Bismillah.
Hujung minggu yang lalu, saya 'didatangi' dua soalan dari dua orang Hamba Allah yang saya sayangi, kerana Allah.
Amazingly, dua-dua soalannya berbaur tema yang sama.
Setelah puas membalas, baru saya perasan, soalan-soalan ini bagaikan muhasabah untuk diri saya sendiri. Jujur, saya tidaklah baik mana. Amal compang-camping. Perasaan pun terumbang-ambing. Tapi bila ada ukhti yang sudi bertanyakan soalan berbaur personal dan privasi sebegini, cukup untuk membuatkan saya diam sendiri, dan sibuk mengoreksi hati saya sendiri.
Jujur kali kedua, saya masih belum stabil sepenuhnya hal ini.
Bukan dua sahabat saya ini sahaja yang bertanyakan soalan ini, sebelumnya ramai lagi yang cuba ber-curhat, ber-musyawarah tentang perkara sebegini. Sehinggakan pernah terdetik di hati saya,
"Jika saya punya peluang untuk diberitahu pada kaum Adam, saya ingin sekali beritahu tentang kata-kata Kurniawan Gunadi seperti di Tumblr-nya,
"Lelaki, andai belum mampu memberi kepastian, jangan sesekali memberi harapan. Dan perempuan, andai belum menerima kepastian, jangan sesekali menyimpan harapan. Belajar mencintai dengan bijaksana. Sesuatu yang sering dilupakan oleh banyak manusia. Tidak gelabah dan terburu-buru, tidak terlalu menampilkan isi hati, pandai menyiasati perasaan, berhati-hati dalam berucap, pandai mengatur logika. Cinta tidak akan menjadi sebuah keindahan bila diikuti dengan laku yang tidak santun. Belajarlah untuk memperlakukan cinta kita kepada orang lain secara terhormat."
Malas untuk menaip kembali, berikut adalah antara 'suara hati' saya yang dicurahkan pada seorang ukhti;
![]() |
| i; |
![]() |
| ii; |
![]() |
| iii. |
Apa yang saya pelajari dari 'kisah' saya sendiri, "Do not settle for anything less".
Dan perempuan, please, jangan bagi harapan, boleh?
Lagi awak 'melayan', hakikatnya awak bagi dia harapan.
Walhal hati awak tak pernah terfikir yang serius pun tentang dia.
Menjauhlah.
You have nothing to lose.
--------------------------------------------------------------------------------------
istafti qalbak!



2 comments:
:')
Jazakillahukheyr~
:')
Jazakillahukheyr~
Post a Comment