Thursday, February 18, 2010

bakal berakhir...

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

saya akui..

2-3 menjak ni,terasa 'lain' hidup saya.. serba tak kena.. seperti ada yang kurang..

mungkin gelisah menghadapi peperiksaan akhir Semester ni..
mungkin juga, Isnin ni menyaksikan pengakhiran semuanya..
dan, saya tahu ianya akan berakhir.. tetapi,bukan dengan air mata.. kerana saya sendiri mungkin akan kecewa..
wallahu'alam..

Saturday, January 23, 2010

benarkah minat tak menghalang cara?



in the name of Allah, the most Gracious and most Merciful..




Suatu hari tipikal seorang pelajar Tahun Satu, guru mesti akan tanya, "Kamu dah besar nak jadi/kerja apa?"..




"Doktor!"




"Engineer!"




"Polis!"




"Askar!"




"Cikgu!".. cikgu pasti tersenyum.. tak habis lagi!




"Arkitek!"




dan sebagainya.. ini yang umum selalu dengar mungkin.. atau mungkin ada yang lebih spesifik sekarang.. biasalah,budak moden.. :)




apakah cita-cita sebenar saya?




sekali lagi,bukan niat saya utk meng'reveal' diri dalam entri ini.. cuma sebagai contoh yang paling dekat di sini..




mungkin,sebilangan besar rakan2 saya mengetahui cita-cita sebenar saya.. mungkin juga,anda tidak..

tiada apa yang special pun mengenai cita-cita saya.. sekadar terpendam di hati.. dan sukar juga utk di luahkan kerana saya bukan berada betul2 dalam aliran cita-cita saya yang sebenar..

Mungkin,belum dikurniakan rezeki utk berada di atas jalan itu.. huhu.. insyaAllah,satu hari nanti.. :)

kalau sewaktu di sekolah dahulu,segala tindak tanduk serta cara pembelajaran,pasti akan bertunjangkan kepada cita-cita kita yang sebenar..

kalau minat physics and add maths,mesti orang tu nak jadik Engineer or Pilot..

kalau cenderung ke Biology,"aahhh... mesti nak jadik doktor.."

kalau masyuk buat add maths,serta buat sume soalan dalam buku tulisan Cheong Pak Chong,terbitan Pelangi *femes gle buku ni.. 1000 questions add maths..*,mesti nak jadik Mathematician.. xpun nak buat Actuarial Science..

semuanya,pasti akan kita reflect balik kat cita-cita.. ambition..

tapi,sejak masuk CFS *pusat asasi*,rasanya persepsi saya sedikit berubah..

yang dahulunya nak belajar engineering,ambil jurusan dentistry kat sini.. malah,saya di dedahkan dengan beberapa jurusan baru di pusat asasi ni..

architecture.. agak asing untuk pelajar di sekolah berasrama aliran sains tulen sahaja seperti saya..

macam xpernah je dengar sahabat2 nak jadi Arkitek,tyme kat sekolah dahulu.. pelik lagi asing..

sebenarnya,tulisan ni bukan ada kaitan dengan sesiapa.. cuma,just nak share something.. :)

bukan kita tidak berhak memilih jurusan di pusat asasi ni,cuma kadang2 tempat yang disediakan agak terhad bagi mereka yang ingin masuk ke dalam jurusan yang agak kritikal,seperti Pharmacy,Pre-Med,Dentistry.. jadi hanya sebilangan tertentu sahaja yang di terima masuk.. setelah di tapis,dengan pelbagai tapisan,interviews,rekod ko-kurikulum sewaktu sekolah,dan pelbagai lagi...

macam mana kalau minat,tapi xberada pun dalam jurusan tersebut?

sebelum tuh,mari tanya diri kita sendiri.. layakkah saya berada dalam jurusan tersebut?

mampukah?

hebatkah?

sebagai contoh,anda ingin beralih ke jurusan kejuruteraan,hebatkah tahap kemampuan anda untuk belajar sehingga ke Physics 4?

kalau ingin ke jurusan Architecture,berbakatkah anda untuk menghasilkan idea2 bernas lagi cantik untuk ditatap para pensyarah yang menilai?

apatah lagi untuk ke jurusan Medical, yang memerlukan tuntutan waktu belajar yang sangat2.. speechless.. sehinggakan cuti akhir semester pun terpaksa dikorbankan.. laratkah?

atas soalan2 tersebut,saya pun semakin redha dengan percaturan yang ditentukan utk saya.. bukan apa, Dia lagi Maha Mengetahui tentang saya.. bukan tidak pernah saya merancang segalanya sejak saya tadika,tapi, Dia lagi Mengetahui tentang saya.. jadi,saya menyerahkan seluruh kebergantungan terhadap Dia..

mungkin,saya 'slow' untuk catch up segala silibus jurusan pilihan saya itu..

jadi saya bertekad,sekiranya ada rezeki,kalau tidak untuk peringkat ijazah di Kuantan,saya akan melanjutkan sekali lagi dalam jurusan pilihan saya,selepas menghabiskan Ijazah di Kuantan.. walaupun,ketika itu,saya sudah berumah tangga..

kerana minat tidak menghalang CARA..

wallahu'alam.. :)

menghargai=bagi pujian?


in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.. :)


betul ke kalau nak menghargai seseorang,kene bagi pujian?


kene express feeling-meeling? *maaf,kerosakan bahasa berlaku di sini.. hyperbola je*


kene puji depan2 orang?


kene bagi hadiah? secara senyap2 atau terang2an?


masing2.. tetapi,secara fitrahnya,penghargaan itu penting.. even kalau contribute dalam sesuatu event sekalipun,walaupun kerja yang kita lakukan seakan 'ciput' je,mesti dapat sijil.. dan apa nama sijil tu? Sijil Penghargaan.. bangganya.. kalau sijil penuh satu fail.. :)


tu baru bagi sijil.. secara bertulis.. ape perasaan kita kalau kita di puji depan khalayak ramai?


"Saya bangga dengan kerja awak.. cepat dan betul.. cam motto polis pulak.."


"Cantiknya lukisan awak.. cayala.."


xperlu depan khalayak ramai pun,dan si pemuji pun xperlu lah memiliki pangkat besar mane pn.. asalkan ianya satu pujian,haru nye menusuk ke hati.. :)


“..Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain” [Hadis Riwayat Abu Daud]


tapi, ada juga yang meluahkan rasa menghargai melalui dimensi yang berlainan.. contohnye,dengan mengkritik.. :p


tapi skali lagi,orang paham ke?


mungkin ya,mungkin sgt tidak..


macam mane saya boleh terfikir nak buat entri ni? sebab saya 'terasa' bersalah setelah baca mengenai tajuk yang sama kat satu blog ni..


antara statement dye..


"Indah menghargai. Menghargai itu adalah bahasa kasih sayang, percintaan, respect, sokongan, dan sebagainya. Hargailah selalu, jangan asyik tahu mengkritik."


ok..


bila cakap mengenai kritikan,sangatlah antonim dengan penghargaan sebenarnya.. umum mengetahui itu..


sebenarnya,banyak cara utk orang mendefinisikan penghargaan dan kritikan ni.. terpulang kepada si penerima dan pemberi kritikan or penghargaan tu sendiri.. bukan niat saya di sini,untuk meng'counter' balik segala entri yang 'penulis blog' tulis itu tadi.. tapi,hanya ingin mengketengahkan pendapat shj.. kerana org seperti saya, agak susah untuk memberi pujian..


semestinya pujian itu tanda sokongan,secara total nya.. dan,setelah itu,baru lah diikuti rasa sayang,kasih,cinta dan sebagainya.. kadangkala,pujian juga berbaur sinis,dengki, dan hanya ingin membodek seseorang.. terpulang kepada tafsiran.. tetapi,bagi pendapat saya,pujian diberi semestinya sebagai sokongan.. dan pujian itu sepatutnya tidak berlebihan,takut menjadi riak.. dan kalau boleh tidak terlalu umum.. cukup sekadar tidak mendatangkan fitnah sekiranya melibatkan 2 jantina yang berbeza.. dan bukan muhrim..


tetapi,berbeza pula kepada yang 'susah-nak-bagi-pujian' a.k.a si egois.. mesti akan mendatangkan kritikan pada awalnya.. walaupun hasrat mulanya ingin memberi pujian,pasti akan bertukar kepada kritikan.. susahnye..


sesungguhnya,semakin hari,semakin saya belajar.. Hidup ini rugi sangat2 bagi mereka yang egoistik..


xboleh nak show off feelings..

xboleh nak xshare rasa cinta dan suka..

xboleh terbuka mengenai perihal hati dan perasaan..

kene pendam sorang2 je..


last2,memakan diri.. astaghfirullah..


cuba kita renung2kan balik, seberapa banyakkah kita berterima kasih terhadap rakan-rakan,guru2,mak ayah? even anak buah sendiri? :)


tidak salah untuk mengkritik.. tapi,apa kurangnya memuji..


sangat terkesan untuk diri ini.. anis sedang belajar untuk menghargai.. sebelum terlambat.. sebelum masa itu 'tiba'.. taknak2...


"Beri aku peluang untuk menunjukkan penghargaan aku terhadapnya..." :)


wallahu'alam..


Saturday, January 16, 2010

another 0.25%...

in the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful... :)

terlalu lama rasanya xmenekan dengan masyuknye board ni.. dah berapa lama xupdate nye saya.. begitulah,dengan wifi yang terlalu hebat kat bilik,sehinggakan tiada masa lansung utk mengupdate segala.. haiyoh..

semalam,setelah bertamu dengan rakan se-gengku,haziqah dari nilai.. kami berdua ke dewan al malik faisal.. lalu je.. kelihatan terlalu,amat padat student di dalamnya.. "amende ni?"

tiba2,keluar seorang sis.. "ye sis,jemput masuk.."

"ader event ape ni sis?",tanye haziqah..

"ouh,closing ceremony utk FESTIVEN (festival of engineering),pastu ada talk,"Couple.. Salah Ke?",terang sis tuh,kepenatan agaknye..

"couple,salah ke? konfem salah! terima kasih..." jawab Haziqah.. xminta di jawab pun.. tercengang sis tuh.. saya dan haziqah pun berlalu..

terus terang saya katakan,yang saya amat "anti" dengan tajuk talk ni.. sejak masuk cfs,ader la dalam 2-3 kali,talk yang tajuknye lebih kurang sama.. dan of course,tunjang nya berakar umbi kepada main point yang utama lagi sama,isu couple.. mengapakah?

dah terang lagi bersuluh,tidak akan ada hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim,melainkan selepas akad.. kenapa nak dipersoalkan lagi boleh atau tidaknya?

saya akui,memanglah teramat susah untuk menidakkan fitrah manusia yang satu ni,especially di kala muda remaja seperti umur saya ni,tapi,itu antara mehnah Allah terhadap para hambaNya.. kenapa tidak dianggap sebagai satu ujian? malah,seolah2 bertanya dan tanya.. dan seolah2 macam memikirkan resolusi baru untuk meghalalkan pergaulan..

mungkin,saya hanya berpandangan dari aspek negatif,kerana tidak mengetahui isi sebenar talk semalam.. tetapi,saya tidak hanya memberi pandangan mengenai talk semalam,tetapi dengan realiti sebenar 'masalah hati' yang membebani,sehinggakan menjadi tajuk utama dalam semua forum,even perbualan biasa dengan rakan2 sekepala..

jujur,saya pun sendiri pernah membincangkan hal ini dengan roommate,meaning,secara seriusnya,bukan ditokok dengan gelak2 atau gedik2.. bagi saya,kalau sekadar bergurau,dengan mengejek nama2 tertentu dengan org2 tertentu,tidak mengapa.. asalkan,orang yang dikenekan itu,tiada hati,jauh sekali 'mengingati' nama tertentu yang dikenenkan itu..

tetapi,secara seriusnya,memang menjadi kebiasaan bagi zaman ni,untuk semua orng mempunyai partner tersendiri.. malah,kadang2 dianggap pelik pula kalau tiada pasangan.. seolah2,kalau tiada gambar buayafriend/gelifriend menjadi wallpaper,macam pelik pula.. walaupun seIslamik mana kampus anda..

cinta Islamik.. satu hal dah.. cinta yang berimej kan Islamik.. kononnya,tidak ber'sms' atau berdating.. tapi,hanya bagi tazkirah melalui hp.. kejutkan Subuh.. bagi tafsiran ayat Qur'an.. begitulah.. sekali lagi,bagi pendapat saya,tidak salah,kalau tidak disertai dengan perasaan.. tapi,menjadi masalah,kalau disertai dengan perasaan.. mulalah terasa di hati.. jatuh hati.. solat pun jadi xkhusyuk..

pernah sekali,sy terlihatkan,pasangan berbalas hadiah,tapi berbentuk buku ilmiah,melalui orang tengah.. tajuk buku? "Cara Mencapai Khusyuk Dalam Solat".. lebih kurang begitulah bunyinye.. dihadiahkan oleh seorang perempuan kepada seorang lelaki bukan muhrim.. saya bertanyakan hal ni,dan meminta pendapat roommate saya.. tanpa memberitahu situasi sebenar of course.. just secara am nya.. dye memberi pendapat,"kalau perempuan tu,bagi laki 2 buku camtuh,ko rase lelaki tu makin khusyuk ke dalam solat?".. pertanyaan sinis roommate sy.. betul jugak.. aduih payah.. ^^"

secara jujur,bukan mudah untuk menjaga hati.. hati,seketul daging yang mampu menguasai diri.. hanya Allah dan diri kita sendiri yang mengetahui apa yang terkandung dalam hati kita sendiri.. orang lain takkan tahu,mungkin hanya mampu meneka,melalui riak wajah.. tapi,utk yang sebenar2 perasaan,kita sahaja dan Allah yang tahu..

semakin parah dan payah untuk menjaganya,apabila berkaitan perasaan..

sebab itulah, Allah berpesan untuk sentiasa mengingati Dia.. supaya kita tidak mudah lalai..

pernah,saya diuji dengan mehnah berbentuk ini.. rasanya tidak asing lagi.. tapi,saya kena pastikan yang ujian itu adalah kerana kesilapan saya sendiri.. mungkin kerana terlampau batasan.. mungkin juga kerana terlebih di tempat yang patut dikurangkan.. semua salah saya.. Hamba yang hina.. dan saya tidak PERNAH mengeluh kepada Allah kerana itu..

malah,kadang kala bersyukur.. sebab didikan Allah mahal.. sekali terkena,kita mungkin akan beringat2 selepas itu..

kala menulis ni,saya terkenang akan jawatan saya yang memerlukan saya bermuamalat dengan spesies berbeza dengan saya.. kaum Adam..

bukan mengeluh,tapi sekadar perkongsian.. awal2 taklifan saya,pernah saya bertanya kepada diri sendiri,"bagaimana harus aku berinteraksi?"

kerana saya adalah pelajar UIA?
kerana saya adalah orang biasa shj.. tetapi nampaknya terpaksa bekerja dengan orang yang LUAR BIASA hebatnya..
kerana saya sedia maklum,saya sudah besar,umur pun dah matang,cara bekerja mesti lain.. dari yang semasa sekolah dahulu..
kerana saya bekerja dengan golongan yang dihormati.. penghafaz Al-Qur'an.. :)

dan banyak lagi..

oleh yang demikian,saya sering merujuk kepada kakak2 yang umur lebih senior dari saya.. tentang hal ini.. sebab bagi saya,saya perlu menjadi contoh,dan setiap pergerakan saya,bukan hanya akan membawa nama saya sorang shj,tapi nama mak ayah,nama roommates,dan paling mustahak,nama persatuan saya sendiri..

tetapi,perlu untuk saya pastikan,yang muamalat saya terjaga,dan tidak di kalahkan oleh doktrin 'berpersatuan'.. semestinya..

tanggungjawab,tidak semestinya kene menidakkan hukum.. perlu selaras,agar maruah terjaga..

ketahuilah,ini harapan dan doa saya serta peringatan untuk tuan kepada tangan yang menaip,kerana ianya tanggungjawab saya.. dan insyaAllah ingin dikongsi kepada mata yang membaca..

Saturday, November 28, 2009

bila pengorbanan bersuara....

in the name of Allah.. the Most Gracious and Most Merciful..






hari ni,berakhir sudah induction course utk RAFEST kt cfs.. dan buat pertama kalinya untuk sesi 2009/2010,saya pulang ke rumah sendiri,tanpa bantuan keluarga.. :)




tiba-tiba,baru sy tersedar yang saya tidak mengambil even 1 gambar pun untuk induction kali ni.. ini AMAT2 berbeza dan pelik sebab selalunya at least mesti ader satu gambar untuk each event yang saya sertai.. aiyoh..




sejurus lepas Asar,saya pun memulakan langkah keluar dari cfs.. mula2,gerun jugak sebab dah lama tak balik sorang2.. dengan hujan tiba2 merintik ke bumi,lagi la.. tapi,xpe.. saya tekadkan diri jugak,untuk sampai ke rumah before maghrib..




duduk dalam bas metro,mendengar kerenah2 driver bas berinteraksi dengan driver bas yang lain menggunakan walkie-talkie,saya pun sempat melayan,terkenang dengan kehidupan saya di cfs,yang semestinya,jauh berbeza dengan kehidupan saya waktu di zaman sekolah dahulu kala,even kehidupan sekarang,berbeza dengan kehidupan saya waktu mula2 masuk cfs dulu.. bukanlah berbeza maksudnye kehidupan saya perfect,serba lancar,baik dan beriman sentiasa.. tidak.. saya tidak bermaksud untuk menunjuk diri apatah lagi berbangga.. cuma,terkenang.. susah nya untuk mendapat waktu yang,tiada lansung orang mengganggu atau mencari,handphone pun senyap je.. saya sorang2 pulak tuh.. tyme2 macam nilah selalunya,rasa menggamit jiwa.. :)




of course,mula2 sekali, saya akan terfikirkan mengenai induction course yang baru selesai tadi.. bagaimana saya mula membuat kertas kerja dahulu,kemudian meng'allocate' ahli2 keluarga fscc sy secara 'mengenakan' ke dalam biro2 tertentu.. macam mana flow course tu sendiri,semalam dan hari ni.. segalanya.. keluar satu2 cam slide pulak dalam fikiran..




lepas tuh,saya terfikirkan,mengenai exam maths 2 sy rabu lalu.. haih..




lepas tuh saya terfikirkan,kuiz fizik dan maths jugak yang berlalu..




segalanya..




tiba2,saya terfikirkan mengenai event besar yang bakal muncul.. dye dah lama bagi hint nak keluar,tapi saya buat endah xendah je.. :)




larat kah saya?




mampukah?




saya semacam tidak percaye.. event yang dahulunya saya benci,yang saya tak pergi jejak lansung,siap balik ke rumah lagi sebab bengang cafe kt cfs semua tutup,akhirnya,kali ni,saya pulak menjadi 'dalangnya'..




"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."




(Al-Baqarah:216)




ayat ini,amat memberi kesan ke dalam hidup saya.. sehinggakan saya membeli 'button' yang tertera ayat ini di atasnya.. ia mengajar saya untuk tidak menyukai sesuatu,sehingga sangat2 konfem dengan kecenderungan itu.. dan juga mengajar saya untuk tidak MEMBENCI sesuatu,sehingga benci yang amat2,dan selalu memperkatakan tentang kebencian saya itu.. saya sesungguhnya tidak mengetahui apa yang akan jadi di masa hadapan.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui..




cuma,for those who knows me,ada satu perkara yang saya dah cuba untuk tidak memperkatakannya,tetapi,tidak berapa berjaya sampai la ni... :)




semakin saya mendalami tafsiran ayat ni,semakin saya takut dan berhati-hati untuk menyukai dan membenci sesuatu.. dan juga,saya belajar untuk semakin redha.. atas segala ketentuannya..




{new page}




saya sedar,semakin meniti hari2,semakin besar pengorbanan perlu dilakukan,semakin broad point of view kiter..pengalaman menjadi belakang tabir satu event,membolehkan sy blajar banyak benda.. especially,dalam hal2 melibatkan kesabaran saya.. sungguh,kesabaran merupakan antara kelemahan terbesar saya.. saya susah untuk bersabar,dengan hal2 yang memerlukan kesabaran yang tinggi.. kadang2,saya fikir,ianya merupakan satu yang positif,tapi, makin lama,makin saya terpaksa apply sikap sy mengikut keadaan.. most importantly,while dealing with people yang sy baru kenal.. :)


menguruskan sesuatu,sambil belajar,bukanlah perkara yang mudah.. sangat tidak.. hal ini saya dah lama sedari sewaktu belajar di sekolah berasrama dulu.. banyak hati yang perlu di jaga,muamalat lelaki dan perempuan,cara2 nak memutuskan keputusan.. n almost every inches of things..

cukup stakat ni.. end of chap 1..












Saturday, November 14, 2009

peak of the turning point..
















in the name of Allah,the Most Gracious and Most Merciful..












sirru ala barakatillah.. walhamdulillah..












first and foremost,mari sama2 mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah kerana hingga ke hari ni,masih diberikan peluang untuk bernafas,walaupun caranya mungkin sesak atau normal,berbeza mengikut individu2 tertentu..












Segala puji bagi Allah,kerana begitu juga dengan saya,masih diberi peluang untuk bernafas dan meng'update' blog yang terdampar dek kehidupan sebagai seorang pelajar yang sangat... pheww..












hari ni,ketika mencuri-curi masa menaip blog,walaupun sedang busy menyiapkan paperwork untuk Raudhah Festival yang insyaAllah bakal dilaksanakan bermula 4 januari 2010.. "MasyaAllah,tahun depan kot!".. mungkin ramai yang akan berkata sedemikian,tetapi sedarlah bahawa sekarang dah bulan november.. dan hanya 2 bulan lagi festival tu akan berlansung..












Terima kasih yang amat sangat kepada semua societies and clubs dan pihak2 yang berkenaan kerana menghantar paperwork untuk event masing2 kepada badan FSCC.. sama2 kita panjatkan doa semoga segala yang dirancang bersama akan ditentukan oleh Allah dengan sebaik-baik penentuan..












di padang CFS pj di luar pemandangan tingkap bilik saya kini,sedang beraksi sukan ragbi yang melibatkan ENGENIUS dan PRESSS... di temani dengan hujan yang lebat dan renyai.. camna 2?












awan hitam berarak.. membawa hujan ketempat lain pula..












"Peak of The Turning Point",inilah definisi untuk kehidupan saya minggu ni.. Turning Point ni mempunyai selekoh yang amat2 tajam,berbahaya dan saya sangat penat untuk menghadapinya.. mungkin kerana tuntutan kehidupan sebagai seorang pelajar,dan setiausaha badan persatuan menyebabkan saya berasa sebegini rupa..












sehinggakan saya terlambat sehari untuk menghantar tutorial physics yang pertama.. MasyaAllah..












tetapi,saya rasa berbaloi sangat2.. kerana turning point ini tidak saya hadapi seorang diri.. tetapi dengan rakan2 yang sangat membantu,memahami serta ahli keluarga FSCC yang xhenti2 memberi motivasi dan pertolongan yang,what else can I say,jitu..












yup,jitu.. :)




*dia lalu.. dia lalu..*


satu entry ambil masa berminggu nak habiskan..


minggu ni amatlah packed xterkata.. dan sangat menunggu untuk tibanya hari ini, Khamis 19 november supaya berlalau dengan cepat dan say adapat pulang ke rumah dengan gembiranya.. :)


kerana pada hari esoknya akan ke Kelantan melawat mak cik yang keuzuran..


di samping itu,paperwork masih tergantung sebab tiada officer yang datang lagi untuk menyemak buat kali terakhir..


dan saya di STAD sekarang..
:)






















Wednesday, October 21, 2009

it is not the end of evrything.. tho..



salam..




realizing that new semester will begin in less than a week, and tomorrow will be going back to my dear CFS, I will like to seek for apologize to everyone for evrything that I have done wrongly, my faults, disagreements etc. Remember,life is too short to hate someone.. So,do forgive me yerp.. :)




yes,tomorrow will be going back,after 3 weeks of inter-sem holidays,with much plenty of time have been shared together with dear family.. truly,family is my TRUE weakness.. well,everyone does, I think.. :)




and,the result for the semester one final exam will be released.. I DO 'afraid+cuaks,if words can describe it'.. but,what can I do then? hacking the system and alter all the results then and before? it's out of my control.. well, I do have the time to control it,during my finals before.. now,all I have to do is tawakkal and redha for everything... I'm His servant, and He Know best for me..




I need to be positive since then.. it affects my health anyways.. this is the Gift of Allah to all his servants.. LIFE.. life is too short for evrything.. make it full with the positive and good ones.. If you feel unaware,do seek for His Guidance..




whatever my result will be, I will accept.. yes.. no,I need to accept.. It is the best for me.. I do pray for evryone, my friends, of course for the best in their result too.. Sirru ala barakatillah..




there were many things occurred in this semester one.. well,TOO many to describe.. deleting,yet adding.. frustrating,yet healed.. with Allah's will.. I'm not expecting evrything in the beginning of my life here,a year ago.. It was Allah's plan on me.. and I'm grateful for that.. tho it is a mixed of evrything,bitter and sweet..




if u aware,i said too much 'evrything' in this entry.. i don't know why,though.
p/s: whatever it is,remember to have FAITH in Allah.. wallahu'alam.. :)

buat diyanah nadhirah..

salam..
yup dyna.. it's her.. who's getting married..*sorry xreply sms.. xde kredit tyme 2..* :)

sharing sket..

in the name of Allah,the Most Gracious and Most Merciful..

I've received this msg from my friend entitled,'Life Handbook'.. quiet interesting,just a quick note... and,would like to share and spread it to my other friends.. :)


HANDBOOK 2009

Health:

1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time for prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.

Personality:

11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:

25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:

32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. ALLAH heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank ALLAH for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least:

40. Please Forward this to everyone you care about :)

Thursday, October 15, 2009

islah diri.. :)


salam' alaik..


kuiz 1


"30+3+1990...


=7!"



Anis took the Rahsia tarikh lahir anda quiz and the result is Intelektual


-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.


- Perasaan mereka tidak mempengaruhi... keputusan mereka.


- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.


- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.


- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.


- Mereka sangat suka berahsia.


- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana



kuiz 2




Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah ...keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9..



inilah antara favourite things to-do bila boring2 dan al-kebetulan tgh on9 pulak.. "jawab kuiz kt facebook..".. setakat ni,sy rasa siapa yang ter-mula,mesti rasa cam 'addicted' pun ader.. especially kalau tengah online.. memang pun,membazir masa je jawab kuiz entah pape ni kan.. tapi tu la.. sy memang cukup suka jawab kuiz berkaitan personaliti diri.. bukan apa,sy 'take it as one way to reveal myself and make some corrections' atau 'muhasabah diri' la dalam bahasa melayu nye.. tak taulah,nak tunggu orang tegur kelemahan kita,payahlah kan.. lagi satu,tak semua yang menegur,betul2 straight ikhlas dari hati,bukan nak bersangka buruk,tapi begitulah.. mungkin ader yang nk provoke semata-mata,yang ader terselit sifat hasad ke.. macam-macam.. tapi,setakat ni,insyaAllah saya terima segala bentuk kritikan,xkesah sama ada ianya membina atau tidak.. tu belakang cerita.. yang penting,saya kagum dengan seseorang yang boleh menegur saya,selain daripada ahli keluarga,kerana bukan mudah untuk kita 'mengumpul keberanian' menegur someone yang bukan ahli keluarga kita,especially kawan baik kita.. :)


lagipun,pada pendapat saya,kuiz ni pun,macam boleh lah dipercayai sikit.. bukanlah percaya seratus peratus.. maksud saya,percaya kepada jawapan nya..sebab tak semua jawapan to 'mengasyikkan' atau benar pun.. bukan semua jawapan nye 'sedap2 untuk didengar' belaka.. ader jugak yang menyebabkan sy terpikir2.. tp,xnak bersikap khurafat.. so,janganlah percaya seratus peratus.. just 25% boleh kot.. sekali lagi,just utk muhasabah je..


kuiz yang first tu,xsilap saya,saya pernah buat dengan ayah saya sewaktu berumur 8 tahun lagi.. dan jawapannya memang dalam kepala saya sedari kecil.. dan saya suka pada ayat yang cuba dye describe kan pada saya,yang saya bold tuh.. sangat2 betul.. dan,bila 'situasi' tu terkena pada saya,saya mesti terpikir ayat yang sama.. karakter tu pun,bukannya 'sedap utk didengar' pn.. kedengaran cam saya cam selfish sgt2.. tapi,karakter tu memang ada dalam diri saya.. dan saya tahu,xmolek untuk saya ada karakter tu dalam diri saya.. so,di sinilah bagi saya,muhasabah itu bermula.. sy 'sebolehnya' try untuk memahamkan seseorang yang mempersoalkan something.. especially ble benda tuh,rasenye saya dah ulang banyak kali kepada orang yang sama.. tapi,tu lah.. sy try..try... dan try.. insyaAllah.. sy try untuk jadik seseorang yang sabar dan memahami sket.. :)


anyway,kuiz 2 adalah 'baru' untuk sy.. sy xpernah dengar lagi jawapan2 kt kuiz 2 nih.. rasenye lagi specific.. semuanya akan di check and re-check.. tapi,no 3 itu memang make sense pada diri saya.. 30x3=90.. dilahirkan pada 3 Ramadhan.. dengan berat 3.3 kg.. banyak x nombor 3 dalam hidup saya? huhu.. :)


dan saya pun makin mengerti,yang hidup ni,kena selalu meng'islah' diri.. yup,bukan dengan hanya menjawab kuiz kt facebook ni je.. tapi,dengan mengenal Pencipta kita sendiri.. itulah sebaik-baik 'pengislahan'.. supaya kita xterpesong jauh sangat.. xkona-kona.. kita straight je.. berada di jalan yang lurus.. berdoalah supaya kita sentiasa berada di jalan itu.. xjumpa mana2 simpang yang menyimpang.. sebab,semuanya kehendak Maha Pencipta..


rasa dan perasaan nak meng'islah' pun merupakan satu perasaan dan hidayah yang Allah kurniakan kepada seseorang.. sebab,tak semua berperasaan nak bermuhasabah diri masing2.. kadang2,dalam mengharungi kehidupan yang makin busy,hari demi hari,kita boleh terlupa tentang diri kita.. punya lah mengejar dateline kan..


jadik,apa kata,kalau kita terfikir nak mencongak kelebihan dan kekurangan diri tuh,kita muhasabah jugak tentang diri kita.. insyaAllah,banyak perkara negatif dan 'keruh' kita boleh jauhi dan banyak perkara positif boleh kita perolehi..


wallahu'alam..


p/s: result kuiz di atas bukan utk menunjukkan kelebihan atau kekurangan diri penulis.. sekadar berkongsi.. insyaAllah.. :)

Sunday, October 11, 2009

ingatan tulus ikhlas..

In The Name of Allah,the Most Gracious and Most Merciful..

pada hari raya ketiga yang lalu,seorang sepupu sy telah selamat menjadi suami kepada seorang gadis berasal dari Marang,Terengganu.. dan sy xjadik nk menghadiri pernikahan tersebut, memikirkan akan pulang ke cfs pada hari raya keempat serta kunjungan kerabat2 sy dari Johor ke rumah..hhmm~ *bukan kerabat DiRaja ye..kerabat means keluarga besar je..*

okay,bukan nk bercakap mengenai perkahwinan,pernikahan dye.. tetapi,something yang sy jumpa bila belek2 kad kahwin yg dye distribute kat kami sekeluarga.. *saya ni xabeh2 nak belek kad kahwin..maap la ye..*

selalunya,masyarakat akan letak Doa Untuk Pengantin atau puisi2 indah mengenai alam perkahwinan,puisi Adam dan Hawa dan macam2 lagi lah,pada kad kahwin atau walimah 'ursy mereka.. tapi,xtahulah.. sy yang terlalu 'lama' xpergi majlis kahwin,dan menatap kad kahwin org atau memang ini antara 'cara' baru utk memberi tazkirah sambil2 menatap nama mempelai,pada kad kahwin sepupu saya ni,yang berwarna hitam,which is again,a new thing for me,terteranya isi kandung Khutbah Terakhir dari Rasulullah S.A.W..
jika sebelum ni,sy post entri utk ahli keluarga Nabi,kali ni khutbah terakhir dari baginda..

Sekadar mengingatkan kembali wasiat dari Junjungan Mulia.. :)


Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

*sama2 lah kita merenung kembali peringatan daripada Baginda S.A.W..*

peringatan utk diri sendiri,dan ingin dikongsi bersama rakan2.. :)

wallahu'alam..

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...