Saturday, January 16, 2010

another 0.25%...

in the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful... :)

terlalu lama rasanya xmenekan dengan masyuknye board ni.. dah berapa lama xupdate nye saya.. begitulah,dengan wifi yang terlalu hebat kat bilik,sehinggakan tiada masa lansung utk mengupdate segala.. haiyoh..

semalam,setelah bertamu dengan rakan se-gengku,haziqah dari nilai.. kami berdua ke dewan al malik faisal.. lalu je.. kelihatan terlalu,amat padat student di dalamnya.. "amende ni?"

tiba2,keluar seorang sis.. "ye sis,jemput masuk.."

"ader event ape ni sis?",tanye haziqah..

"ouh,closing ceremony utk FESTIVEN (festival of engineering),pastu ada talk,"Couple.. Salah Ke?",terang sis tuh,kepenatan agaknye..

"couple,salah ke? konfem salah! terima kasih..." jawab Haziqah.. xminta di jawab pun.. tercengang sis tuh.. saya dan haziqah pun berlalu..

terus terang saya katakan,yang saya amat "anti" dengan tajuk talk ni.. sejak masuk cfs,ader la dalam 2-3 kali,talk yang tajuknye lebih kurang sama.. dan of course,tunjang nya berakar umbi kepada main point yang utama lagi sama,isu couple.. mengapakah?

dah terang lagi bersuluh,tidak akan ada hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim,melainkan selepas akad.. kenapa nak dipersoalkan lagi boleh atau tidaknya?

saya akui,memanglah teramat susah untuk menidakkan fitrah manusia yang satu ni,especially di kala muda remaja seperti umur saya ni,tapi,itu antara mehnah Allah terhadap para hambaNya.. kenapa tidak dianggap sebagai satu ujian? malah,seolah2 bertanya dan tanya.. dan seolah2 macam memikirkan resolusi baru untuk meghalalkan pergaulan..

mungkin,saya hanya berpandangan dari aspek negatif,kerana tidak mengetahui isi sebenar talk semalam.. tetapi,saya tidak hanya memberi pandangan mengenai talk semalam,tetapi dengan realiti sebenar 'masalah hati' yang membebani,sehinggakan menjadi tajuk utama dalam semua forum,even perbualan biasa dengan rakan2 sekepala..

jujur,saya pun sendiri pernah membincangkan hal ini dengan roommate,meaning,secara seriusnya,bukan ditokok dengan gelak2 atau gedik2.. bagi saya,kalau sekadar bergurau,dengan mengejek nama2 tertentu dengan org2 tertentu,tidak mengapa.. asalkan,orang yang dikenekan itu,tiada hati,jauh sekali 'mengingati' nama tertentu yang dikenenkan itu..

tetapi,secara seriusnya,memang menjadi kebiasaan bagi zaman ni,untuk semua orng mempunyai partner tersendiri.. malah,kadang2 dianggap pelik pula kalau tiada pasangan.. seolah2,kalau tiada gambar buayafriend/gelifriend menjadi wallpaper,macam pelik pula.. walaupun seIslamik mana kampus anda..

cinta Islamik.. satu hal dah.. cinta yang berimej kan Islamik.. kononnya,tidak ber'sms' atau berdating.. tapi,hanya bagi tazkirah melalui hp.. kejutkan Subuh.. bagi tafsiran ayat Qur'an.. begitulah.. sekali lagi,bagi pendapat saya,tidak salah,kalau tidak disertai dengan perasaan.. tapi,menjadi masalah,kalau disertai dengan perasaan.. mulalah terasa di hati.. jatuh hati.. solat pun jadi xkhusyuk..

pernah sekali,sy terlihatkan,pasangan berbalas hadiah,tapi berbentuk buku ilmiah,melalui orang tengah.. tajuk buku? "Cara Mencapai Khusyuk Dalam Solat".. lebih kurang begitulah bunyinye.. dihadiahkan oleh seorang perempuan kepada seorang lelaki bukan muhrim.. saya bertanyakan hal ni,dan meminta pendapat roommate saya.. tanpa memberitahu situasi sebenar of course.. just secara am nya.. dye memberi pendapat,"kalau perempuan tu,bagi laki 2 buku camtuh,ko rase lelaki tu makin khusyuk ke dalam solat?".. pertanyaan sinis roommate sy.. betul jugak.. aduih payah.. ^^"

secara jujur,bukan mudah untuk menjaga hati.. hati,seketul daging yang mampu menguasai diri.. hanya Allah dan diri kita sendiri yang mengetahui apa yang terkandung dalam hati kita sendiri.. orang lain takkan tahu,mungkin hanya mampu meneka,melalui riak wajah.. tapi,utk yang sebenar2 perasaan,kita sahaja dan Allah yang tahu..

semakin parah dan payah untuk menjaganya,apabila berkaitan perasaan..

sebab itulah, Allah berpesan untuk sentiasa mengingati Dia.. supaya kita tidak mudah lalai..

pernah,saya diuji dengan mehnah berbentuk ini.. rasanya tidak asing lagi.. tapi,saya kena pastikan yang ujian itu adalah kerana kesilapan saya sendiri.. mungkin kerana terlampau batasan.. mungkin juga kerana terlebih di tempat yang patut dikurangkan.. semua salah saya.. Hamba yang hina.. dan saya tidak PERNAH mengeluh kepada Allah kerana itu..

malah,kadang kala bersyukur.. sebab didikan Allah mahal.. sekali terkena,kita mungkin akan beringat2 selepas itu..

kala menulis ni,saya terkenang akan jawatan saya yang memerlukan saya bermuamalat dengan spesies berbeza dengan saya.. kaum Adam..

bukan mengeluh,tapi sekadar perkongsian.. awal2 taklifan saya,pernah saya bertanya kepada diri sendiri,"bagaimana harus aku berinteraksi?"

kerana saya adalah pelajar UIA?
kerana saya adalah orang biasa shj.. tetapi nampaknya terpaksa bekerja dengan orang yang LUAR BIASA hebatnya..
kerana saya sedia maklum,saya sudah besar,umur pun dah matang,cara bekerja mesti lain.. dari yang semasa sekolah dahulu..
kerana saya bekerja dengan golongan yang dihormati.. penghafaz Al-Qur'an.. :)

dan banyak lagi..

oleh yang demikian,saya sering merujuk kepada kakak2 yang umur lebih senior dari saya.. tentang hal ini.. sebab bagi saya,saya perlu menjadi contoh,dan setiap pergerakan saya,bukan hanya akan membawa nama saya sorang shj,tapi nama mak ayah,nama roommates,dan paling mustahak,nama persatuan saya sendiri..

tetapi,perlu untuk saya pastikan,yang muamalat saya terjaga,dan tidak di kalahkan oleh doktrin 'berpersatuan'.. semestinya..

tanggungjawab,tidak semestinya kene menidakkan hukum.. perlu selaras,agar maruah terjaga..

ketahuilah,ini harapan dan doa saya serta peringatan untuk tuan kepada tangan yang menaip,kerana ianya tanggungjawab saya.. dan insyaAllah ingin dikongsi kepada mata yang membaca..

2 comments:

diyanah said...

anis
dyna setuju ngan anis. talk psl cinta ni dah x perlu dah, sbb benda ny sme je mmg dah salah. xtahu knpe org still nak cari jugak cara nak bg kononnya betul. =_=

Amal said...

Salam.

benar benar. setuju2..
setuju ape yg roommate mu respon apabila bertanya soalan bkenaan buku itu.. b4 bc ayat tu pun, ak pun menjwb jwpn yg sama jugak..

mgkn ada yg kata, talk tu tak seperti yg kita sangkakn. tp ape2 hal pun, tajuk memainkan peranan. tajuklah yg menarik pengunjung. memanglah tak blh judge the book by its cover tp adakalanya cover tulah yg menjadi muqadimah penting.

post yg mantop.. :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...