Dengan Home FB yang sangat penuh, setiap hari, dengan update-update terkini tentang saudara seakidah kita di Palestin sana, tak tahulah kalau ada masih yang tak 'dapat tangkap' dengan apa yang terjadi dengan mereka kat sana.
Or, masih mempersoalkan, "Kenapa kena boikot2 ni bro?". Err.
Biarlah, biarlah dorang hanya imitate at this very first stage. InshaAllah daripada imitate, ikut-ikutan, nanti mereka bakal ada rasa terdorong nak tahu dengan lebih lanjut, kenapa kita boikot-boikot ni.
Tak cukup rasanya kalau sekadar ikut-ikutan orang lain. Orang tukaq Profile Picture, kita pun tukar jua, malah cari yang paling kreatif dan haybat. Orang boikot McD, Nestle, L'oreal dan sebagainya, kita pun turut serta, kalau di beri free Egg McMuffin pun tolak habis-habisan! Biarkan, at least dorang boleh lawan hawa nafs sendiri yang membuak-buak terhadap produk2 yang menyokong Zionis Laknatullah, yang didedahkan kepada kita since lahir kat dunia ni! *susu*
Kalau tengok kat negara-negara Barat, Asia yang lain, semuanya dah mula memboikot, malah ada yang terlebuh dahulu memulakan agenda boikot-boikot ni. Dorang lansung tak rasa heran, tak rasa 'macho' pun makan McD dengan selamba badaknya. Sebab mereka mula sedar, isu Palestin bukan isu agama. Tapi isu kemanusiaan!
Terjejas jugaklah McD.
Tersentap juga baca status seorang akhawat, di FB, betapa tak boleh bayang betapa hebat wal haybat peribadi-peribadi Heroes kita pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu. Mereka sanggup tinggalkan DUNIA, yang berada dalam GENGGAMAN mereka sendiri, demi mempertahankan akidah dan Islam. Kita? Minta boikot je, makanan RINGAN yang ternyata membahayakan kesihatan diri sendiri, pun rasa susah. Pun rasa macam takleh hidup tanpa Apple Pie yang manis leting tu. Allah.
Itu baru akhawat. Terbaru, seorang ikhwah, yang saya kenal bakat kepimpinannya, telah meluahkan beserta gambar yang di snap oleh beliau, pada waktu Subuh di masjid universiti. Hampir, kosong. Err.
Apa kaitannya bro? Tadi habaq pasai Palestin, la ni tetiba habaq pasai Subuh kat masjid. Padiaa?
Mestilah ada kaitan, sis.
Kata bro tersebut pada kapsyen gambarnya, "Ramai orang Islam mampu menyertai demonstrasi jalanan, menyerahkan memorandum dan membuat bantahan terhadap tindakan Israel, terhadap regim zalim di negara-negara Arab, dan mengeluarkan kenyataan "ProtestForGaza".
"Namun demikian, bukanlah demonstrasi ini tidak penting. Andai solat Subuh tidak dijaga, ternyata umat Islam masih belum kuat untuk menentang musuh Allah."
Allah.
"The best way to defend Islam is to practice Islam." - quoted from Twitter [someone's]
Let me add some more, ".. by practising Islam as a WHOLE."
Kita sendiri sedia maklum, antara sebab doa kita dimakbulkan Allah adalah dengan menjaga sumber makan dan minum kita.
Agak-agaknya lah kan, di mana tahap kemakbulan doa kita? -----> tak termasuk dosa yang lain lagi -.-"
Kita memang tahu dan faham sangat, antara perkara yang dapat mengikat hati dan kesatuan umat Islam adalah apabila kita solat berjemaah, nak-nak pula pada waktu Subuh.
Tapi kalau nak bangkit Subuh pun kena jirus air sebaldi, err, sama ke jihad kita dengan jihad orang Palestin sana? -.-
Saya selalu ingatkan diri, dan sentiasa ingat quote [peringatan mungkin] ini, pertolongan Allah sampai apabila kita habis ikhtiar. Ikhtiar pada maksud sebenarnya. Memang dah jumpa jalan buntu setelah penat berusaha.
Makanya, kita selalu berdoa, tapi rasa macam sama jeeeeee situasi kat Palestin tu. Ada rasa tak macam nak check and re-check balik kondisi hati kita, kondisi jiwa, iman dan amal kita?
Sumber makanan kita macam mana. Usaha kita untuk menjadi umat yang terbilang, macam mana.
Memanglah tak kata HARAM ke atas produk-produk yang diboikot. Tapi saya teringat seorang kakak tersayang pernah habaq mai kat FB,
"...macam mana kalau kerana beberapa sen yang kita sumbang melalui produk-produk yang ternyata menyokong regim zionis, menyebabkan kita tersekat antara pintu neraka dan syurga kelak?". Err err errkk. Sentaps!
#bukanmacamtuayatnyatapilebihkurang
Walk the talk, bro and sis. Mari tingkatkan taqwa kita. Moga-moga menjadi 'saham' untuk memenangkan Bumi Palestin, dan lainnya.
Moga-moga!
-ameen-
[Motor dan interview]
Hari ini dalam sejarah. Naik motor dari Kuantan Parade - UIAM. -.-"
Rasanya semester ni paling banyak naik motor. Naik sahaja, memboncengnya tak reti. Takde lesen motor, pun. Mungkin sebab roommate sem ni ada sebuah motor. Jadi beliau merupakan tempat 'rujukan' terakhir kalau-kalau saya sangat desperados untuk ke sebuah tempat yang jauh dari UIAM or within UIAM sendiri [contoh : garaj bas]
Minggu ni juga 'mencabar' saya sebagai seorang pelajar. Err. Konon nak multitask. Mungkin Allah nak uji, layakkah ke saya ni digelar multitasker?
Mungkin. Husnu zhon.
Ketika berada di belakang Anith di atas motor, fikiran saya turut berawangan. Tatkala menunggu kedatangan Anith ke KP sahaja, dah cukup buat diri rasa tak yakin untuk menghadapi 'rakyat umum' secara berseorangan. Tak tahu nak cakap, betapa bersyukurnya saya bila dapat jumpa warga UIAM yang tak dikenali saya, sekalipun, di KP tu.
Serius, medan 'luar' memang mencabar.
Kembali ketika berada di atas motor, saya tefikir, betapa susahnya hidup, kalau saya hanya dikurniakan sebuah motor. Saya cakap dalam konteks sudah berkeluarga.
Mungkin, kita hanya bayang yang indah-indah. Sang suami mungkin berpangkat besar, mengikut tarbiyyah, berpengaruh, dikenali ramai, punya kereta dan sebagainya.
Tiba-tiba waktu atas motor ditiup angin kuat, dengan berbaju kurung, di waktu petang yang hampir-hampir nak jammed, saya terfikir sendiri, kalau yang sebaliknya yang saya dapat, maka bagaimana? naudzubillah la kan.
Tapi, kena lah fikir kan? ke macam mana?
Mungkin, awal sangat untuk saya fikirkan [kot]. Tapi saya sedih sendiri, tiba-tiba, bila mengenangkan sebegitu rupa. Pada waktu ini, kalau saya berhajat untuk sebuah kereta untuk digunakan di kampus, mungkin sahaja ibu dan ayah boleh menyediakannya. Tapi kalau sudah bernikah, boleh ke saya berharap pada ibu dan ayah lagi? Sudah tentu saya perlu bergantung harap kepada sang suami sahaja. Dan dia juga boleh jadi mampu atau tidak. Eh, sedihnya!
Baru saya tahu, begitu rasanya bila sudah berpenat-penat, mahu pulang ke rumah dari pejabat di petang hari. Jalan jammed pula. Kalau cuaca tak berapa baik, hujan pula. Sudah sampai di rumah, perlu menguruskan rumah pula. Allahu Allah!
Maka, inisiatif lain, antara lainnya adalah kita perlu sentiasa prepare for the worst to happen. Bukan bersikap pesimis, tapi untuk tidak berasa and indulge terlalu 'selesa' kini. Kena sentiasa fikir, we always have the future to be think of.
Sampai sahaja di UIAM pada pukul 5.20 petang, bersolat Asar, lalu bergegas untuk ke interview.
Interview. Again. Sorry friends.
Kata ibu, "Ibu tak kisah akak nak jadi apa, nak jawatan apa, cumanya ....................................."
Saya terdiam.
Bukan saya tak pernah dengar ayat itu. Tetapi sebab saya rasa macam dejavu pula. Ayat itu bergema kembali di gegendang telinga. Serius, saya tak balas apa-apa. Towards the end, saya hanya mampu berkata, "inshaAllah...".
Sepanjang hari ini, saya berfikir-fikir juga. Biasalah, syaitan passionately doing their job.
Serious from my heart, I'll surrender everything to Allah.
*help me!*
[Internship]
Semalam. Dua kuiz. Dan satu briefing tentang our internship/industrial training.
Serius rasa tua. Dah 3rd year bro.
Dengan jumlah hampir 190 orang students batch 10-, memang kena serius cari tempat sesuai!
Kami diberi masa sehingga akhir bulan Disember, untuk choose the right location for our industrial training.
Setakat ni dalam pertimbangan : Hosp. Ampang, HUKM, Hosp. Kajang, Biro Farmaseutikal [depan CFS PJ], Petronas, NIOSH, IJN! :O
~Allah yusahhil~
[Untitled]
"Kalau rasa nak isi, isilah. Kalau dah ada calon tak payah isi. Buat menyemak je!" gurau naqibah ku.
Amende ni?
Akan datang.
Coming soon.
A : "Ana rasa muka enta macam pengantin lelaki ni lah. Apa maknanya tu?"
B: "Eh, muka ana lagi cool lah...."
P.S tak payah nak saspen sangat kot.




No comments:
Post a Comment