Sunday, June 20, 2010

perjalanan yang masih jauh..


in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah.. masih dikurniakan nafas utk dihirup pada bulan Allah ni :)

dah banyak profile Facebook rakan2 yang saya jengah.. dan juga banyak blogs rakan2 yang sy walked-thru..
semuanya, hampir mengatakan kepada perkara yang sama..

Intake Main Campus, Kuantan dan Gombak.. awal bulan Julai nanti :'(

semua status dan entri blog menyatakan "kepenatan" mereka, membeli belah menjelang kemasukan ke universiti nanti.. masyaAllah..

by this moment, saya tahu, perjalanan saya masih jauh lagi..

satu semester di centre for foundation studies.. dan insyaAllah, hanya lebih kurang 3 bulan lagi. walaupun ada ura2 mengatakan masuk ke Main Campus pada 8 Disember nanti.. tapi wallahua'lam..

perjalanan yang masih 'kabur'

kabur sangat.. entah hidup lagi ke tak.. wallahua'lam..
saya bakal menghabiskan 4 tahun [insyaAllah] di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. kalau sebelum ini, hanya 2 tahun di PJ, di mana sangat dekat dengan rumah. tapi ini 4 tahun. agak lama..

dan memang saya akui, saya dan rakan2 agak takut utk memulakan hidup baru sebagai pelajar Universiti.. mestinya pelbagai cabaran dan rintangan, baik fizikal dan jasmani, apatah lagi emosi yang bakal dilalui..

ramai juga rakan2 yang sudah menginjak 20 tahun.. rasanya baru semalam kami mendaftarkan diri di CFS..

20 tahun, tua ke?

tua hanya pada angka, tapi semangat masih muda.. beliawanis kot :p

untuk diri saya sendiri, agak BANYAK perkara yang berlaku, setakat 6 bulan pertama ni. pelbagai perkara yang disangka, tak tersangka berlaku.. lebih best, sebab tahun ini, saya dan rakan se `90 bakal berumur 20 tahun..

semakin umur meningkat, semakin saya sedar ujian dan dugaan itu makin 'berat', seiring dengan usia, walaupun kita diuji dengan 'ujian' yang Allah Tahu, kita mampu utk menghadapinya..

mengumpul daya, membina pemikiran, mengorak perjalanan..

bagi saya, umur saya ini amat kritikal.. bukan kritikal kerana usia ini adalah segala 'penyakit' kronik datang melanda, dan juga nauzubillah bukan usia datangnya sindrom 'menopause'.. tapi, umur saya ketika ini adalah bagi saya, umur kemuncak segala daya, kekuatan baik dari segi pemikiran dan emosi, usia yang penuh dengan ranjau, dan selok-belok, dan sesiapa yang 'tak mampu' mengharunginya, atau dalam erti kata lain, tidak mempunyai 'ilmu dan keimanan' yang teguh di dada, maka kita akan mendekati jalan 'kemusnahan'.. nauzubillah min zalik..

ketika daya berada di pundak inilah, sepatutnya kita mencari ilmu dengan tekun, bukan sekadar balik kelas, pergi kelas, makan tidur dalam hostel..

ternyata, semakin menghampiri detik nak masuk Main Campus, semakin rasa gusar menguasai diri..

"kuatkah saya?"

"teguhkah keimanan aku ni?"

"bersedia ke nak duduk jauh2 ngan family nih?"

"mampukah aku belajar science stream nih?"

dan bermacam lagi..

bukan sekadar silibus menjadi igauan, tetapi 'cara hidup' saya selama 4 tahun itu menjadi kerisauan juga.. mungkin kerana pemikiran 'susah-nak-terima-perubahan' itu masih ada dalam diri..

sesungguhnya, kerisauan hari esok adalah 'pembunuh' dalam senyap. itu yang saya dapat daripada pembacaan majalah Solusi, edisi keberapa, saya pun lupa.

tiba-tiba, saya rasa agak 'ketinggalan' semenjak dua menjak ini.. saya rasa saya perlu aktif semula ke majlis-majlis ilmu, di mana suatu masa dahulu saya 'kurang' menghadiri, dek kerana taklifan lain yang menuntut masa ini. ilmu di dada yang sememangnya 'cetek', perlu ditambah dan diperbaharui agar tidak ketinggalan dengan rakan seangkatan yang lain..

suatu petang, ibu pula bertanya..

"akak, yakin ke pergi Kuantan?"

soalan yang ... saya pun speechless mendengar soalan itu, apatah lagi nak memikirkan jawapan.. sememangnya, entri sebelum2 ini, saya ada menceritakan perihal pertanyaan ayah tentang course BioMedical yang insyaAllah akan saya pelajari di Kuantan..

buat pengetahuan semua, ayah saya sebenarnya ingin saya further dalam bidang Business Admin atau Accounting..

dan bukan saya tak minat sebenarnya, tapi dek kerana minat terhadap komposisi biologi itu sendiri menyebabkan saya memilih bidang Sains..

"insyaAllah.. kalau ada rezeki, adalah.." jawab saya ringkas.. sebenarnya dalam niat untuk tidak memanjangkan topik itu sendiri..

**

semakin dewasa, semakin saya sedar yang ilmu ini hanya bukan dalam kelas. ilmu yang saya pelajari bukan hanya di SMAWP, LY, ANNEXE [blok2 akademik dan pelajar di asasi UIAM PJ] atau di library.. istilah mencari ilmu itu sendiri hadirnya melalui kuliah-kuliah agama, majlis ilmu, talaqqi,dan melalui pembacaan buku-buku atau novel ilmiah.

aktif dalam persatuan pun dikira sebagai mencari ilmu..

selagi bersandarkan niat kerana Allah, bukan sahaja pahala mencari ilmu yang kita gapai, tetapi juga, dikira sebagai ibadah.. so sweet..


kehidupan sebagai Muslimah.. mampukah diriku menjadi sayap kiri perjuangan?

di UIAM, saya makin 'bersatu' dengan perkataan Muslimah.. bukan sekadar melalui poster2 yang banyak ditampal di seluruh pusat asasi nih, tetapi gelaran yang diberikan oleh murabbi, lecturers, dan juga kaum 'setentang' membuatkan perkataan ini begitu common la ni.. :)

mendengarkan perkataan itu kadang2 rasa rendah diri pun ada.. rasa tak layak pun ada..

mendengarkan perkataan 'sayap kiri perjuangan' sahaja dah cukup buat rasa ketaq..

mampukah?


umur menerima lamaran..

:)

masuk bulan ini, dah tiga kali saya dengar rakan baik saya yang memang baik, dilamar orang.. seperti musim pulak gamaknya.. jodoh masing2 kan, wallahu'alam..

dan ketiga-tiga memberitahu, yang saya merupakan orang pertama yang mengetahui kisah mereka itu.. terharu pun ada.. pelik pun ada.. macam saya dah ada 'pengalaman' pulak kan..

masing2 bertanyakan perihal yang sama kat saya..

"macam mana ni weyh?"

"kau rasa aku patut terima ke tak?"

"aku tak nak kahwin masa belajar.. itu memang konfem la!"

"kau rasa camne?"

"aku takdela kenal dia sangat.. gitu2 je la.."

dan bermacam lagi.. rasa kelakar pun ada.. yang bestnya, perbualan ini berlansung melalui medium YM.. ouh, berjasa sungguh YM bagi remaja2 kala ni yek.. :D

jawapan saya yang takde pengalaman ini pun, simple jugak.. buat solat sunat istikharah.. kalau hati rasa tenang, dan Allah seolah2 permudahkan 'jalan' kepada orang yang di doakan tadi, maka si dia lah orangnya.. kalau semua benda buat, serba tak kena, pastu banyak pulak sangkak yang melanda [sangkak=halangan, bahasa Johor i guess], maka tutuplah dulu hati tu.. bukan dia la tuh.. maybe ada yang lebih baik.. :)

senang cakap, senang tulis, tapi nak decide, memang payah.. saya akui benda tuh.. tapi itu semua terpulang kepada empunya tuan badan..

haih anis.. 2014..


Friday, June 18, 2010

scholarship?


bismillah..

dulu, kita sering digembar-gemburkan mengenai scholar..

"kene belajar betul2.. nanti dapat scholar, boleh g overseas.."

lepas tuh, semua aim yang terbaik especially dalam SPM, semata-mata untuk apply scholarship.. yang popular, MARA dan JPA..

memang bestlah kalau application kita 'ditendang'.. macam saya nih.. [=.="]

tapi, rezeki tu, bukan pada 'scholarship' yang kita dapat kan.. sambung study kat UIA pun, rezeki jugak utk saya..

ingat dulu, memang nak sangat apply Petronas dan JPA.. pastu boleh pulak confused, nak apply JPA atau MARA.. itu zaman2 friendster.. sume jadikan status, "JPA atau MARA?"..

ok, lepas tuh saya tak dapat pun.. so, melepas harapan ke Mesir..

dan saya pun sambung study kat Matrikulasi Johor, then dapat tawaran ke UIA..

tiba-tiba, semalam, saya di'ketuk'kan dengan perihal scholar lagi.. [=.="]

target : kene score la beb! tahun pertama kat Main Camp.. insyaAllah..

[cerita ni bakal disambung, dan akan ditentukan nanti... :) ]

Thursday, June 17, 2010

dikau yang kami kenang..

Bismillah..

suatu ketika, dirimu pernah ku kenali..

walaupun lambat, tapi , ya, aku pernah kenal kamu.

Di surau Ground Floor Mahallah Aisyah.. kerana aku dan rakan2 ku dipanggil..

Untuk lebih memaksudkan, ahli Discipline and Welfare,

Pre-Science Student Society..

Ouh, baru aku kenal dan cam.. siapa pemilik nama itu..

Kita mengharungi tahun kedua di CFS bersama..

Untuk lebih memaksudkan, kita melayari tahun kedua dengan taklifan di bahu..

Walaupun tidak di bawah payung yang sama, tapi misinya tetap sama..

insyaAllah, untuk mencari redha Allah, dalam mengharungi kehidupan kita, sebagai pelajar..

kita tidak pernah bercakap, secara jujurnya..

walhal dalam satu meja..

mungkin kerana aku tidak mengenalimu, dan kau juga begitu, tidak mengenali diriku..

walaupun dalam satu bidang dan jurusan yang sama..

tidak punya waktu, dan peluang, untuk beramah mesra..

maafkan aku kerana itu..

sekali lagi aku berjumpa denganmu..

kebetulan barangkali..

kau sedang ghairah mengusik rakan ku, yang juga sahabat baikmu..

aku senyap, tidak mencelah walaupun satu ayat..

aku terdengar usikan mu, “tidak semua yang boleh dipercayai.. kadang2 nampak beriman, tapi tak thiqah”..

tahulah aku, kau sedang mengusik tentang bakal pasangan hidupmu..

rakanku, yang juga sahabatmu, menyebut satu nama..

umum mengenali nama itu..

dan, kau tergelak besar..

“tak nak, *ana nak budak engine..”

Kau melawak, dan melawak lagi.. walaupun sedang ‘menatap’ nasi ayam..

Rakanku memujuk, lalu menawarkan diri untuk mengkhitbah sesiapa sahaja, asalkan kau gembira..

Aku sedar, kau berkawan atas dasar keimanan yang tinggi..

Hebatnya kau.. siapalah aku..

Tapi,

Tak sampai sebulan aku mendengar usikan itu..

Aku terdengar musibah mu..

Lantas kenangan dua tahun, menjadi igauan ku..

Doaku tersemat kemas untukmu..

Kerana kau sahabat seiman denganku..

Mesej demi mesej bersilih, memberikan info yang sama..

Aku tau kau tenat..

Aku lantas menemui rakanku, yang juga sahabat terbaikmu..

Dia sedih.. mereka sedih..

Aku mendengar betapa kritikal nya dirimu..

Aku tahu kau terlantar di ICU..

Aku tahu kau hanya berpaut pada mesin hayat itu..

Allah telah mempermudah tugasku semalam..

Tapi Allah menguji aku sekali lagi..

Ternyata, Allah terlalu menyayangi mu..

Dan seluruh warga CFS, membacakan Yassin untukmu..

Perginya seorang srikandi, yang tidak sempat menjejakkan kaki ke Kampus Utama..

Itulah kuasa Allah.. kun, maka jadilah ia..

Tidak lambat, atau cepat walau sesaat..

Aku mendoakan dikau agar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..

InsyaAllah, kau akan jumpa dengan ‘pasangan’mu di alam sana..

Yang aku pasti, lebih beriman, dari kehidupannya di alam yang sekejap ini..

Dan aku minta maaf kerana tidak begitu mengenalimu..

Mungkin, Allah memberikan masa yang ‘lebih’ di sana..

Redha dengan kami di sini..

Al-Fatihah…

[tribute mengenang rakan seperjuangan, Fatimah Zurwanti binti Zulkifly.. al-Fatihah serta selawat ke atas roh beliau..]

Sunday, June 13, 2010

excerpt from Men are from Mars...

in the name of Allah the Most Gracious and Most Merciful..

nak share nih.. ^_^

101 ways to score points with a woman

1. Upon returning home, find her first before doing anything else and give her a hug.

2. Ask her specific questions about her day that indicate an awareness of what she was planning to do.
(e.g., "How did your day go? Did you have fun at the mall?")

3. Pratice listening and asking questions.

4. Resist the temptations to solve her problems.

5. Give her twenty minutes of unsolicited, quality attention (don't read the newspaper or be distracted by anything else during this time).

6. Bring her cut flowers as a surprise as well as on special occasions.

7. Plan a date several days in advance, rather than waiting for Friday night and asking her what she wants to do.

8. I she generally makes dinner or if it is her turn and she seems tired or really busy, offer to make dinner.

9. Compliment her on how she looks.

10. Validate her feelings when she is upset.

11. Offer to help her when she is tired.

12. Schedule extra time when traveling so that she doesn't have to rush.

13. When you are going to be late, call her and let her know.

14. When she asks for support, say yes or no without making her wrong for asking.

15. Whenever her feelings have been hurt, give her some empathy and tell her "I'm sorry you feel hurt." Then be silent; let her feel your understanding of her hurt. Don't offer solutions or explanations why her hurt is not your fault.

16. Whenever you need to pull away, let her know you will be back or that you need some time to think about things.

17. When you've cooled off and you come back, talk about what was bothering you in a respectful, nonblaming way, so she doesn't imagine the worst.

18. Offer to build a fire in wintertime.

19. When she talks to you, put down the magazine or turn off the TV and give her your full attention.

20. If she usually washes the dishes, occasionally offer to wash the dishes, especially if she is tired that day.

21. Notice when she is upset or tired and ask what she has to do. Then offer to help by doing a few of her "to do" items.

22. When going out, ask if there is anything she wants you to pick up at the store, and remember to pick it up.

23. Let her know when you are planning to take a nap or leave.

24. Give her four hugs a day.

25. Call her from work to ask how she is or to share somehing exciting or to tell her "I love you."

26. Tell her "I love you" at least a couple of times every day.

27. Make the bed and clean up the bedroom.

28. If she washes your socks, turn your socks right side out so she doesn't have to.

29. Notice when the trash is full, and offer to empty it.

30. When you are out of town, call to leave a telephone number when you can be reached an to let her know you arrived safely.

31. Wash her car.

32. Wash your car and clean up the interior before a date with her.

33. Wash before having sex or put on a cologne if she likes that.

34. Take her side when she is upset with someone.

35. Offer to give her a back or neck or foot massage (or all three).

36. Make a point of cuddling or being affectionate soemtimes without being sexual.

37. Be patient whe she is sharing. Don't look at you watch.

38. Don't flick th remote control to different chanels when she is watching TV with you.

39. Display affection in public.

40. When holding hands don't let your hand go limp.

41. Learn her favorite drinks so you can offer her a choice of the ones that you know she already likes.

42. Suggest different restaurants for going out; don't put the burden of figuring out where to go on her.

43. Get season tickets for th theater, symphony, opera, ballet, or some other type of some other type of performance she likes.

44. Create occasions when you both can dress up.

45. Be understanding when she is late or decides to change her outfit.

46. Pay more attention to her than to others in public.

47. Make her more important than the children. Let the children see her first and foremost.

48. Buy her little presents- like a small box of chocolates or perfume.

49. Buy her an outfit (take a picture of your partner along with her sizes to the store and let them help you select it).

50. Take pictures of her on special occasions.

51. Take short romantic getaways.

52. Let her see that you carry a picture of her in your wallet and update it for time to time.

53. When staying in a hotel, have them prepare the room with something special, like a bottle of champagne or sparkling apple juice or flowers.

54. Write a note or make a sign on special occasions such as anniversairies and birthdays.

55. Offer to drive the car on long trips.

56. Drive slowly and safety, respecting her preferences. After all, she is sitting powerless in the front seat.

57. Notice how she is feeling and comment on it- "You look happy today" or "You look tired"- and then ask a question like "How was your day?"

58. When taking her out, study in advance the directions so that she does not have to feel reponsible to navigate.

59. Take her dancing or take dancing lessons together.

60. Surprise her with a love note or poem.

61. Treat her in ways you did at the begging of the relationship.

62. Offer to fix something around the house. Say "What needs to fixed around here? I have some extra time." Don't take on more than you can do.

63. Offer to sharpen her knives in the kitchen.

64. Buy some good SuperGlue to fix things that are broken.

65. Offer to change light bulbs as soon as they go out.

66. Help with recycling the trash.

67. Read out loud or cut out sections of the newspaper that would interest her.

68. Write out neatly any phone messages you make take for her.

69. Keep the bathroom floor clean and dry it after taking a shower.

70. Open the door for her.

71. Offer to carry the groceries.

72. Offer to carry heavy boxes for her.

73. On trips, handle the luggage and be responsible for packing it in the car.

74. If she washes the dishes or it is her turn, offer to help scrub pots or other difficult tasks.

75. Make a "to fix" list and leave it in the kitchen. When you have extra time do something on that list for her. Don't let it get out too long.

76. When she prepare a meal, compliment her cooking.

77. When listening to her talk, use eye contact.

78. Touch her with your hand sometimes when you talk to her.

79. Show interest in what she does during the day, in the books she reads and the people she relates to.

80. When listening to her, reassure her that you are interested by making little noises like as ha, uh-huh, oh, mmhuh, hmmmm.

81. Ask her how she is feeling.

82. If she has been sick in some way, ask for an update and ask how she is doing or feeling.

83. If she is tired offer to make her some tea.

84. Get ready to go to sleep together and get in bed at the same time.

85. Give her a kiss and say ggod-bye when you leave.

86. Laugh at her jokes and humor.

87. Verbally say thank you when she does things for you.

88. Notice when she gets her hair done and give her a reassuring compliment.
89. Create special time to be alone to gether.

90. Don't answer the phone at intimate moments or if she is sharing vulnerable feelings.

91. Go bicycling to gether, even if it's just a short ride.

92. Organize and prepare a picnic. (Remember to bring to picnic cloth.)

93. If she handles the laundry, bring the clothes to the cleaners or offer to do the wash.

94. Take her for a walk without the children.

95. Negotiate in a maner that shows her that you want her to get what she wants and you also want what you want. Be caring, but don't be a martyr.

96. Let her know that you missed her when you went away.

97. Bring home her favorite pie or dessert.

98. If she normally shop for the food, offer to do the food shopping.

99. Eat lightly on romantic occasions so that you don't become stuffed and tired later.

100. Ask her to add her thoughts to this list.

101. Leave the bathroom seat down.


[rumit ke org perempuan? tidak...]

:)

Saturday, June 12, 2010

sweet 7teen..

suasana buffet stretch..

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

semalam, 11 Jun 2010, merupakan hari bersejarah buat adik, roommate serta seorang sahabat seakidah.. May Allah bless all of you.. :)

dan, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, makan di atas puncak Menara Kuala Lumpur.. its about 282 meters above the ground.. disebabkan Menara KL terletak di atas Bukit Nenas, so, ketinggiannya mencapai KLCC..

dan restoran pilihan kali ni [dah macam Jalan-jalan Cari Makan pulak..] adalah Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur, atau bahasa omputehnye, Revolving Restaurant... :)

alhamdulillah, rezeki lebih sedikit kala adik saya 'menjengah' umur 17 tahun ni.. rezeki dia.. ini merupakan kali kedua mereka 'menjamu selera' di sini, dan kali pertama untuk saya.. so, 'jakun' lah sikit saya kan.. :p

kami bertolak dari rumah, kira2 pukul 650 petang, disebabkan kaunter dah buka untuk dinner, pada pukul 730 kalau tak silap.. disebabkan jarak rumah yang dekat-lah-jugak, kami keluar awal sikit.. takut spoil pulak dinner ni.. tapi yang paling penting, sepupu termuda saya, Adreena Syazreen telak berada di rumah kami selama seminggu. so, kami nak ketemukan balik dengan pak su dan mak su saya, yang mahu mengambil semula anaknya, untuk hujung minggu ini.. hal ini kerana, Adreena tiada pengasuh, so kami dengan rela hatinya nak jaga Adreena, untuk hari bekerja.. :)

dah lama yang teramat, saya tak pergi ke Menara ni.. last time rasanya time sekolah rendah.. sekarang dah kat asasi dan bakal buat degree.. punyalah lama!

dah banyak jugaklah yang berubah.. tak macam dulu..

sampai sahaja kat sini, kami menunaikan solat Maghrib kat surau kat bawah.. best surau tuh.. updated dan sejuk.. tapi agak kecik la..

selesai solat, kami terus menaiki elevator.. agaknya altitud berubah, telinga pun dah berdesing..






main entrance.. 282 meters above the ground..

lawa kan? agak 'standard' la restoran ni, dari luar.. masuk je dalam restoran, kami di sambut bagai nak rak oleh pelayan tetamu.. dan juga kedengaran hingar bingar dari satu sudut..

Fujitsu sedang melayan client.. okay, orang Jepun..

kami pun mengambil tempat.. sit 10 orang..

nama pun revolving restaurant, so restoran ini berputar sebenarnya.. tapi bukanlah selaju revolving cup kat Genting tuh.. slow sangat2.. kalau tengah melahap, memang tak perasan pun yang restoran tu berpusing.. untuk satu putaran lengkap, mengambil masa 45 minit.. [ceh, sempat kira..]




thanks to the pianist.. semua lagu layannnn~
sweet sgt...

ini dia abang pianist kita.. ingatkan orang asing ke ape ke.. rupanya Melayu.. profesional la pianist nih.. sebab dia main piano sambil tertoleh2 kat keyboard kat sebelah kiri beliau.. layaannnn... [especially lagu The Way You Look Tonight- Eric Clapton]








dalam perjalanan, menuju 'puncak'... :)




cik yee dan cik jue pun turut serta.. [pak su dan mak su]




gambar kenang-kenangan berlatar belakangkan KLCC.. peak KLCC kat sebelah je... :)





ngan birthday girl...






Adreena Syazreen yang nyenyak tidur, dek alunan piano serta suasana suram dan sejuk.. pergh.. best2.. :)





inilah orang yang diraikan... happy 17th..





menuju puncak... adehs tingginya...


alhamdulillah..

kami bertolak pulang dalam pukul 9 lebih..

saya suka nak komen mengenai restoran ni..

ambience amat+sangat menarik dan tak keterlaluan kalau saya describe as 'romantic' :)
sesuai sangat2 kalau nak sambut anniversary [kahwin ok!] atau birthday ke.. nak bawak kanak-kanak? boleh juga.. tapi, mungkin tak berapa sesuai kalau yang jenis hyperactive.. saya jujur kat sini sebab, ruang yang agak terhad, selain daripada tempat ini tinggi, so kalau yang gayat tuh, minta maaf. memang tak boleh..

bayi? boleh, tapi sila bawak stroller ye.. [Adreena tak bawak stroller, so kene gilir2 makan dan pegang dia..]

makanan?
hurm.. bagi saya, 'biasa' jugak lah kot.. saya pernah rasa lagi sedap dari kat sini.. tapi, okey lah untuk sesiapa merasa atau menikmati keindahan panorama KL dari puncak kan.. makanan yang biasa2 pun jadik 'luar biasa'.. :)

minuman?
seriously, dia tak sediakan any juices or drinks.. tak tahulah kalau saya tak perasan, tapi diorang sediakan air sejuk la.. dan takkan berhenti filling up each time glass tu empty.. tu saya boleh jamin.. tapi kalau agak2 nak minuman panas ke, juices ke, kene order. dan bayaran asing.. Nescafe panas, RM 13.. tepuk perut tanya selera.. :)

desserts?
ha.. ni feveret part saya.. semua jenis dessert ada.. dari moden ke Malaysian seperti 'som-som'.. [korang tau tak som-som tu ape?]
Tiramisu, Creme Brulee, ice creams, puddings, tarts etc etc name it je.. :))

makanan pelik?
takdela pelik.. paling tidak pun, oysters dan sushi.. kebab pun ada.. macam macam ada lah!

ambience [detailed]
sangat menarik.. suasana sejuk dan calm [kecuali kalau ada company tengah layan client, habis lah!] dan romantic.. ada alunan lagu2 evergreen dan 70's and 80's.. kalau peminat Red.fm's Red Night Love Songs, sila layan kat sini.. hehe.. so, rasanya korang tahu kot etika2 ke tempat macam ni.. :)

harga?
hurm.. saya boleh kata 'berbaloi' untuk segala yang dijamu kat atas ni, dengan alunan piano lagi, dengan pemandangan lagi, dengan ketinggian restoran itu sendiri, dengan buffet lagi.... plus, jangan lupa duit utk tiket car park, sebab pihak Menara KL tak sediakan tiket free.. tak sampai RM5 kot.. buleh jah..

having said it all.. best la.. saya bagi 4 out of 5.. congrats.. [ceh.. macam dorang heran kan..] :)

alhamdulillah.. :)



Friday, June 11, 2010

iman: paksi segala..



in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

[asif jiddan kalau info 'iman' dalam entri ini terhad untuk dua perkara itu sahaja.. saya belum menghabiskan novel Sinergi lagi.. insyaAllah, kalau dah habis, buat entri lain.. mungkin satu perkara itu, akan berakhir kat sini sahaja..]


apabila semuanya berpaksikan keimanan..

pastinya sweet dan smooth..

itulah yang saya dapat ucapkan.. hampir 1/10 lagi pembacaan novel Sinergi bakal habis.. :)

thanks to Amalina, sebab introduce, dan banyak kali menyeru saya utk m
embaca novel ni.. ternyata, tak rugi beb.. :p

apa sahaja, kalau kita buat, kerana Allah, insyaAllah, Allah permudahkan.. bukan sahaja Allah permudahkan, malah hubungan kita dengan Allah pun, bertambah erat.. bila dah erat, maka bert
ambah lah iman kita.. bila iman bertambah, maka semuanya menjadi 'mudah', dengan izin Allah..

begitulah sifirnya.. its all about mudah dan mudah..

apa lagi yang manusia nak dan mahukan, selain semuanya serba serbi m
udah belaka.. :)




sejak baca buku Sinergi ni, banyak ilmu yang saya dapat.. itulah yang penting sebenarnya, input itu.. saya dapat ke x.. kalau setakat tebal untuk dihabiskan, banyak buku atau novel boleh dihabiskan.. tapi kalau sentuh bab input, kalut jugak nak mencari buku2 seperti Sinergi nih..

"bersahabat atas dasar keimanan".. motto dan ayat yang di ulang2 dalam novel ini.. so sweet..

apa yang cuba diketengahkan dalam novel ini adalah.. membuat semua perkara, hanya untuk mendapat redha Allah.. kerana iman kita yang sifatnya berkurang dan bertambah, so kita kena sentiasa top up iman kita..

walaupun dalam berukhuwwah, though kita ni individualism orangnya..


hatta dalam cinta sekalipun..

menarik mengenai cinta dalam novel ini, pendekatan nya agak berbeza..

saya dapat idea penulis..

disebabkan cinta itu adalah fitrah, so menjadi kewajipan kita untuk memelihara cinta itu daripada anasir2 atau perkara2 yang boleh mengotorkan sifat cinta itu sendiri..

sebagai contohlah, kita sayang kereta kita, fitrah la kan kita sayang kereta kita.. dah beli pakai duit sendiri, duit gaji hasil titik peluh sendiri..


sanggup ke kita tgk orang 'kotor'kan kereta kita?

tiba2 ada orang baling lumpur kat kereta?

tak pun, kita sanggup ke lanyak tempat2 berlumpur atau jalan yan
g rosak+banyak lubang?

tak kan?

begitu jugalah dengan cinta..

kalau kita 'cinta' atau 'sayang', semestinya kita menjaga 'kasih saya
ng' itu daripada perkara yang boleh memburukkan dan terhina..

yang paling penting, kita perlu bina cinta kita itu, semata2 untuk mendapat keredhaan Allah.. dan bukan mencari keredhaan Allah, untuk mendapatkan cinta kita..
macam mana tu?

jujur, saya pun sedang mendalami maksud itu.. macam mana ek?


tapi pandangan saya, kita perlu mencari cinta, yang cintanya dapat 'mengeratkan' lagi hubungan kita dengan Allah.. semakin kita 'sayang' dia, semakin kita rasa dekat dengan Allah.. sebab apa? sebab 'dia' menjadi sayap kita, menuju Rabb kita..

dan yang paling penting, 'cinta' kita itu juga, menunjukkan sifat iman kepada Allah dalam diri kita sendiri.. sejauh mana kita memahaminya..

andai kata, orang yang kita 'cinta' itu, ditakdirkan bersama dengan yang lain, maka akui lah, dan tenang lah dengan perkara itu.. sebab, Allah telah mengaturkan kita dengan orang yang lebih baik..

sesungguhnya Allah tidak menzalimi para hambaNya, tetapi hambaNya lah yang menzalimi diri sendiri..
kadang2, kita terlupa yang Allah yang mencipta kita, Dia tahu apa yang baik untuk kita, apa yang buruk untuk kita juga.. [lumrah rasanya.. kalau tak, mesti takde kes bunuh diri, kelar tangan sume tu kan?]

itu bab cinta, yang semua orang tak kira muda atau tua, mesti fikir.. apetah lagi bab ukhuwwah, yang kita mungkin anggap remeh.. tapi sebenarnya, sejauh mana ukhuwwah kita? [sayalah terutamanya..] kerana apa ukhuwwah kita itu?

sebab kawan kita popular?

sebab kawan kita hensem atau cantik?

sebab kawan kita kaya?

ke sebab dia pandai, dan menjadi idaman hati semua orang?

ke sebab dia hotstuff? nauzubillah...

ternyata, kawan sejati atau sahabat ini sukar di cari..


sahabat atas dasar keimanan yang sejati, yang sama2 berganding bahu dengan kita dalam mengejar redha Ilahi..

sanggupkah anda?

sanggupkan saya?


insyaAllah.. i'll try my best..

p/s: adakah 'dia' yang saya cari? adakah 'dia' bakal menjadi 'teman seperjuangan' dalam mengejar redha Ilahi? saya harap saya tak 'menyayangi'nya kerana rupa, bakat, kepandaian, ke'komited'an mahupun harta.. hanya ke'budiman'nannya menjadi idaman.. cukupkah hanya dengan itu? subhanallah.. tunjukkan aku jalan yang lurus :)

Thursday, June 10, 2010

berterus teranglah, walaupun ia pahit..

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Brothers : Untukmu Teman :)



in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

subhanallah, Alhamdulillah, wa la ilaha ila Allah, Allahu Akbar..

baiklah, saya ingin buat pengakuan di sini..

Bahawasanya, saya sebenarnya masih menjalani pengajian di Centre for Foundation Studies, untuk semester terakhir..

Maaf dipinta sekiranya saya seperti menyembunyikan atau menafikan pernyataan ini. Tapi, percayalah, sehingga minggu kedua pembelajaran ni, baru saya dikurniakan kudrat dan keberanian untuk memberitahu, secara umum, di sini.

Saya masih ada dua subjek, yang masih belum ‘disentuh’ selama saya di CFS, iaitu Computer 2 and Bio Lab 2. Diingatkan, bukan repeat =)

Saya minta maaf kalau ada yang terasa hati kerana tidak memberitahu lebih awal tentang perkara ini, tapi saya mohon untuk memahami kondisi saya ketika ini.

Perkara ini, tidak dipinta, jauh sekali di doakan. Tapi inilah kehidupan, ini takdir saya, yang saya yakin, ada seinfiniti hikmah di sebaliknya.

Bukan mudah untuk saya semudah ini menjalani kehidupan di CFS, tanpa rakan2 tercinta, apatah lagi keluarga FSCC yang hanya tinggal Amin dan Liyana dan juga mungkin Ikhwan di sini. Tapi yang lain, semua sudah membawa haluan sendiri.

Saya masih ingat, 30 Mei yang lalu. Padahal, saya dan Amalina baru sahaja menjenguk CFS pada hari sebelumnya. Tapi, 30 Mei itu, saya sekali lagi mengangkut barang ke CFS, untuk melanjutkan pelajaran untuk semester terakhir.

Saya yakin, mungkin ramai yang terkejut. Tapi saya harap korang semua memahami keadaan saya di sini.

insyaAllah, kalau saya masih dikurniakan umur yang panjang, kita akan berjumpa lagi paling lambat November ini. Yep, November.. [tak tahu kenapa bulan ini sungguh signifikan untuk saya]

Anis, yang baru..

Saya masih menetap di Mahallah kesayangan, Mahallah Khadijah.

Pertama kali, selepas cuti intersem yang lalu, saya dapat lihat ‘peninggalan’ Taaruf Week di sini. Banners, buntings, tak cukup dengan itu, khemah2. Flowchart nak mendaftar. Semuanya! Semuanya ada di sini.

Dan yang paling best, nama biro Residential, Discipline and Welfare, yang di’terajui’ oleh sahabat baik saya, Haziqah Zulaikha, di setiap penjuru di CFS ni. Especially setiap hisbah, dan dalam lif, serta on the way nak ke tandas! Pergh! Mantap.

Saya tak berapa pasti kemeriahan Taaruf Week yang lepas, memandangkan Haziqah sendiri tak cerita secara detail kat saya. Huhu.

Ok, junior 2010/2011 memang sangat ramai! Ditambah pula dengan kehadiran budak2 Laws ke yang berpindah ke PJ, dari Nilai. Memang packed lah kat sini!

Mesti tertanya2 kan macam mana budak Laws? Saya tak perlu jauh, bilik depan saya sahaja didiami pelajar undang-undang. [bunyi cam hebat sikit kalau translate into BM =) ]

Tapi jujurnya, saya tak dapat cam lagi pelajar undang-undang ni bagaimana. Tapi saya dah berjumpa dengan junior Baksis saya, Shazwani dan Farah, dan mereka jemput saya ke Mooting. Hehe. Apakah itu Mooting? Mooting tu ala2 praktikal laws atau ‘mahkamah bayangan’ la konon. Dengar kata mereka bakal buat kat Lecture Hall, dan semua boleh hadir. Hoho. Best tengok debat2 nih. =)

Baru seminggu kat sini, kelab Debat UIA diaktifkan semula di PJ, menunjukkan kewujudan student Laws itu sendiri. Sebelum ini, kelab Debat di Nilai je, tapi kali ni PJ pun ada. Dan, Alhamdulillah, sambutan sangat2 menggalakkan. Pada malam pemilihan tu, saya baru pulang dari kelas Computer kat Annexe, dan nampak audition tuh. Budak Medic dan Sciences tak kurang hebatnya la! Mungkin depa ni budak bahas dulu kat sekolah kot. =)

Ouh, saya ingin bercerita tentang kelas saya.

Kelas Computer 2, saya masih mengikuti kelas under Sir Mahmoud, well-known and might be the only lecturer for Computer 2, SCM 1514. Dan beliau sangat terkejut dengan kehadiran kami, 9 orang yang belum mengambil subjek ini. Beliau ingat semester lepas merupakan semester terakhir mengajar subjek SCM 1514 ni, kerana beliau in charge untuk mengajar C++ language untuk pelajar engineering. Tapi, kami masih ada 9 orang. Huhu. Dan kelas saya sangat best. Hanya 5 jam seminggu. Selasa 5-7 malam [waktu kemuncak pasar malam, Alhamdulillah, memang tiada alasan nak pergi pasar malam..], Rabu 8-10 malam [1st time ada kelas malam, untuk saya] dan Jumaat 11-12 tengahari [saya harap ianya bertukar]. Itu sahaja. Waktu yang tak ramai orang. Sangat aman untuk ke kelas. =) kelas pula hanya di Comp Lab Annexe. Lagi la!

Kedua, kelas Biology Lab 2.

Kelas ini amat ‘ditunggu-tunggu’ oleh saya. Dan, sekali lagi, Alhamdulillah, kelas saya semuanya perempuan! Dahla Miss Shafiyyah, lecturer Biology kesayangan saya yang ajar. Ouh, sungguh sweet! Beliau pun tak terkejut dengan kehadiran saya yang lambat 5 minit, Isnin lepas. Tetapi awas! Saya sekelas dengan junior FSCC saya, iaitu Amin dan Ku Abdullah. =p

Tapi mereka masuk kelas lain, lecturer je sama dengan saya.

Mungkin Allah permudahkan lagi, saya hanya perlu buat 7 experiments sahaja, berbanding 12 experiments sebelum ini, oleh rakan-rakan saya! 5 experiments akan dilakukan dalam kelas SHF 1425 dan lagi 2 experiments akan dilakukan dalam kelas Biology Lab 1 bersama junior 2010/2011.

Begitulah ceritera kelas saya. Seronok? Alhamdulillah setakat ini, saya masih seronok di sini. Walaupun agak kekok, masuk kelas junior, tapi mereka baik2 je. Dan saya tekad nak join je dengan diorang, sebab saya tak nak jadi macam senior saya dalam kelas lab physics dulu. Huhu. Nak jadi senior yang baik. Senior dari segi umur je, masuk ke Kuantan, sama je kot. =p

Peperiksaan akan dilakukan secara berasingan dan private. Wah, special. Bukan lagi di AMF. =p

Apa lagi yang boleh dikongsi di sini?

Ouh ye, borang untuk FSCC 2010/2011 Session dah keluar. Siapa2 yang berminat, boleh ambil borang kat STAD, kat tempat GCU lama.

Setiap kali menggunakan lif, saya akan baca iklan untuk nomination FSCC ni. Saya akan teringat bagaimana saya dengan ‘tekad’nya ambil borang kat STAD dulu. Haha. Kenangan yang tidak akan pernah saya lupakan!

Melihatkan senarai posts beserta Exco, dari President sampai ke Entrepreneurship and Sponsorship Bureau, saya akan recall muka masing2, dalam saf pimpinan FSCC 2009/2010. Both PJ and Nilai Campuses. =)

Of course, yang paling ‘tak boleh blah’, jawatan Secretary itu. Kerusi panas Mainboard =p

Kalau dilihat, entri blog saya sejak pertengahan tahun lepas, ada sahaja yang berkaitan FSCC. Begitulah influence FSCC terhadap hidup kami, ahli-ahlinya.

Ternyata, saya amat rindu kat keluarga FSCC saya.

Apatah lagi melihat iklan mencari nominations untuk 2010/2011 line up ni. Siapa tak terkesan? Patah tumbuh, hilang berganti.

Kak Noni, kat Café mahallah Khadijah ni, yang amat kenal dengan saya, tegur saya.

“Adik ni, tak pernah akak tengok tak busy. Asyik busy je memanjang!” tyme tu saya tengah membungkus makan malam, agak lewat, nak dekat pukul 9 malam. Saya turun ke Café, dengan menyarung blazer hitam FSCC. Saya sekadar senyum je.

“sem ni FSCC lagi ke?” Tanya Kak Noni.

“Taklah. Ni final sem. Kalau nak join, kene ada dua sem kat sini. Lagipun, taknak dah. Penat!” jawab saya, jujur di situ.

Dia ketawa kecil.

Memang pun, penat jangan cakap! Tapi, itulah. Saya yang nak, bukan kerja2 tambahan tu datang bergolek kat saya.

Tapi, Alhamdulillah. Saya happy dan tak menyesal dengan semua itu. Jujur ni!

At least, saya ada something untuk ‘dijual’ bila mencari kerja kelak. =)

Semalam, 8 June, saya menghadiri Mahallah Briefing, buat kali ketiga di sini. It was compulsory. So nak tak nak, kene datang. Lagipun, tak tahu nak buat apa kat bilik. =p

Di situlah, saya jumpa Farahin, junior FSCC jurusan Undang-undang. Rajin dia jadi committee. Happy sungguh jumpa semalam. Dalam pada busy2 tuh, sempat lagi “Kak Anis!!!” bila jumpa. Rasa popular sekejap semalam, kat depan main entrance AMF. =p

Di situ juga, saya berkenalan dengan seorang junior 2010/2011. Ini bukan kali pertama.

Best jugak. Teringat kenangan ber’public relations’ dengan students dulu. Memang best layan kerenah orang ni, walaupun kadang2 memeningkan kepala. Tapi, itulah teladan yang kita dapat. Free2 jah!


semalam saya di uji lagi.. kali ni, saya dan seorang sahabat berangan nak ke kelas debat anjuran Kelab Debat Bahasa Melayu UIA.. ok buat pengetahuan umum, Abg Daud, pendebat terbaik UIA tu jadik pelatih kitorang.. ianya diadakan di Seminar Room..

hati ini, nak mengikuti.. saja nak mengubah cara pemikiran dan meningkatkan keyakinan diri yang makin merudum nih.. tapi, dek kerana, seseorang yang saya kenal dalam Seminar Room tuh, menyebabkan keyakinan saya jatuh balik, dan saya pun pulang ke bilik semula..

minta maaf semua, atas kesilapan menutur atau menulis kata, kalau asyik berdalih perihal 'cuti'.. saya minta maaf.. saya sendiri pun, sedang memulihkan semangat di sini..

saya mendoakan kejayaan para sahabat untuk semester pertama 2010/2011 di Main Campus.. tunggu saya, di semester kedua korang, yang berada di Kuantan.. insyaAllah..

asif asif!


wallahu'alam..

Sunday, June 6, 2010

syafakallah..

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah, seperti yang dirancang.. :)

seronok dapat 'melepaskan' rindu kat kawan hari ni..
cuma, seorang sahaja tak dapat ikut..
kita hanya merancang, jangan lupa Yang Maha Merancang..

insyaAllah, satu waktu nanti..

syafakallah.. moga Allah sembuhkan kamu..

p/s: risau di sini..

Saturday, June 5, 2010

1 message received..

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

[tersedar tiba2.. jam menunjukkan pukul 0020 hrs..]

1 message received..

"ketenangan itu milik hati hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan.. orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah S.W.T.. bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya, pasti ada kemenangan menanti..".. tidurlah dalam iman wahai sahabat... :-)

thanks to the sender :)


End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...