Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Wa syukr lillah.
Setelah 2 bulan bercuti, saya dapat mengikuti satu program tarbiyyah under usrah yang saya join. Memang teruja sungguh lah. Sebab dua bulan tak ikut usrah, 'lain' juga rasanya. Bukanlah 'kosong' ke apa, tapi takde pencerahan dan perkongsian dari murabbi ahli usrah lain, memang kurang sikit rasanya. Sekadar membaca blog, buku fikrah dan rancangan2 islamik kat tv or dengan IKIM je, macam tak cukup.
Itu bagi saya. :)
Sudahlah iman ni turun naik tak menentu. Tapi saya faham dan akui, takkanlah ketika berusrah atau ketika bersama rakan2 sefikrah je nak maintain hamasah ni. Kena pandai2 maintain sendiri ^___^
Allah.
22 Jun hingga 26 Jun yang lepas, saya ke Perkampungan Siswa Siswi IKRAM [PERSiS] Selangor di UNISEL, Bestari Jaya, Selangor [known as Batang Berjuntai before]
Pada mulanya, dikhabarkan akan dibuat di Hulu Langat, which is sangat dekat lah dengan rumah saya ni. Tapi agak last minute, berubah tempat pula ke UNISEL. Jauh? Of course. SANGAT boleh? :) Tapi nak buat macam mana, nak menuju jalan Allah ni memang penuh rintangan la kan. Pada hari kejadian tu sendiri, perjalanan ke tempat berkumpul sebelum ke Kuala Selangor, iaitu di Masjid Shah Alam, dah melalui kepenatan yang amat. Apabila travel via KTM je =.=
Sampai je di KTM, alhamdulillah, kawan baik saya, Ukhti Farah [ukhti ok!] dgn rela hati telah mengambil saya kat Stesen Batu Tiga. phew, agak sakit pinggang jugak bertukar2 stesen dan railway. plus, dah lama kot tak mengembara macam ni kan? huhu [alasan] :P
dalam kereta, sempat juga bertaaruf dengan rakan2 baru dari MSU. cik [i forgot her true name :P], kak azizah dan afifah. dorang sangat WARM kot. happy sangat. lepas tu terus ke Klinik Kesihatan. ok, panjang sangat cerita, let me make it short terus reunite with my previous roommate kat CFS PJ yang sekarang berada di Medic School MSU, Suria and Marjani.
sebenarnya, nak surprise kan Marjani a.k.a Mimi [konon]. Lepas tu spoil pula kan. Ye lah, kita hanya merancang :) Memang sebak jugak la mula2 jumpa tu. Macam reunite dah tahun ke berapa pulak. Tapi memang masuk 'tahun' jugak kot. 1 tahun. :)
Lepas dah lunch dengan dorang, Farah n Mimi dengan skuad Farah hantar saya ke Masjid SSAAS Shah Alam. Awwwh, terharu jugak Mimi nak hantar , sebab dia sepatutnya ke kelas. Huhu. Then, reunite lah dengan lagi sorang, iaitu dengan Amal sekali. reunite lah jugak Group nih, walaupun tak cukup ahli lagi :)
Setibanya di masjid, saya terus join dengan sekumpulan gadis yang saya kira Akhawat jugak kot [at first]. Then kami taaruf sementara menunggu bas dtg. Ramai akhawat UiTM Shah Alam kot. huhu.
Kalau nak cerita secara detail, macam kena buat banyak versi. 5 hari kot. Maybe boleh share apa yang saya dapat sepanjang berada di sana kot.
Kerdilnya diri ini.
T_T
Walaupun tinggi saya mencapai 170+ cm, tapi tak bermakna ilmu telah penuh di dada. TIDAK!
sepanjang berada, berkampung di sana, masa kami [insyaAllah] dipenuhi dengan mentarbiyyah jiwa dan diri yang masih dalam mode 'bercuti' dengan zikir, alunan ayat suci al-Qur'an, hafazan, senang cakap, sambil2 melunaskan mutaba'ah amalan yang disediakan, di bawah pantauan fasilitator/naqibah.
hafaz juz 'amma, mathurat, zikrullah, slot pengisian yang menambah fikrah, makan dalam talam beramai2, qiyam etc
rindu juga menghabiskan saat2 kat sana :')
takpe, kini, tergalas lah di bahu kami, masa untu share. insyaAllah dalam usrah nanti :)

UNISEL YANG BESAR
masjid dan dewan canselor yang jauh dari tempat penginapan adalah antara medan ujian Allah bagi untuk melihat kesungguhan kami :) sungguh, jauh. walaupun dah biasa berjalan dari Mahallah Maimunah dan Kuliyyah of Science, tapi kaki yang dijejakkan untuk menuju Allah nampak lebih jauh, namun, tak berapa terasa kesan ukhuwwah yang bersama kami :)
slot-slot pengisian dan tazkirah dari ikhwah IKRAM juga amat menyentuh kalbu. pengajian ulum Quran dan ulum hadis dari seorang akhi dari Yaman, hadis awal dari Hadis Arba'in dari seorang engineer, tafsir surah dai juz 'amma dari akhi yang merupakan graduan Uni. of Nottingham, dan yang paling best [sorry kalau ada tertinggal mana2], pak cik RM yang dirahsiakan identitinya dalam IKRAM. walaupun bagi talk di pengakhiran, tapi alhamdulillah
merupakan yang paling semangat!~
tidak dilupakan, pengajian usul 'asyrin [Usul 20] dari ustaz dari Sekolah Hira'.
semua pengajian yang tentunya bakal menelan belanja yang banyak sekiranya dipelajari di luar.
semuanya disediakan untuk peserta PERSIS. dengan harapan dapat menjadi qudwah qabla dakwah selepas ini, amin :)
tidak dilupakan, akhawat2 yang tak henti2 saling adding kat FB, semoga ukhuwwah fillah abadan abada fil Jannah!~
p/s : rindu nak mengusik kak Fatin dan Kak Dila :)
ilmu agama tak tinggi mana.
juz 'amma pun tak habis hafal lagi.
hadis arba'in apatah lagi.
belum campur ilmu syarah lain.
tapi saya cuba. cuba dan terus cuba untuk menjadi yang terbaik, insyaAllah.
tak kiralah berada dalam lapangan dakwah atau study, dua dua kena MANTOP!
barulah jadi qudwah kat orang. barulah orang interested nak dengar apa yang kita dakwahkan.
bukannya menjadi 'peraih' undi politik.
sekadar mengajak sama2 merasai kemanisan iman dengan tujuan yang sama iaitu ALLAH.
insyaAllah. amin :)
p/s : syahidah sith, nanti kte dengan amal kupas dengan lebih lanjut dan lanjut bila kita meets up ok? :)
~dah jumpa ramai akhawat. semuanya cun2 dan solehah belaka. lagi rasa bertambah PENDEK dan KERDIL diri ini. tak layak, anis. tak layak T_T


No comments:
Post a Comment