Wednesday, January 9, 2013
597. Semoga yang terbaik.
Spicy chicken cornish di atas meja tak lalu dimakan.
H yang berada di hadapan, setentang dengan saya, sedang asyik masyuk menghirup tom yam. Lapar katanya, waktu2 lunch sebegini. Cuaca panas di luar kedai. Dalam musim imtihan, menghadapi paper terakhir esok, 10 Januari.
Saya yang tidak dapat menemani, hanya mampu dropping by UIAM Gombak. Mengambilnya di bilik, lalu membawanya keluar makan tengahari.
Mu'ayasyah katanya :)
Tiada restoran pilihan. Selalunya ada tukang pilih/decide restoran, tapi tidak untuk kali ini. Hanya kami berdua.
"Dia sebijik macam u bi. Serius. Cara bercakap, gaya dia, pemikiran dia, aktif aktiviti agama2 ni, up to date segala benda. Haisy! Serius macam u!" kata H, dalam selingan berbual dengan dia.
Dia kata roommate dia macam saya. Roommate dia. Stalker saya :D
Tiba-tiba saya teringat lewat mesej 2 Januari lalu. Mesej tiba-tiba. Setelah mesej hari raya Aidilfitri yang lalu.
"Salam. Kak Z ada join usrah mana2 tak?"
...................................................................................
Tiba-tiba saya teringat peranan saya sebagai sahabatnya. Phew.
Serius, kita mungkin mudah mentajmi' orang lain, adik-adik junior, atau mungkin rakan2 se-batch yang masih tidak punya Bulatan Gembira.
Tapi orang yang paling rapat dengan kita?
"Erm. Bi, sebenarnya I nak tanya."
"Yes, apa dia?"
"Ermmmm. U nak join usrah tak?"
Pergh.
Lepas satu soalan dilepaskan, macam rasa di awangan terus!
"Yes, why not! Bi, I pernah join usrah la dulu."
"Oh ye ke? Siapa naqibah U?"
Oh my. Gopoh nya Anis. -.-
"I dah tak ingat nama dia. Tapi yes, I pernah join. And it was the best ever I tell you. I rasa dia akak ________ club kalau tak silap."
Gulp. Big gulp. Chill Anis, chill.
"Oh ye ke? By the way, kenapa U quit?"
"No. I tak quit. Tapi sebab akak tu stop, so I pun, stop la."
Quitting, like perlu ke? Minda saya berputar satu restoran.
"Sebenarnya I ada je chance, tapi macam, I je yang tak nak. Boleh tak? Kadang-kadang I rasa macam I ni ignorant jugak orangnya. Tapi, entahlah. By the way, you dah berapa lama join usrah?"
And everything was started, at that very right moment, I guess :)
Banyak betul soalan yang H tanya. Itulah, inilah. Tapi takpe, saya rela jawab, asalkan matlamat sebenar soalan saya tercapai akhirnya! ^_^
Bermula di Secret Recipe, kami meneruskan ke dalam kereta, sampailah kereta saya menuju semula ke Mahallah Asma, kediamannya di UIAM.
Alhamdulillah, thumma alhamdulillah.
Sekarang, misi saya untuk mencari 'kakak' untuk membimbingnya :)
Bagaimana?! Gulp. Pandai lah saya tackle sorang ni *kenyit mata*
.....................................................................................
Ini merupakan antara cita-cita terbesar saya. Yes, she is a tough girl, err, or woman. Bukan mudah, serius tak mudah. Dia punya prinsip yang cekal, tekad. Once she say NO, and the answer will forever be a NO.
Atau, saya yang 'tak-berapa-nak-telus' mendekatinya T__T
Masa lama yang diambil untuk mu'ayasyah, kononnya untuk membina thiqah [kepercayaan] dia terhadap saya. Untuk mengubah mindset dia terhadap orang yang bergerak dalam usrah. Sebab contoh2 di sekeliling beliau zzzzzzzzzz -.-"
Puas mencari jalan, akhirnya Allah bagi kekuatan untuk berterus terang, despite of kekusutan fikiran [dia, probably] dlm menghadapi final paper esok. Insya ALLAH, dipermudahkan. Ameen :)
Allah. Permudahkan urusan saya, dan urusan dia.
Ameen :)
#2013.anewbeginning.
Moral of the story : Jangan mudah berputus asa :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
End of Q2 2026
In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...
-
ihsan gambar Ramadhan kali ni, memang bermakna. Especially untuk hari ini. Setakat hari ini. Alhamdulillah. Saya diberi pilihan -> Masjid...
-
In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...

1 comment:
yeayyy!! i know the actress in this story kehkeh. alhamdulillah =)
moga Allah redha anis, moga Allah teguhkan niat keranaNya ^_^
me happy!
Post a Comment