bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah, hari-hari lab sudah habis untuk minggu nih. minggu depan untuk Anatomy sahaja. Physiology tiada. Molecular Biology juga mungkin ada. tapi takpe, itu untuk minggu depan. jangan dirisaukan perkara yang BELUM terjadi. sebab, macam-macam boleh jadi ^^
ok.
saya suka re-read buku. insyaAllah setakat ni untuk buku-buku tertentu. dan salah satunya ialah Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul :)
serius, bacalah berapa kali pun. kalau browse balik, mesti ada 'info' baru yang saya baru noticed. nanti mesti, "eh,macam baru jumpa je info nih.". walhal.
last weekend saya balik rumah. again, terjumpa buku ni semasa mencari buku Pre-Calculus kat Mini Library kat bilik. *connection, pre calc dgn novel?* . then bila terjumpa, of course akan browse sikit. konon. 'melepas rindu' kat buku. tapi bila browse sikit itulah yang menjadi banyak. akhirnya 'terlekat' dengan buku tu *again and again*
sweet betul bila baca balik coretan Qani'ah untu suaminya, Dr.Muslih.. :)
teringat pulak masa kali pertama beli buku ni. then baca. 1st expression,"eh, ada ke orang seperfect ini?". walhal kat awal2 buku tu dah tulis, garapan penulis hanya sebagai motivasi untuk mejadi yang terbaik, mungkin. mungkin ada seperfect itu. tapi 1 dalam 1000 kot. *sigh
sebenarnya, saya nak share tentang 'Kewajipan seorang Muslim' yang dititipkan dalam buku ni. kewajipan2 tu diambil dari salah sebuah buku karangan as Syahid Imam Hassan al Banna. apa kewajipan itu?
- membaca al-Qur'an
- memperelok bacaan al-Qur'an
- mempelajari sirah dan sejarah salafussoleh
- menjaga kesihatan
- mengelak minuman manis dan sesuatu yang menyebabkan ketagihan {kopi ke?}
- menjaga kebersihan
- bercakap benar dan tidak berdusta
- menepati janji
- bersedia, berani memikul tanggungjawab
- bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara
- pemalu, halus perasaan, mudah peka kepada perkara yang baik dan buruk
- merendah diri
- berlaku adil
- bersifat belas kasihan
- berusaha untuk membaca dan menulis dengan baik.. ^^
hurm, lepas baca tu, mula lah islah diri ni balik. benda yang wajib ni pun kadang-kadang kita terlepas nak pandang. apatah lagi yang harus, sunat atau mungkin makruh dan haram?
itu sahaja nak share. sekian.
wallahu'alam ^___________^