhlak.

setakat tahu berhujah, mana boleh.

dalam hati, dipersetujui akal, "betul jugak..."

so saya tekad. hurm, nak belajar cara bersabar. bukan belajar lah, praktikkan sabar.

bukan mudah ok, so doakan :)

7 peringatan.




bismillah.


Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

  • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
  • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  • Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."


wallahu'alam.

Monday, May 9, 2011

1st wedding.

bismillahirrahmanirrahim.


:)

rasanya dah lama tak balik Johor. Allah. Sabtu lepas, dapat jugak akhirnya melangkah ke negeri tanah tumpah darah tu.

well, tak balik ke johor bahru pun. sekadar memenuhi undangan walimah dua pupu berdekatan Jalan Bakri di Muar, kampung saya.

guess what, pengantin tu baru berumur 21 tahun =.="

bukan menghina. oh tidak. tapi mengagumi, sebab tak ramai anak2 muda remaja yang sanggup pegang amanah jadi isteri orang seawal umur itu [err. saya pun 21]

walaupun dua pupu, tapi saya tak kenal pun. mungkin kerana keluarga sebelah ibu besar, dan ramai sangat sepupu sepapat, kaum kerabat menyebabkan yang jauh sikit pun, tak dikenali.

dua pupu tu camne? oh, mak saya dengan bapa pengantin perempuan tu sepupu. so saya, dengan anak dia, jadi dua pupu :)

macam macam.


tapi saya suka sangat kalau balik Johor ni, family besar saya pun akan gather sekali. bukan mudah ye nak gather, kalau bukan di hari raya terutamanya. ini pun tak cukup semua, sebab ramai yang merata seluruh malaysia, sabah dan sarawak je takde.

saya pun dah jadi mak cik :) ramai kot anak sedara saya. cuma tak jadi atok je lagi. peh. lambat2 lah sikit ye.

oh, bila balik johor, jumpa anak2 sedara ni lah yang best! kene2 budak ni :D










alamak Adif ni membelakangkan Cik ............. [nama samaran terpaksa dirahsiakan :)]
budak 'debab' ni dah setahun lebih dah sekarang. [menaip sambil ketap gigi]
apa feveret dia? makan. ^__^





Adif dengan kak Wa dia. eei, geram!





rumah atok sedara saya. cucu dia lah yang kahwin arituh. ni di halaman dekat bahagian belakang. majlis di depan [sebab panas]











jenuh nak salam ramai2 macam ni kan? hehe. [ini tak include semua lagi]






untuk 29 mei nih ada walimah. bulan jun pun ada satu. bulan Julai, sepupu paling rapat saya pulak akan naik pelamin. waaa~ sekarang tiba 'zaman' saya dan sepupu pulak bergilir2 naik pelamin. heh.

Sunday, May 8, 2011

=)

bismillahirrahmanirrahim.



[takleh bayang kalau ada orang tertentu baca entry ni.]



all the bestEST and good luck untuk semua sahabat2 terbaik saya yang mengambil short semester. korang memang rajin tak hengat, serius! :)


[padahal sciences tak boleh amik shortsem. bukan sebab malas]



  • cekalkan hati
  • tajdid kan niat


may Allah bless~~

especially for YOU!
























err. maksud saya, awak yang baca entry nih. eheh :)

Friday, May 6, 2011

enough.

bismillahirrahmanirrahim.


"Hadoi.........."

adeh. tiba-tiba, sampai je rumah petang tadi, saya mengeluh. panjang. muka ni, jangan cakaplah. muka hampeh+penat.

mengeluh. ingatkan hari ini bakal 'dilakar' indah-indah. tapi, cuaca panas, jangan di harap sampai ke petang. takut kecewa pulak di tengah2 hari :|

saya tau, tak baik mengeluh. =='


selalunya, kalau baru pulang dari berdiskusi, hati ni mesti 'happy' je.

bak kata orang, macam "Life couldn't be any perfect than this" lah! konon.

tapi hari ini tak. berdentum jantung sekejap.

dah lah semalam frust jugak sebab seolah-olah dah missed dua program tarbiyyah.

tapi ok lah jugak dia cakap, "oh, lupa nak ajak. kalau pergi mesti best.". tau pun.

walaupun agak sarcasm. tapi cara dia cakap tu bolehlah buat hati ni soothe sikit.

ingatkan berkekalan soothing nya.


tapi tidak.











semua yang menunjukkan saya hampeh. kecuali acting like this boy above. tak sanggup pulak, nanti family cakap apa pulak. frust ke.

semua pelik. selalunya kalau pulang dari berjumpa, muka mesti berseri-seri. tapi tidak kali ini.

dah macam nak jerit, "woi Anis!" pun ada.

kenapalah macam tak sedar diri je Anis nih? o Allah.

dah banyak kali hang habaq nak upgrade, upgrade, improved! tapi apa dah jadi sekarang?

ya Allah.

aku tahu aku tak layak. Anis tak sedar diri. Siapalah Anis tu ya Allah.


sedihnya bila diri seolah-olah dipandang dengan sebelah mata.

alamak, saya tak perasan. saya rasa that gap between us. walaupun kami bersahabat!

orang nampak macam kami ni sweet je. padahal. Allah je yang tahu.

alamak, macam mana ni? macam mana nak hilangkan perasaan ni? macam mana nak improve diri sendiri nih?

:(

bila saya dilanda mehnah bersahabat, saya berusaha nak lawan perasaan pelik2 nih.


Allah. lemah longlai diri bila melangkah ke dalam rumah.

hopeless.


"hapuskan niat tu. padamkan cita-cita itu. serahkan diri pada Yang Satu"


itu je yang saya cakap kat diri sendiri. mumbling sorang-sorang.

Allah.

kuatkan hati ini.

tabahkan hati ini.










:'(





  • jadilah hamba Allah yang taat
  • jadilah pemimpin yang teguh dengan agama
  • ikhlaskan hati
  • perbaharui niat
  • belajar bersungguh-sungguh






tingkatkan prestasi ku ya Allah.

sabar.

..



bila anda mencari-cari ruang untuk menghilangkan kehausan.

tapi end up dengan,


orang meletakkan gelas berisi air sejuk jauh dari anda.


























T_T

Thursday, May 5, 2011

:)

go with the flow.

Assalamualaikum.


Sedang melayari hari-hari indah percutian, 5 bulan lagi.

tapi,

dalam pada masa yang sama, sedang 'sibuk', berusaha untuk coordinate yang terbaik.

:)


guess what, dalam melayari kehidupan, kadang2 tak perlu fikir banyak pun. sebab ianya bakal mengkusutkan keadaan yang sedia normal, menjadi paranormal.

just make sure :-

  • hidup untuk beribadah kepadaNya
  • buat baik dengan orang lain
  • seboleh2nya bermanfaat untuk orang lain
  • perbaharui niat setiap hari. jangan biarkan ibadah menjadi 'rutin', tanpa niat yang baru.
  • taat kepada ibu bapa
  • jangan zalimi diri sendiri, persekitaran, orang lain, dan makhluk2 Allah yang lain

nampak simple kan? tapi percayalah, banyak benda/ perkara akan buat kita 'pening', dan mudah 'mengeluh' itu ini. bila dah start mengeluh, mulalah tak bersyukur.

bila tak bersyukur, tak terjejas ke iman kita nih? =.="


sebab itu, akal kena melebihi nafsu. jangan biarkan nafsu menguasai diri. yeah, ayat cliche.

jangan biarkan ianya menjadi tipikal motivation. inspired la sikit.

sometimes, kita kena sit down and relax. let things go with the flow.

what will be happens, will be happens.

siapalah kita nak fikir dalam2 sangat. takut terlebih fikir, perkara itu akan bertukar 'arah', 'maksud' dan sebagainya.

















apakah kita fikir, dengan fikir semasak masak masaknya itu, masalah akan selesai?









renung-renungkan, dan selamat beramal.

Tuesday, May 3, 2011

sepahit ubat periuk :|

Assalamualaikum.


alhamdulillah. dapat lagi nak ber0n9 hari ni :) hari ni juga saya ke sekolah memandu saya terdahulu, menghantar adik perempuan untuk menduduki exam driving hari ni. heh. dulu saya. sekarang turn dia pula.


ubat periuk.

oh, korang pernah minum tak air rebusan ubat periuk ni? :|

kalau tak lagi, cuba tanya mak2 korang. apa rasanya ubat periuk ni.


kalau tak kerana khasiat yang terkandung dalamnya, jangan haraplah saya nak minum.

eh, boleh ke cakap macam tu?


tak tahulah, dari ibu saya melahirkan adik saya dulu, saya asyik dengar je nama ubat ni. tapi baru kelmarin saya 'berpeluang' malah 'terhengen' nak minum. kenapa ek? mungkin sebab dah 21 tahun kot. eheh.

antara khasiat air 'manis' nih.

  • bersihkan darah kotor [esp utk ibu selepas bersalin]
  • mengecutkan rahim [bagi wanita]
  • mencegah perut kembung [kadang2 kita makan makanan tak menentu. so perut mudah kembung]
  • membuang angin dalam badan

sebenarnya khasiat air rebusan ni lebih menjurus kepada kaum Hawa. perihal kewanitaan dan sebagainya. sebab tu kot, ibu syorkan saya minum. sekali sehari. selepas lunch [selepas makan kebiasaannya]. khasiat nya sama seperti jamu dan ma'jun. cuma, dalam bentuk minuman la, tak seperti jamu yang lebih kepada makan.

cakap pasal jamu, teringat jamu mak dara.


saya agak 'keberatan' pada mulanya. saya agak 'kurang' dengan supplement2 nih, especially Vitamin C dan Calcium. alamak. saya ni jenis pemakan orangnya. saya bimbang kalau kadar vitamin C dan calcium sudah cukup dan bakal terlebih2 kalau makan supplement lagi.

ini pun dikelaskan dalam supplement juga. walaupun tradisional, saya takut dia bakal efek hati [liver]. ye lah, semua yang kita makan, akan diproses via hati kan. orang melayu mudah betul kena penyakit hati [liver, bukan qalb] disebabkan pemakanan. oh ye, hampir SEMUA penyakit berpunca daripada perut. ye, apa yang kita makan!

tapi ibu cukup menyakinkan saya, dia kata ubat ni dah zaman berzaman orang makan. -.-

ok lah. kerana terlalu yakin dan bersangka baik dengan ibu, saya pun dah start prektis minum air rebusan nih.


heh. cuti2 ni memang perihal 'makan' je la kerjanya.


next, baru-baru ni, tersebar di dada2 akhbar, perihal nasi lemak hanya 1-2 kali sahaja boleh di jual di sekolah.

phew, nasib lah dah tak sekolah! :D

itu antara usaha Kementerian Kesihatan nak kurangkan bilangan pesakit Diabetes, Darah Tinggi dan Jantung [3 serangkai] dalam kalangan rakyat Malaysia amnya, dan PELAJAR/REMAJA khususnya.

itu usaha kementerian? peringkat keluarga?

bukankah apa yang di makan lebih banyak di rumah, berbanding sekolah?




pesanan untuk diri sendiri, khususnya. makan biarlah ikut sunnah. :)

Monday, May 2, 2011

orang kahwin.

Assalamualaikum.

sebelum memulakan bicara [ceh], nak tegas kat sini hanyalah perkongsian biasa. dan semua yang dicoret, diharap dapat memberi peringatan kepada si penaip sendiri. insyaAllah.



29 April yang lalu, semua pakat duduk depan tv. daripada before Asar, dok mengadap ntv7 sampailah nak dekat Maghrib tu. majoriti. mostly. ah, especially perempuan. kecuali saya. :)

[dan beberapa orang yang mungkin malas nak tengok].

[ibu saya tengok. itu fakta]


apehal semua duduk depan t.v? sampai rekod yang menonton, mengalahkan semasa pertandingan akhir bola sepak FIFA 2010 tu? pheww. bayangkan.

tapi kalau diikutkan logik, boleh je kalau nak tengok. sejarah kot. mane la tau, nanti2 dah tua2. anak cucu tanya, "ibu tengok tak Prince William [yang mungkin dah jadi Raja tyme tu] kahwin dengan isteri dia?" , ha, sape nak jawab?

"err.. ibu malas nak tengok. takut cemburu." ppfftt. [jawapan saya, barangkali].


disebabkan malas nak tengok, saya pun sibukkan diri buat benda lain, sapu luar [yang makin jauh dengan tv] dsb. ibu pulak seolah tak hiraukan saya [sebab concentrate tgk tv]. hehe. mengada.

cemburu lah, kot. prince charming idaman dunia tuh.

pastu dahla kahwin, dapat liputan seluruh dunia. buat semua orang tertanya2, gown sape yang bakal dipakai Kate pd waktu tu.

soalan utama, apa perasaan dia ek? kahwin semua orang tengok. kalau setakat dalam taman je takpe, ini satu DUNIA.

soalan kedua, apa perasaan anda berkahwin dengan orang yang paling diidam2 kan gadis seluruh dunia?



"err."-poyo.









saya paling suka gambar ni. saje nak tayang cincin tunang [Princess Diana punya]. tapi memang smart kot. waktu tangkap gambar ni, semua orang shoot kat cincin dia. halamak. dah lah bersilang tangan dengan orang yang berkarisma. phew.


to be honest, saya tengok 'sikit'. AMAT sikit. sewaktu dia baca oath bagai dalam West Abbey. seriously. saya pula yang berdebar. [ceh]

jealous? oh tidak. saya tau bakal imam saya jauh lagi hebat dari William. mungkin bukan idaman dunia, tapi idaman UIA?


ok, gurau.




[ambil gambar ni sebab warna sweet pink] lol.



jealouskah anda tengok Kate Middleton tu? perlu ke cemburu. alah, bukannya dia orang Islam pun. kahwin tak bawak ke mana.

cemburu sebab dia pakai gown lawa. naik kereta kuda. bersanggar di Hotel Goring, before ke Westminster Abbey. alahai. macam rapuh sangat jawapan2 itu.

saya tak minta semua itu. naik kereta kuda JE. paling tidak Mercedes jenis Brabus JE. pakai pakaian Vera Wang [tak tutup aurat]. bersanggar di hotel2 terkemuka.

oh tidak2.

senang je pilihan ibu. "baik dan beragama mukmin bertakwa].".

saya tambah sikit, "pandai dan berkerjaya" :p


saya baru baca blog sahabat. perihal yang ni juga. hurm. tak tau dah nak tulis apa. macam2 artikel dah tulis itu ini.


yang penting, faham dan kenali our own state of heart.



siapalah tak nak menyayangi, dan disayangi?

[wah, geli nak taip]





'ala kulli hal, bersabarlah. pasti akan jumpa rijal sekacak William [mungkin], atau mungkin yang lagi hebat darinya.







next week ada walimah. dua pupu. umur 21 tahun. terima kasih.

Sunday, May 1, 2011

cuti.


In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.

Assalamualaikum.


wah. lama 'sangat' tak update blog. rindu nya nak tekan itu tekan ini :)

pejam celik pejam celik, dah nak masuk 3 minggu saya bercuti. sekejap kan?

rasanya baru sampai rumah. 18 april lalu. sekarang dah 1 mei.

hurm. sebenarnya, saya tak relax mana pun. sebab result tak kuar lagi [CUAK!]

tapi kan, malas nak fikir sangat. bukan sebab hebat atau apa, bak kata entry yang lepas, kenapa saya nak fikir benda yang tak ada di depan mata lagi.

sekarang kena banyak redha. dan tawakal. baru takde penyakit ! :)




'ala kulli hal. cuti 3 minggu. dihabiskan di rumah. memang best la kan. siapa tak suka duduk rumah. baiti jannati. usrati jannati. semua perihal syurga. dekat dengan family. kira, the safest place on earth untuk saya buat masa ni, insyaAllah :) :)


baru 3 minggu eh? :p







apa yang saya buat?

ahha. ke pesta buku :)




gerai Ana Muslimah dan Anis. Anis Anis Anis. Teman Pedoman Solehah dan Keluarga Sakinah.

phew :)







antara yang terdapat di gerai GISB






Syahidah Sith dan Amalina Annuar sibuk browse buku di booth Saba' Islamic Media :)







:)




berhadapan booth Saba'








beberapa minit [jam] sebelum ke Pesta Buku. Meeting reunion FSCC di CFS PJ :)

yosh, rindu !!!!!!!!!!

Hilmi, Azam, Amzar, Fikri, Haziqah, Amal





membawa gadis gadis sunti lepasan SPM ke Alamanda Putrajaya. cuba teka mana satu adik saya? :p







bersama bakal Accountant :)




ini yang paling syiok. klimaks setakat ni. alhamdulillah. selepas 3 minggu bercuti. saya 'dahaga'kan perkongsian dan pencerahan. Allah kabulkan niat nak join program semasa cuti ni dengan forum oleh Dr. Azzam Tamimi [kiri sekali] dengan Prof. Madya Dr. Hafidzi. forum tentang Middle East Crisis di Masjid Bukit Indah Ampang, anjuran Aqsa Syarif dan IKRAM :)






so sweet lah ! ada penerangan ala2 bercerita tentang Palestin kepada kanak2 before program bermula :)




insyaAllah. bakal di update kan lagi. doakan result cemerlang saya. doakan cuti saya selama 5 BULAN di warnai dengan program2 tarbiyyah dan pemantapan diri. amin :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...