Wednesday, February 29, 2012

26 Februari tiap-tiap tahun!

Assalamualaikum.

Hehe, ok fine saya lambat 3 hari. Tapi tak pernah lambat rasanya sebab saya nak 'treat' dia hari ni :D

Ok ok rahsia ;)

Hari Ahad lepas was my roommate's birthday. Siapakah?

Biar saya panggil dia Aq :)

Nama panjang dirahsiakan :P

Well, ini first time saya wish dia kot. Sebab saya baru je kenal dia *walaupun satu batch kat CFS tapi tak pernah sekelas hampagas* masa pertandingan Debat Antara Sekolah last year.

Tapi, sebelum ni kalau selisih, saya tahu la dia budak Physical Science. and sekarang doing maths science kat UIAM Kuantan terchenta ni :)

Oh, sebab dia bestfriend to my bestie jugak kot. Ehhe.

Tapi tak pernah berkesempatan nak tegur. Err, bukan sombong.

Sekali tu, sombong punya pasal, masa pertandingan debat, adalah beberapa orang je hamba Allah yang terpilih dalam kalangan pelajar UIA Kuantan yang beribu ni. Ok, bukan terpilih lah sangat, tapi hamba2 ni je yang ghajin nak apply semua tu ;)

Dan, saya adalah satu2nya dari Biological Science dept. Pergh.

Nak survive kat Gombak sorang2? As a Kuantan student? Oh man.

Nak tak nak, terpaksa lah tanya siapa2 yang tahu kawan2 dorang yang dapat jugak. Dan Puan W *:P* iaitu bestie saya, habaq mai yang kawan dia ni, si Aq ni dapat juga jadi committee utk pertandingan debat tu :)

Ok, lepas tu, saya mengembara lah sorang2 kat Gombak tu, sampai lah TERselisih dengan dia dan kawan baik dia, Puan S, kat depan AIKOL [Law School].

Begitulah cerita kami, see? tak sampai setahun lagi berkawan :)

Masuk semester baru bulan 9 yang lalu, saya ditakdirkan jadi roommate dia pulak. Jodoh kan? :)

Tapi serius, macam dah lama kenai tau ;) Nak-nak bila jadi roommate ni.





Apa yang saya nak habaq sebenarnya ye?

Ok, kami ada persamaan, iaitu anak sulung daripada 4 beradik.

Payung besaq kami sama.

Dia orang Kedah [the best part! :P] so saya banyak belajar terms baru loghat Kedah daripada dia la! Sebab banyak sangat belajar, maka orang cakap saya orang Kedah. Ok perasan di situ :D

Dia orang Sik.

Apa yang best pasai dia ni, dia seorang yang sangat neutral baq hangg :) Sampai saya pernah tanya dia, "Kau ni tak pernah sedih ke?". Perlu ke soalan tu?

Pahtu dia habaq dia kalau sedih dia pendam sorang-sorang. Sweet kan? :P

Tapi dak jugak. Awai2 sem dah menangis sebab kucing feveret dia mati. Memang nangis betul la, macam orang frust ja ceq tgk :)

Tapi seriusly, dia memang jenis tak kisah. Sebab tu suka kawan dengan dia kot [dengan orang pun suka jugak, no offence :)]. Dah lah tak kisah, tak berkira pulak. Pastu boleh diharap.

Oh, the best thing about her are many actually, tapi yang paling memikat hati is, dia seorang yang SANGAT pembersih :D

Malu ok nak compare compartment saya dengan dia. Ok, should not be very descriptive about this. :D

Memang baguih la jadi roommate dia sebab kalau rasa malas nak kemas compartment, pergi lah jengah compartment dia :)





Dia sangat suka+gel gel gel kat kucing. Dia kadang2 tak boleh dengar bunyi kucing mengiau pun -.-







Saya tahu dia suka sangat kamera ni. Haisy, tapi tak cukup duit lagi la nak HADIAHKAN kamera ni kan. so kepada BAKAL suami dia, sila la hadiahkan NIKON untuk dia ye ;)









Dia berkongsi Siwon dengan saya. Ok tipu -.-

*Lelaki ni mesti operate banyak kan? Perfect habis je muka*

#takbolehblah




Oh, dia suka warna putih rasanya. Laptop dia pun warna putih. dia suka GEL beetle ni :)







Last but not least. Dia minat Jung Kook [eh, tak gheti nak gheja aih]

Antara favoritas dia yang saya tahu :)



Happy Birthday Aq, may Allah bless you always :)

Sunday, February 26, 2012

Banyak kerja.




Banyak kerja nak buat. Masa terhad. Saya, awak, kita.

Tolonglah sedar.
































"Awak ingat kalau awak tak berdakwah, tak mengajak/terangkan non-Muslim mengenai Islam, dorang akan biarkan awak masuk syurga dengan senang hati?"






Ketuk kepala sendiri.

Saturday, February 25, 2012

25/2

7 Habits of Highly Effective People =)

Now has become 8. Siapa ada buku meh pinjam sat =)



25022012. Grand Hall, OCD.

Saya lambat untuk pertemuan pertama. Lambat kerana ada yang sama2 bepergian juga lambat. Oh, bukan salah sendiri.

Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan. Takde haiwan buas [ceh] dalam perjalanan kami ke OCD tu.

Sampai sahaja, terlihat banyak halaqah di dalam hall yang grande itu.

Malu.

Berjumpa chief faci yang ............ Alhamdulillah juga! :D

Semuanya dipermudahkan untuk hari ni, setakat ni. Saya cukup berdebar sebenarnya untuk menghadapi PAGI hari ni.

Semuanya dek kerana rasa inferior yang tak ter'overcome' lagi. Siapalah saya ini.

Masih belajar. Sentiasa belajar.


Saya terjumpa ini dalam sisipan buku SC milik sahabat. Wahaii, busy nya dia. -.-

Masa yang diberikan, sama kepada semua orang. 24 jam. tak lebih dan tak kurang. Perdana Menteri ke, Sultan ke, Presiden Kelab Ping Pong ke, semua sama. Apa yang membezakan waktu kita dan dia sebenarnya?

Keberkatan masa =)

Jangan mudah memandang rendah lalu merendah rendah kan lagi tentang berkatnya masa. Pengalaman mengajar, masa lebih pantas dan 'bijak' daripada kita. Kalau kita bersuka-sukaan, kita akan dipintas, tanpa belas kasihan sekalipun! Ha!

Maka, pesan chief faci saya tadi, kita perlu banyak bersabar. Bersabar dengan segala karenah dan birokrasi. His words was, "Take everything as it is. Think positive."






Kepada adik-adik yang bakal bersua muka dengan saya for this whole semester, do expect the worst in me. I'm not perfect. Percayalah.

Kepada diri ini, inilah masanya.

Semoga thabat.

:)



Monday, February 20, 2012

Sekilas...



Dalam suatu perjalanan.



A : "Rasa macam dah done a lot of things dalam masa 2-3 hari ni."

B : "Iye? Ada berkat la tuu."

A : "Betulke???"

B : "Yup. Salah satu sign keberkatan masa adalah apabila kita dapat buat banyak perkara dalam masa yang singkat!"


Senyum. Puas hati. Syukur.







Syukur ya Allah atas liqa' kami :')

Thursday, February 16, 2012

Aduih.



Assalamualaikum..

Betul lah kata orang kan?

"Manusia akan mula menghargai bila sesuatu atau seseorang itu HILANG/TIADA."

Sangat lah betul.

Tapi cerita saya ni, bukan sebab saya menghargai. Cuma teringat. Dan masih wondering, perlu ke saya ingat?

:)



Air muka sama. Tangan sama. Fikrah sama. Cara memimpin sama.

Semuanya! Yang membuatkan saya fikir, "Adakah ini jelmaan dia supaya saya lebih 'bertamadun' ketika bekerjasama?"

Macam payback pun ada.





Tapi kan, suatu fakta yang anda perlu tahu.



Dia [yang terdahulu] memang seorang ketua yang baik. Saya je yang tak reti menghargai.





#okthanksbye!






P.S : Dah start nak membanding-banding nampak, Anis? -.-

#Wordless Wednesday


Assalamualaikum.


Hari semalam merupakan hari yang paling. Well. Wordless.

Patutlah ada such term as Wordless Wednesday. Saya tak tau kenapa, ok lepas ni saya akan Google inshaAllah :) tapi secara teorinya bagi diri saya sendiri, sejak zaman sekolah dahulu kala dulu pun, hari Rabu merupakan hari yang paling buzzzzzzz-y sedunia.

Hari itulah ada perjumpaan ko-ku di sebelah petang *ngantuk*, ada prep, ada itu ada ini, kelas full *kat matrik* semuanyalah!

Hari Rabu pulak merupakan hari pertengahan dalam seminggu. Lepas tu kalau pergi tengok wayang [err.] dapat harga less sikit, Ladies's Day [ke Night? tak sure] lah katakan. Hurm. Whatever.

Minggu kedua, untuk semester 2 di uiam kali ni, dimulakan dengan meeting. Meeting. dan Meeting. bukan hang outs, lepaks, dan yang sewaktu dengannya, bukan.

Semalam juga, satu amanah tergalas di bahu saya. Tapi tak salahkan sesiapa, sebab saya yang pinta :)

[perlu ke letak smiley?]

Amanah yang saya rasa..... Berat. Amanah dari institusi macam UIAM, generally. Dan dari Allah, secara halusnya.

Amanah yang saya rasa macam.... "Eh, kau apply Anis?". Diri sendiri pun tak percaya kaki dan tangan pergi OSC, isi borang.

Amanah yang membuatkan otak saya ligat scribble itu ini, menyusun jadual..

Amanah yang menyebabkan saya melakukan LANGKAHAN PERTAMA towards .................... [isi dengan ayat sepatutnya]

Amanah yang memberi makna dan kesan SEWAJARNYA kepada CGPA adik-adik [huh?]

Ini amanah.

Suatu petang. Setelah penat membasuh baju dua round [sila gelak], ke bilik dan memandang hp. Dua miscalled. Ok, saya tak suka kalau saya miss any call. Kesian la orang tu, mesti marah kat saya kan? -.-

Beserta satu mesej.

"blablablabla meeting tonight blablablabla OSC at 9 p.m blablabla."

maaf ye. 'blablabla' bukan referring that those messages was boring and such. only that i cannot find any other terms to replace those 'blablabla'. that message was so important that i need to type 'blablabla' instead of left them BLANK :)

Waktu tu saya fikir, oh my. Jauh kot OSC dengan mahallah. Kalau refer kat UIA gombak, macam mahallah asma dengan erm erm, KENMS? Jauh kan? Jauh ok. Dah la bangunan kat UIA kuantan ni jauh-jauh jaraknya. Dan pukul 9 malam. Ok, jauh dan seram.

Alhamdulillah ada sorang hamba Allah yang caring dan loving [:D] bernama A dapat sekali tugas AMANAH ni, nak pergi sekali dengan saya. A dah bawak kereta, weehuu! :)

Rupa-rupanya, meeting tersebut adalah sebuah briefing, dan penyerahan kumpulan. Briefing yang takdela brief sangat.

Sudahlah macam saya dan A je yang orang baru -.-

Muka-muka orang dalam tu pun macam.. Baru untuk saya :)

Allah. Cuak ye.

Jasad di OSC, mendengar taklimat dan penyerahan tugas dan kumpulan. Hati kat Musolla M4, memikirkan apa reaksi mereka, saya tak datang meeting. Tangan mengupdate hp, takut-takut Head tak tau nak meeting pasal apa -.-

Semuanya AMANAH.











Mula-mula saya mencari hikmah. Lalu pondering sorang-sorang.

Dahulunya, saya hanya ponder je. Saya tak kata saya NAK.

Tapi Allah sayang hambaNya. Dia bagi saya. "Acu tera teh!" =)


Allah sayang saya. Mungkin ini another alternative way to guide me towards Mardhatillah.

Saya tak boleh hampakan Dia.


Thank You, Allah :')

Tuesday, February 14, 2012

#tahniah awaks :)










"..betapa indahnya andai anda manis, kendati dunia pahit,
alangkah enaknya anda redha, kendati manusia marah,
alangkah indahnya kalau ada pembangun antara saya dan anda,
kendati ada perusak di antara saya dengan seluruh dunia,
jika cinta anda jujur, maka segalanya menjadi ringan,
dan semua yang ada di atas tanah itu sebenarnya, adalah tanah juga.."

[penyair]



-Hatta Ya'lama Asy-Syabab, Abdullah Nashih Ulwan.
-5 Slogan Pemuda Muslim Impian, penterjemah: Fadhli Bahri.


Saturday, February 11, 2012

Main pasir =)

Assalamualaikum.

insyaAllah esok, saya and the gang [:P] akan berkumpul bersama adik adik untuk bermain pasir di pantai. Doakan semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah yang Maha Esa <3


will be updated sooner ^^

#permulaan



Jumaat petang yang terik. Sebuah ofis. Mengantuk. Tapi berusaha, demi sebuah tanggungjawab.


Handphone bergetar. Usha.


Nombor tidak dikenali.


Eh?


*perasaan tak sangka berbaur syukur menyelinap*


subhanallah, ini kali pertama.
macam tak percaya pun ada. walhal initiator nya dah lama berlalu dan sangatlah pointless.

Allah bagi surprise hari Jumaat lepas. alhamdulillah :')

perasaan?

terkejut. tak sangka. cuak pun ada. cuak sangat melebihi lah kot. masakan tidak, ini kali pertama untuk di Main Campus. bukan biasa-biasa pula, setahun sekali sahaja!

oh chill chill anis. bukan hang sorang ja kot.

dalam hati bergema pertanyaan, "Boleh ke kau buat, Anis?"

Melihatkan pengalaman, insyaAllah boleh. Tetapi cukupkah sekadar pengalaman? Walaupun pengalaman mematangkan, tapi untuk berada di barisan yang sepatutnya-ampuh ni, mampukah saya?

turn to Allah :)

Mesti boleh! Kalau tak boleh apa? Balas kepada Anonymous tersebut, "Saya rasa tak layak" ? Begitu?

Teringat sepotong kata-kata, "Orang beriman tidak akan lari daripada tanggungjawab."

Kalau rasa tak layak, you should not initiate and not even try to enter that link at first!

Bukan bila dah dapat mesej, baru rasa tak layak.

Melihatkan nama ahli pasukan, woah! Orang besaq.



istighfar istighfar.


ini tugas Allah bagi, bukan main-main. Buktikan pada semua.


insyaAllah :)












P.S : Saya sangat tidak mahu perasaan membandingkan itu muncul. Tapi saya tahu, saya tetap akan membandingkan. Maaf.

P.S.S : Saya rindu teammates FSCC saya :'(

Tuesday, February 7, 2012

new semester :)

Assalamualaikum.

Allah. Dah lama betul tak update blog. Cuti 3 minggu betul2 dihabiskan dengan ahli keluarga dan 0.0001% bersama sahabat, dengan terperincinya.

:)

Actually, takde apa yang perlu diupdate, di samping time yang dirasakan constraint yang menyebabkan tak update anything waktu cuti. Ok, satu entri je. Plus, line internet pun tak berapa elok :|

Alhamdulillah dah sampai UIAM Kuantan untuk semester 2 Sesi 2011/2012, semalam. Dan hari ni, supposedly bermulalah segala kelas. Tapi kelas dimulakan dengan pembatalan [baca : cancel] pada hari pertama. Well, takpelah. Bagi peluang kepada semua settle down kat bilik dulu kot :D

*kenapa macam formal beno ni?*


Alhamdulillah again, kerana diberi peluang untuk menghadapi/start semester ni dengan aman. Betul, Allah permudahkan semua urusan. dan yang paling best, Allah maintain kan hubungan saya dengan sahabat2 yang solehah wal muslihah semuanya! :) mereka sangat memahami. dan kami berkongsi cerita [bukan gosip :P] sejak mula sampai di UIAM lagi :) [ok, smile lagi]

Betapa besarnya.. dan BESARNYA.. tanggungjawab kini.

Sepatutnya dah lama perasan, betapa BESARnya tanggungjawab saya kini. Tetapi, adalah something happen, yang menyebabkan saya rasa BERATnya tanggungjawab saya.. well, kini.

#Sepanjang cuti 3 minggu, apa yang saya dapat? itu soalan famous amos. saya pun jadi tertegun setagal [ok, cari maksud sendiri] dengar soalan tu. kalau bagi kertas kajang pun tangan ni mesti terketar2 tak tau nak tulis apa -__-"

ok, explanation yang sangat tak boleh dibanggakan.

#Melangkah ke UIAM untuk semester baru, kaki rasa berat. Sebab tahu langkahan seterusnya pasti memberikan effect yang besar untuk diri sendiri secara peribadi. Everything become so seriously affected. Bila decide untuk yang itu, ini ter'affect'. Vice versa. Sangat memerlukan 'bimbingan dan tunjuk ajar' Allah untuk steps seterusnya :(

#Mula kira untuk naikkan CGPA. Ujian Allah ternyata pelbagai. Kelaparan, kemiskinan, kesulitan hanyalah contoh buku teks. Tetapi kita esp saya mudah lupa yang KEKENYANGAN, KEKAYAAN, KEMUDAHAN juga adalah ujian. "Setiap masa kita menghadapi ujian."- kata seorang ukhti. Sejauh mana kita mempercayai lalu mengambil langkah berhati-hati? Untuk yang ini, "sila positifkan diri."-quote seorang sahabat. Jangan rasa rendah diri. Every second is another chance, sila GRAB it! [smiles]


#Balik UIAM, lepas tanya kondisi diri dan iman lepas cuti, orang mesti tanya, "Dah habis guna voucher?". Haha. Well, save untuk buku2 semester ni pulak. Kata nak jadi pelajar cemerlang? :)

Err. Ada guna voucher untuk buku sendiri dan adik. Gunakan hak sebaiknya :)


#Tarbiyah? Semoga terus keep in pace, dan semakin cemerlang. Ameen :)


#Terkejut bila dapat SMS untuk menghadiri meeting, sebelum pulang ke UIAM. Waktu tu rasa, "Ok, kerja aku bukan bila balik uia je." Dah start rupanya semester 2 ni.


#Waktu kita merasakan betapa 'rendah'nya orang lain, hanya kerana kita sudah berada di tempat yang tinggi. Ingat semula, di mana kita sebelum berada di tempat yang tinggi tu? Kalau rasa "Oh, lembapnya orang ni buat kerja.", fikir sejenak, adakah anda terus mahir lalu cekap membuat kerja sekian sekian tu? Tidak. Kita pernah LEMBAP juga. Sila faham situasi orang lain juga. Sincerely, myself. To : me :)


#"Anda dilahirkan sebagai pemimpin!". Indahnya kata-kata itu. 'Macho'nya penerima pujian itu. Rasanya saya hanya layak diberi arahan, kerana bakat memimpin tidak tersemai lagi. Mungkin sesuai sebagai sayap kiri sahaja :D

Joking.

Sincerely, me.











"Jangan digusarkan tentang hari esok. Chill. Hari ni pun tak habis lagi. Sama je kalau kita RISAU atau TAK RISAU untuk hari esok kan? Bukannya kita tahu pun natijahnya. So, daripada sibuk nak menaikkan tekanan darah, baik relax je."


P.S : sangat betul! semai sifat REDHA dalam diri. Allah knows. Result assured, insyaAllah cubalah :)








Do not decline and forget the past. Just let go of them. Jangan rasa affected sangat, sebab past will remain as the past and will enter some level of what we called 'memories'.

Positif :)







Sama macam yang tadi. Everthing will be all right. If its not alright, then its not the end, well. Yet. :)




Muhasarawak untuk semester baru. Allah.

Sunday, February 5, 2012

Don't make it hard to say goodbye :(














semoga semester 2 berjalan lancar. ya Allah permudahkan urusan aku dan rakan2 ku yang lain..

Ameen ya Rabb~~



End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...