Friday, January 25, 2013

602. "People's change."

Alhamdulillah.

Hari ini, setelah 'resah-gelisah' semalam, Allah takdirkan suatu cerita untuk saya. 
Berita gembira sikit. Alhamdulillah :)

Dan untuk mengisi hari yang sepatutnya 'diisi' hari ini, Allah kirimkan idea dan plan mengejut untuk saya pergi berjumpa dengan sahabat sekolah rendah saya. Yeah, kawan-kawan sepermainan, se-naif-an, yang sama-sama sat for UPSR, yang sama-sama stranded kat sekolah biasa walaupun dapat 5A. Alhamdulillah, betullah kata-kata yang selalu saya jumpa kat Tumblr...

"There will be times that you will thank Allah for not fulfilling some of your du'as."

Err. Macam tu lah lebih kurang bunyinya :)

Bersyukur sangat, sebab kehidupan saya sampai umur 15 tahun, begitu rupanya. 
Tidak dapat ke SBP/MRSM sewaktu Form 1, menyebabkan saya menghadapi confident level yang jatuh merudum. Teruk. 

Di saat menghadapi hari-hari yang demikian, sahabat-sahabat inilah yang berada di sisi :')
Cuma Wan Intan je yang terkeluar, sebab akhirnya dapat masuk ke SBPI Selandar, second intake. Batch PIONEER. ceh :P

Dengan kelebihan yang mereka ada (oh, mereka adalah twinnies) kerana pandai, saya pun rasa tercabar juga. Alhamdulillah, asbab pertolongan Allah dan belajar sama-sama, saling bertukar-tukar soalan exam percubaan PMR (Sebab sekolah berbeza), akhirnya kami sekali lagi score untuk PMR :)

Sekarang, masa cuti dimanfaat sepenuhnya untuk keep in touch with people whom you might lost contact to :)

Twinnies pun bakal terbang ke Manchester bulan 9 nanti. Wan Intan masih dalam pengajian Speech Therapy dia di Tahun IV. :)





"Tak sangka aku Anis macam ni rupanyaaaa.."

"Wah, Anis dah berubah wehh.."

Ini antara words yang setiap kali dituturkan mereka, semasa gath kami tadi :)
Saya hanya mampu buat 'dhek' and senyum je.

:)

Dalam hati saya menjerit, "People's change!". In a sweet voice la tapi. Heh.

Entahlah. Saya hanya mampu senyum, sebab saya pun tak perasan perubahan (kalau ada) yang berlaku pada diri saya, honestly.

Mereka betul-betul terkejut bila saya membelek-belek benda 'cute-cute' di kedai Daiso dan S&J gift shop. ^^"

Saya pun tak tahu macam mana kaki ini boleh menapak dalam kedai-kedai tersebut. Tapi serius memang chomels! :)

"Aku ingat kau jenis perempuan yang gadget-gadget ni. Bukan ke?" tanya Wan Intan tak puas hati nampaknya.

"Ish mana ada! Aku paling tak nak kalau sesat kat tempat-tempat IT ni tau!" jawab saya, selamba.

:)

And yes, masa untuk ber-DF la kan ;)

Alhamdulillah, yang twinnies ni dah ber-bulatan gembira. Cuma yang lagi sorang ni hmmmmmm.

Kena mu'ayasyah lebih :)

Saya percaya, dan memang expect, manusia bakal berubah. Eh, semua org percaya la, bro :)

Cuma berubah ke arah apa, dan bagaimana, dan mengapa mereka berubah itu yang membezakan. 

Bersama mereka lebih kurang 4 jam menyebabkan saya rasa, saya masih yang dulu, dan mereka masih mereka macam 10 tahun lalu :)

Seperti biasa saya gusar juga untuk bertemu sahabat sepermainan dan serpejuangan exam ni :) Bukan apa, takut tak dapat control diri bertemu mereka, walhal sepatutnya perjumpaan saya dan mereka 'bermakna'. Bukan sia-sia.

Insya Allah, tak sia-sia.

There are times yang kita nakkkkk and perlu juga jumpa sahabat lama, pergi ke tempat jatuh/bangun kita. Just to see how much we've grown up to a fine young lady.

Ecewah!

Tak lain saya mohon dari Allah semoga dikuatkan hati-hati kita untuk bersahabat keranaNya :)

Daripada Abu Hurairah Radiaallahu’anhu, dari Nabi Sollallahu’alaihiwasallam;
“Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”

(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Birr, Bab pada menyatakan kelebihan cinta kerana Allah)


Aiwah, tak pernah ada istilah lambat dalam membuat kebaikan! ;)





No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...