Tuesday, June 21, 2011

Kuatkan aku.

Assalamualaikum.


Sekadar meng'update' kehidupan dalam waktu bercuti :)


Mungkin. Akan ada orang yang cakap saya terlalu selfish, untuk orang lain, especially kawan-kawan saya.

Mungkin juga, saya dikatakan terlalu 'memberi' a.k.a menjaga hati rakan-rakan sampai termakan hati sendiri.

Entahlah, yang penting, saya cuba menjadi diri sendiri tatkala berurusan dengan orang lain. Itu prinsip saya.

Saya tidak mengharapkan apa-apa, jauh sekali meminta, tapi, apa yang saya lakukan, jangan harapkan sesempurna pengharapan kamu semua :)

Mungkin, kadang2 kita rasa kita dah lakukan yang TERBAIK, tapi, masih tak baik pada mata lain yang memandang. Pada waktu tu, TIDAK wajar untuk kita bersangka buruk, lantas DOWN tidak memasal, hanya kerana beberapa mata yang pandang, mengatakan tidak baik/buruk/huduh.

Tapi berharaplah, agar SEGALA apa yang dilakukan, BAIK pada pandangan ALLAH :')

confirm! tak frust punye :)





Saya yang lemah.


Luaran sama sekali tidak menggambarkan dalaman. Kadang2 luaran nampak kuat, tough, tabah dan sebagainya. Tapi hati, Tuhan je yang Tahu.

Oleh kerana diri ini lemah, dan have flaws, maka, jangan lah terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada saya. Sungguh, saya tak sempurna.

Bukan kawan yang baik :'(

Oleh yang demikian, saya mendoakan kebaikan untuk semua rakan2 saya. Terutamanya yang menyambut hari lahir hari ini :)




Rindu.



Saya sangat merindui. Tapi hati ini kena tabah. MESTI. WAJIB. Saya teringin benar bertanyakan itu ini kepada empunya tuan badan yang dirindui. Khabarnya. Studinya. Perkembangannya.

Bayangkan, saya sangat rindu, sampaikan saya termimpi2 orang itu di malam hari. Astaghfirullah =.=

Dan, dalam mimpi2 itu, saya bertanyakan segala persoalan mengenai nya yang ingin dirungkaikan saya.

Dan, dia menjawab dalam mimpi itu. Sahaja. Dengan tenang. Dan bahasa yang lembut.

Bila saya bangkit tidur, saya pun dah lupa segala jawapannya.

Itulah yang paling sedih boleh berlaku. You missed someone so much, only your nightdreams of them answers every questions that you want to ask. When you got up from bed, everything went 'kabur'. And you started to miss them again, and again.

Cara menenangkan, ingatlah, mereka sentiasa dalam lindungan ALLAH ^__^ Itu je yang relievedkan saya :)






InsyaAllah akan ke program tarbiyyah sehingga Ahad. Doakan segalanya berjalan lancar ^__^


Kepada yang dirindui, see you there! :)


1 comment:

utrujah said...

ha. rindu siapa ni? tak story kat akk pun

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...