Wednesday, November 24, 2010

jangan melatah..

bismillahirrahmanirrahim...


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda,"Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.." [Bukhari dan Muslim]
well, stunted.
Stunted bila saya mendengar ucapan daripada seseorang, mengenai seseorang yang lain, menganiayai sahabat yang lain. Boleh pulak orang yang menganiayai sahabat sendiri, adalah seseorang yang mempunyai pangkat, dan status, sebagai pemimpin, untuk pelajar lain.
Saya bukanlah pakar dalam hal-hal ini, tidak mahu menghurai dengan lebih lanjut, takut ada yang tersilap info. Tapi berdasarkan hadis di atas, umumnya Rasulullah menasihatkan kita, sebagai umat Baginda. Apatah lagi kalau kita dalam kalangan barisan PEMIMPIN?
Kita bukan selamanya di atas. Boleh jadi suatu hari nanti kita akan meminta pertolongan daripada orang yang kita 'aniaya'..
sila jangan CEPAT melatah.

isbir wahai sahabat :)

November-ian

bismillahirrahmanirrahim..


bulan November is just sweet. Hampir tiap-tiap hari saya akan wish birthday orang either Facebookally or via SMS. Baru saya perasan saya ada ramai kawan yang lahir pada bulan ini. And I don't have any single clue kenapa. Special kot bulan ni.


dan bulan November akan berakhir. Saya takkan lupakan bulan November utk tahun ni. Memory woohh.. :)


insyaAllah, kita jumpa tahun depan. Kalau panjang umur.





that's what friends are for.. :)

Saya suka quote kat atas tu. Kawan baik saya selalu cakap macam tu. So, dia dikira baik la kan? ^__^

Semalam merupakan hari yang best. Alhamdulillah. Transcript selesai di ambil. Lecturer yang saya nak jumpa pun, dapat jumpa. Cuma Madam Sa'yah je tak dapat jumpa. Beliau takde kat Office Mahallah. Dan, saya agak traumatic nak ke CN 001 tu. :)

Agak weird kan, kalau kita dah lama tak jumpa bestfriends, erm, sahabat baik, lepas tu tiba-tiba jumpa balik, in a coincidental way, kita tak jerit? Atau terlepas something, not exactly jerit, tapi terkejut+happy? Especially perempuan kan, peduli apa. [Peduli jugak org lalu-lalang tengok2 kat kita, tapi oopps! terlepas.. sorry]

That was happen yesterday :D

9 bulan kot tak jumpa. What do you expect?

Semalam jugak pergi ke CFS PJ, dan harapannya, untuk kali terakhir sebelum ke Kuantan. Sebenarnya tak rasa terimbau-imbau kenangan lansung, mungkin sebab keadaan CFS yang sangat packed time tuh. Dan mungkin sebab motif utama dah fulfilled, iaitu ke A&R utk amik transcript dah selesai, so macam nak cepat-cepat balik, dan sit-down dgn Farahin and Amal and talk about future. Yup, Kuantan.

:)



Our Bisou's cupcakes.. Serius semua cupcakes dye comel [or maybe saya yang tak pernah beli cupcakes kot..]. So, sebagai percubaan, kami beli sikit dulu. Kalau sedap, boleh promote kat kawan. Ternyata, sedap! So, tryla! :)

Nak jugak ;)



I love this place. It's called AIKOL, or Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws. Tempat dia, sunyi sepi, se-sepi bangunan dia yang sangatlah macam gloomy pun ada. Sesuai lah untuk pelajar Undang-undang. Kalau tak silap saya, saya snap gambar ni time kene jaga kat AIKOL, ni lecture room kot, tak ingat. Tapi memang best, and sejuk. Best sebab meja and kerusi dia sangatlah seasoned, kerusi type lama. Berat. :)






Ouh, ni gambar kak Aziati [I miss her]. Dan di atas meja tu lah, answer booklet, sama je macam exam kat CFS. The same answer booklet, nothing special.








































Monday, November 22, 2010

sms ber'harga'...

bismillahirrahmanirrahim..


telah menjadi habit sejak memiliki mobile phone [erm,handphone] sendiri untuk men 'delete' segala yang 'tak perlu' di dalam Inbox, atau kadangkala delete keseluruhannya sebelum tidur. By any means, memang susahlah untuk melihat Inbox saya penuh, atau sms2 mencecah puluhan, apatah lagi ratusan. Pada bahagian 'Delivery Info' apatah lagi, memang selalu saya 'cleared'kan setiap kali selepas menghantar sms kepada seseorang.

Cetusan entri kali ni adalah disebabkan saya terkejut ketika membuka Inbox seorang yang saya kenal, penuh sehingga tahap penuh, around 1000+ kot!

Ok, saya terkejut.

Saya tak tahu kenapa dengan confident nye hamba Allah ni menghulurkan handphone peribadi beliau untuk saya bluetooth kan semua lagu Maher Zain dalam simpanan saya, walhal dia sedang memandu kereta. Itu satu hal. Yang keduanya, setelah saya 'Mark' semua lagu Maher dalam playlist Maher tuh, saya pun 'Send' la 'Via Bluetooth'. Process interrupted bila masuk lagu kedua untuk dihantar. Sebab Inbox dia yang terlalu penuh.

Oleh yang demikian, sudah tentu hanphone beliau akan menghasilkan bunyi bermaksud 'interrupted'. Dengan selamba badak, beliau menyuruh...

"Takpe.. Tolong buangkan recent 25 sms dalam inbox tu.."

Ok, ini hal kedua. Dia sangat percaya kat saya. Siapa tak 'gerun' bila mana ada orang lain menceroboh Inbox kita? Memanglah tiada mesej2 yang menjiwangkan atau apa, tapi kita sebagai pemilik setiap handphone, mesti merasakan bahawa Inbox adalah way too personal for people to read kan? Saya pun tak berapa nak 'selesa' kalau orang lain suka-suka nak terjah bahagian Inbox saya, walaupun tiada mesej yang rahsia, tetap personal dan private utk saya. Tapi kalau dah TERbaca nak buat camne kan.

[apatah lagi kalau yang menggodeh handphone itu adalah dari berlainan jantina]

So, saya dengan perasaan "Eh,betul ke dia ni?" membuka Inbox, dan ternyata saya terkejut dengan bilangan sms dalam Inbox nya itu.

"Banyaknye msj! Nape simpan mesej lama2 ni?" soal saya, dengan nada pelik.

"Erm, tak tahulah. Dah memang habit kot.." jawabnya, selamba.

"Saya pulak jenis empty kan Inbox and Sent folders before tidur. So macam pelik pulak tgk msj yang melambak dalam Inbox ni. Kenapa tak simpan je yang penting2 dalam Folder?" tanya saya lagi, memang inquiry betul lah.

"Oh, bagi saya semua mesej tu penting. Sebab bila orang nak info pasal something, senang je saya scroll ke bawah and terus ada mesej tu. Kalau mesej yang tak berinfo pun, bagi saya, setiap mesej yang mempunyai 'Salam' di bahagian hadapan tu macam mendoakan saya. So, saya tak sampai hati nak buang mesej2 orang yang mendoakan saya tu.. Macam tu lah..", jawabnya, kali ini panjang lebar, dan saya dapat lihat senyumannya dari cermin bahagian atas pemandu itu.

Ok, ter'ketuk' sikit.

Memang itu pun the bad side of my habit. Kadang2 saya tak perasan, lalu mendelete segala mesej yang berinfo. Lepas tu bila orang tanya atau rujuk, mula lah menggelabah.

Lagi satu bad side nya, kadang2 tak setiap masa kita mempunyai kredit nak membalas mesej orang kan. Kadang2 ada waktunya kredit itu kontang. Jadi bila saya delete semua mesej, akhirnya kawan saya akan 'berkecil hati' sebab tak balas mesej dorang. Hmm...

[padahal terasa juga dengan empunya handphone sebab recent 25 msj mengandungi mesej saya! heisy!]

Akhirnya, saya pun tak sampai hati nak buang 25 recent mesej beliau. Saya pun dengan baik hati+sabar yang baru nurture dalam diri ni, 'Save' kan satu-satu lagu Maher, kemudian 'Delete'. Kemudian 'Save' lagi lagu baru, pastu 'Delete' balik.



**

Saya terkenang kisah ini ketika nak men'delete' semua msj dalam 'Inbox' saya semalam. Walaupun mesej paling lama adalah pada 4 haribulan yang lalu, terasa macam 'berharga' pulak kini. Walhal dalam Inbox saya sekarang hanya ada 136 sms, [setelah dibuang segala Facebook updates yang merepek..], terasa 'ketukan' oleh hujah sahabat saya tersebut. Al-kebetulan, 80% drpd msj tersebut adalah daripada beliau, lagi rasa 'sayang' sangat nak buang. Mungkin itu yang akan menjadi kenangan dan juga doa beliau untuk saya...



Nanti... :)

Saturday, November 20, 2010

masa, sila cepat.


bismillahirrahmanirrahim..

[dah lama tak tulis entry dengan gambar =.="]

kalau tengok kat pic di atas, menunjukkan gambar jam yang sedang berlari. Ouh, hecticnya kalau hidup macam tu kan. Alhamdulillah stakat ni, hidup saya tak macam tu lagi. Tak tau la kalau 2 minggu akan datang kan. :)

yup, masa yang ditunggu2, dihitung, di hisab, lagi 2 minggu je. Daripada 4 bulan yang terasa "ya Allah. Lama lagi..." :)

Sejujurnya, suka nak menaip. Dah lama tak sharpen penulisan, tak kisahlah virtually or reality, tangan ni betul2 gatal nak menulis. Rindu nak buat esei. Tapi dek kerana internet yang tak mengizinkan, so selalunya end up dengan update FB je. Kalau nak bukak blog, memang lah tak dpt..

Sedang mengharungi hari-hari akhir di rumah. Walaupun 2 minggu seems macam lama lagi je. Tapi persediaan mental dan fizikal serta material memang tak prepare lagi. Sejak habis kerja sebagai EA, barulah 'menggodeh' semula notes2 warisan rumate terchenta yang dia wariskan kat saya, time short sem dulu.

  • UNGS 2030, 2040 and 2050
  • EAP
  • Organic Chemistry
Baru la nak tengok2, usha2, pegang2 notes tuh. Bukan tak nak pegang dulu, tapi macam 'lama lagi' je nak browse note tuh. Hmm.


What's in your mind?

Sekarang saya curious sangat nak tahu apa yang saya akan belajar untuk Sem 1 kat UIAM nanti. Saya dah tahu semua subjek yang saya bakal ambil, tapi tak tahu mana satu yang saya akan belajar dulu, other than UNGS dan MGT. Kenapa lah kat Kuantan tak macam kat Gombak, di mana semua nya kita dah tau bila Offer Letter keluar.. Sampai Mahallah mana, bilik mana pun dah tau. Pastu boleh pre-reg dengan amannya kat rumah. =.="

Pastu, saya pun curious dengan map UIAM Kuantan, curious nak tahu block2 academic macam mana, bilik kat mahallah macam mana, compartment macam mana. Cafe macam mana. Kiosk macam mana :D Sume2 la..

Saya nak tahu bila transcript akan keluar sebab saya malas nak g PJ banyak2 kali.. [wah..]

Saya nak tahu, reunion FSCC ni jadi ke tak, sebab saya dah takde mood untuk keluar. Sekarang mode counting days nak ke Kuantan je..

Saya nak beli semua preparation utk ke Kuantan.

erm, too much to ask for?


[kalaulah boleh buat mcm dlm citer Letters to Juliet tu..]

Tuesday, November 16, 2010

bertemu dan berpisah.

bismillahirrahmanirrahim :)


Maafkan saya atas 'kejiwangan' tajuk entry ni. Padahal takde kaitan pun. :)

2-3 hari ni macam satu 'revolusi' sikit. Bukanlah peralihan apa pun, cuma peralihan yang mematangkan diri insyaAllah.

1st time bermalam di hospital..

Adik bongsu saya diadmitted ke Wad Paediatric Hospital Ampang akibat appendicitis [sila rujuk Google Translate utk keterangan lanjut :p], Ahad lepas. Terkejut jugak, sebab dalam kalangan siblings, dia merupakan orang pertama yang admitted ke hospital. So, dengan tak semena-mena, saya terus berkejar ke Hospital Ampang utk menemani dia, utk 2 malam.

Saya memang tak kisah kalau bab-bab berkaitan hospital ni, sebab saya memang excited when it comes to hospital thingies. So saya dengan tiada preparation pun, bermalam lah kat hospital tersebut.

Ternyata, tak semua perkara yang best, akan berlaku tanpa dugaan.

Disebabkan tiada preparation, saya memang tak bwk sweater or any jacket pun, hinggakan memang takde spare lansung dlm kereta. Rupa-rupanya, keadaan hospital memang sejuk tak hengat pada sebelah malamnya. ya Allah, Tuhan je yang Tahu betapa sejuknya tidur kat hospital, tanpa sweater apatah lagi selimut!

Sudahla penat bekerja, bila sebelah malam, tidur pun jd tak lena sebab suhu yang sejuk melampau. Nak tinggikan suhu air-cond, tak boleh buat sesuka hati. Plus, orang lain sedap je tidur, saya je yang tak lena. Sabar je la...

Moral of the story, kalau bercita-cita nak temankan seseorang di hospital, sila bawak sweater atau jaket. Kalau tak, baik balik rumah je, sebab tak pasal2 anda yang sakit di kemudian hari..

Cerita mengenai hospital dan wad pediatrik ni, memang dalam wad tu, kebetulan menempatkan adik saya, seorang baby bernama Ammar Rifqi [serious nama dia sedap! my son's name-to-be :)] seorang kanak-kanak berbangsa Cina sebaya adik saya [9 tahun], serta seorang Serani [kot] berumur 10 tahun.

Sebenarnya nak cerita mengenai baby bernama Ammar Rifqi tuh. Saya [dan rasanya orang lain pun] cepat betul tersentuh bila tengok baby, dan suffering kat hospital. Alamak, macam muda lagi je untuk going through all operations and surgeries, tapi itu lah hakikat yang dihadapi baby comel ni. Serious, muka dia sehensem namanya lah.

Kenapa dia warded?

Sebab dia terkena infections sejak lahir, which is 3 months ago. Hal ini [wah, mcm karangan SPM pulak] disebabkan ibunya tak segera melahirkannya sejurus selepas air ketuban pecah. Yup, bila air ketuban pecah, tapi si ibu tak rasa sakit yang naturally ibu2 lain rasa utk melahirkan, pihak hospital [kerajaan] akan tahan si ibu, sehingga next 48 hours. Then kalau takde pape yang jadi, si ibu akan going through operation. Kalau kat hospital swasta, as long as air ketuban dah pecah, si ibu sehabis boleh akan masuk delivery room utk operation. Hmm, itulah bezanya both types of hospital.

So, dikhuatiri kalau baby itu terkena infections sebab air ketuban pecah awal, tapi dia tak delivered lagi.

Kesian kan?

Bila lahir, mesti akan ada implications kat organ2 dalaman e.g heart, kidney, lungs etc.

So mcm baby Ammar ni, dia ada masalah dengan lungs, so masa dia dilahirkan, dia memang bergantung dengan alat bantuan pernafasan kat Neonatal Intensive Care Unit [NICU]. Pastu baru revealed yang jantung dia ada lubang kecil. Pastu terkena infections dalam darah, sampai ada nanah di kepala.

:'(

Sebab itulah dia masuk ward. Sebab nak keluarkan nanah kat kepala dia. Pity him. Saya tengok sendiri kepala dia yang ditebuk tuh. Mak dia tak nak undergoes operation so he just went through minor surgery je.

Itu kisah beliau, or my mom always says, "Itu bahagian dia. Kita punya tak tahu lagi..."

Bila stay kat ward Paediatric, or Neonatal [which are at the same floor], bila orang jumpa kita, mesti dorang expect kita ni mak budak. Haha, itu tak dapat nak dielak. So,pandai2 la bawa diri.


Apa-apa pun, best weh! Suka tengok nurse ke hulu ke hilir. Tengok doktor Houseman buat kerja [terketar2 bila dorang explain kat Doktor Pakar], suka tengok Doktor Pakar yang professional bila buat kerja. Suka tengok doktor Houseman yang smart macam ustaz :) suka bau hospital itself. Suka ambience hospital. Suka rasa cured and relieved. Suka tekan antiseptic tangan yang bau and feel 'fresh' tu. :)


Saya dah print offer letter dan Kuantan booklet! :D

"Haha, kecoh.."

Memang rasa macam nak kecohkan satu dunia pun. Seronok sangat!
Bila baca kat offer letter tuh, rasa macam nak nangis pun ada. Walaupun nama course tu macam 'ermmm..' sikit, tapi alhamdulillah, sudi jugak UIA nak amik student macam saya nih. :')

Bachelor of Biomedical Sciences *with Honours

comel kan? :p

Ouh, tadi pun baru dapat panggilan untuk menjalani kem Islah. kat Port Dickson. Amende tuh?

Saya pun tak tahu.. :)

Peralihan lain yang saya rasa, erm, peralihan kembali ke musim bercuti yang berbaki 3 minggu dan satu hari. Thanks to Lilyticker yang sudi buat countdown utk saya.

Episod pembelajaran bakal bermula kembali. Dan of course, bersama persekitaran baru dan muka-muka baru..
[baru ke? :p]

Baru lah.. sebab saya takkan jumpa orang yang sama lagi. Dan yang penting, tiada lagi muka yang 'ingin' di jumpa.. :)

Be prepared.

wallahu'alam..


the end.

bismillahirrahmanirrahim..

I have reached the end part of my working schedule :')

[cehh.. sedih konon..]

Sedih. Seriously. Sebab dah 3 minggu bekerja, bersama-sama, menyibukkan diri kat Kampus Gombak. Kini tiba masa untuk berpisah.

Our job is sadly ended with Introduction to Fiqh and Usul Fiqh paper yesterday. Sedih, sebab diiringi dengan hujan yang teramat lebat. The examination was held at the Banquet. So faham-faham je la situasi Banquet bila hujan. Cam romantik pulak kan. Dengan chandeliers bagai.. Thanks to all BENL, HS, BARB and RK students whom taking the exam yesterday. Memang best la, sebab korang pun dah tak sabar nak balik rumah kan. So tak banyak masalah semalam. Alhamdulillah.

Last but of course not the least, jazakumullah khairan kathir to all staffs and students of Kuliyyah Ma'ruf Al-'Ulum al-Wahy wa Al-'Ulum Al-Insaniah [Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences] of IIUM Gombak, especially the teammates of RK-Division, team leaders of Examination Assistants. Korang memang best! ;)

InsyaAllah panjang umur, kita jumpa lagi.





p/s : Ouh UIAM Kuantan :)

Friday, November 12, 2010

bila orang cakap...







"Anis kawan lah dengan dia.. Akak sokong!"


"Nampak baik dan bertanggungjawab.."


"Wah... panjang jodoh... :D "


"Hensem jugak... Nampak sopan je..."


"Takpelah.. dia budak baik.."


"Nampak macam kebapaan.."


"Nanti pakwe amik la tuh..."


"Wah... korang sesuai la..."


"Adik beradik ke? Kaum kerabat pun bukan? Muka macam sama..."












Korang nak saya jawab apa?


=.="

Tuesday, November 9, 2010

Clueless..

bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah.. lagi seminggu je nak habis kerja EA nih. Sekarang mode telah bertukar kepada kedudukan asal, dari bekerja ke study. Again :)

Sounds poyo, I knew that. Terima kasih. Tapi itulah yang bermain di fikiran sejak 7 November lepas. [auww..]
Sebab saya happy pada hari itu. Itu juga yang menyebabkan saya mencari asbab untuk kembali normal-dan-jangan-happy-sangat. Sebab saya tahu, started from that, it's only a month left before I'm heading Kuantan to further my studies. Yup, goodbye Gombak :')

I can say that, it's worth waiting for 4 months to be like you are now. It's worth waiting like a semester. Sebab Allah selalu bersama orang-orang yang sabar.

There are so many things that have been sketched, beautifully in my memoir, and heart, before I leave Gombak. Saya bersyukur sangat, sebab saya dapat menghabiskan masa-masa terakhir ni, dengan orang yang saya sayang.

Family, ibu, ayah, adik beradik, Teh.. named it. My friends here. Haziqah. and :)

Saya tak tahu bila lagi akan mengecapi kegembiraan dan kebahagiaan seperti sekarang ni. Itu lagi sangat poyo. InsyaAllah in the future. Biiznillah.

Oleh yang demikian, saya bersyukur, dan redha dengan segala yang terjadi. Maksudnya, saya akan kenang sisi kehidupan sekarang untuk masa depan saya. Saya tak kisah kalau ada yang mahu menyakiti, sebab saya tahu, I had the chances to go further. Brighter than anyone else [to whom it may concern]. Kenapa saya perlu pull back, kan?

My status was, "When I'm ill, it is HE who cures me.." from surah As-Syu'araa verse 80. Serius, sepanjang hidup saya, itulah kali pertama. Kali pertama apa? Biarlah rahsia. :)

Kini, saya sedang mengetuk keypad laptop pink dearies nih. Milik Haziqah. And saya tak tahu bila lagi saya dapat conquer macam ni. [sebab dia gi exam :p]

[Sebenarnya tengah menenangkan hati yang hangit sebab tak boleh bukak Issuance of Offer Letter from Kuliyyah. Sabar je la....]


Banyak yang sedang di fikirin. Bila tgk Course Schedule, beserta subject Code SBM. pheww~

Tak sabar.. :)

hmm..


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya..” :)


sila terus bermanfaat utk orang lain, Bruce Wayne :)













Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya..” :)






imtihan [part II]

bismillah..

Event 2 :)

setelah hampir tiga minggu mengahadapi minggu exam di UIAM Gombak, tibalah masa utk saya menjaga student yang di quarantined. Bukan sakit, tetapi pelajar yang mengambil peperiksaan dalam keadaan pantang, by any means, 2 minggu after delivery.

What do you expect?

Dalam hati, tersisip rasa kagum. Walaupun student a.k.a akak ni dtg lambat sikit, 915 pagi walaupun exam starts at 9 a.m, still, mengagumkan saya.

Tidak pula saya berjodoh utk bersua muka dengan akak ni, sebab al kebetulan menjaga 2 sections kat Main Hall. Tetapi saya berpeluang menatap answer script beliau yang di hantar ke kaunter Health Care setelah siap sepenuhnya di jawab.

Perfect. Lawa betul tulisan. Tiada gambaran akak ni tgh pantang, apatah lagi sakit.

Well, kagum.

p/s: tak tahulah saya boleh ke jawab exam dalam pantang. Boleh kutt :|


Event 3 :)

Menjaga exam utk students Engineering.

Sangat tak best.

First, sebab exam yang paling lama. WAJIB 3 jam utk sume subjek engine.

Second, suka buat kat hall besar2. Tak mainlah setakat Foyer2 nih. Atleast Banquet ok...
[panjang pulak tu Banquet nye..]

Third, kalau nak jaga exam utk Engine, sila bwk loose sheets banyak2. Tapi tak perlulah kalau anda memang rajin ulang alik dari Kuliyyah ke CAC kan?


Event 4 :)

Bila tak bawak exam slip, mulalah nak menggelabah paksa EA check reference file, special utk dia. [!]

Esepcially foreigner.

Saya sehabis husnu zhon utk bermanis muka dengan foreigner. Tapi dorang la yang paling banyak buat hal. Kita care kat dorang, sebab kita local kan. Tapi dorang la yang paling betray time exam. Suka betul meniru. heisy..


Event 5 :)

Dah masuk lambat, sila cari seat sendiri. Itu prinsip saya. Terima kasih.


kembali ke sri pentas..

Thursday, November 4, 2010

imtihan..

bismillahirrahmanirrahim..

EXAM...


memang itulah font paling besar untuk di taip. Kalau ada lagi besar, konfem saya guna. ^_^

Exam, peperiksaan dan imtihan.

Walaupun saya tak menjejakkan kaki untuk Undergraduate Studies, tapi saya sendiri dah bergelumang dengan musim peperiksaan sejak 3 minggu yang lalu.

Lama kan? Kalau SPM, kira dah nak penghujung exam la. Tapi, saya baru berada di peak moment of examination itself. Sebab tak ramai yang dah habis paper lagi.

Itulah sedikit sebanyak mengenai tugas saya, sebagai Examination Assistant, atau EA.

Seronok?

Teruja semua ada. Having said it all, saya gembira sebab dapat join Kuliyyah IRK ni. Semua teammates agak mantap dan semuanya dari latar belakang yang berbeza. Ada student final year Takhassus Arab UM, ada dua org fresh grads Yarmouk, ada Master in Pure Chemistry UiTM, ada kerja Blackberry, ada lulusan Business Management, ada lepasan USM in Aerospace Engineering. Ouh, you name it.

Frankly speaking, memang lah ada 'sisi gelap' nya in everything. Same goes to this job. Penat itu tersangatlah ada. Tapi dek mengenangkan nak cari pengalaman, selain daripada nak mengisi masa lapang, dan broaden the horizon, saya tempuhi jua.

Yang tak berapa nak seronoknya, of course, bila ter'jumpa' rakan-rakan lama yang dah masuk Gombak. Mungkin orang akan cakap, dan dorang dah cakap kat saya pun, "best ape jumpa kawan?!". Best memanglah best, cuma, malas nak timbulkan persoalan baru di benak dorang, ditambah pula dengan soalan exam depan mata dorang yang menanti untuk di jawab. Haih, isbir ye kawan-kawan. :)

Makin kenal ragam students.. :D

"bila jadi students dulu, aku bengang betul dengan staf. Bila dah jadi staf sekarang, aku bengang dengan students pulak.." keluh seorang officer di pejabat ****** itu. Waktu tu, kami usai menunaikan solat Zuhur di musolla pejabat. Saya hanya tersenyum kecil. [wah, ayat sastera kot..]
Akak tu pun terus "oopppss!", walhal saya tak hairan pun. Ye lah, saya bukannya student lagi. Bakal student je :)

Memang betul. Saya pun pernah mengalami situasi yang sama, sewaktu di CFS dulu. Dulu selalu lepak a.k.a buat kerja dekat Student Activities Department [STAD], so macam-macam kerenah students la kita bakal jumpa. Nak mintak borang la, minta approval la, mintak itu mintak ini. Tapi of course bukan saya yang layan. Saya just perhati dari jauh, cara officer layan. Kadang-kadang tu, problem student tu sendiri yang membuatkan saya 'hampehs' sekejap. Banyak betul alasan. Entah mana satu yang betul. Padahal mudah je prosedur tu.

Ouh, student. Bertanggungjawab-lah!

Dah makin kenal ragam students, of course la yang dimaksudkan itu adalah students UIAM. Disebabkan dalam team IRK ni, saya yang paling muda [dari segi umur, yang lain sume dah grad, master etc] dan semestinya saya the only UIAM-to-be, so segala tindak tanduk pelajar UIA yang nak exam ni, semua seolah2 dihamburkan kat saya. Macam saya ni lecturer la pulak kan. Kalau tak hamburkan pun, saya akan terkena 'tempias' nya sikit.

First of all, saya tak tahulah apa MOTIF UIA suruh kita print slip exam setiap kali nak Final kan. Tapi insyaAllah asbab utama nya bukanlah suruh student melipat-lipat slip tersebut dan peramkannya dalam purse atau pencil box atau lagi masyuk, poket seluar. Of course la untuk diletakkan di atas meja ketika exam supaya EA ni senang nak check sama ada matric card, slip exam and attendance slip tu tally ke tak. Manela tahu, ada orang lain dah menjelma jadi anda dan amikkan exam untuk anda kan? Wallahu'alam.

Dah nampak satu kemudahan di situ. EA sedia membantu student. So, please. Tolonglah letak MATRIC CARD, EXAMINATION SLIP and ATTENDANCE SLIP yang dah dikerat dari answer booklet sejurus setelah anda meletakkan punggung di atas kerusi. Janganlah nak terhegeh-hegeh baru nak carik attendance slip bagai.

Second, make yourself hurry kalau dah tahu anda tu dah lambat. Tolonglah sharpen sikit Human Sense yang Allah kurniakan tuh. Exam start at 9 a.m, tolonglah berada atleast half an hour before. Ini tak, 5 minit sebelum exam, baru terkial-kial nak masuk exam hall, sebab baru nak baca notes kan. Lepas tu terkial-kial lagi nak bukak Exam slip yang tak pernah di usha sebelum exam, sebab nak tgk venue tu betul ke tak. Pastu terkial-kial lagi nak tengok seat nombor bape. Pastu jalan ke hulu ke hilir cari seat, sombong sangat tak nak tanya EA. Bila dah sampai seat, meja pulak goyang, jam tu jugaklah nak tukar bagai. Duduk pulak tengah-tengah dunia! Bayangkan, kesusahan yang menimpa bila anda LAMBAT. Kalau anda susah sendiri, takpelah jugak. Ini tak, dengan EA sekali yang terkena. Sabar je la.

to be continued... :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...