Thursday, August 28, 2014

679. Tujuan asal.

Mempunyai akaun di setiap laman media sosial bukanlah sesuatu yang membanggakan.

Punya followers yang ratusan mencecah ribuan juga -  bukan sesuatu yang menyenangkan. Mungkin. Entah. Sebab saya tak punya ratus-ratusan followers. Saya bukan orang penting.

Entahlah (lagi). Ada suatu-suatu ketika rasa 'futur' nak sharing-maring di laman sosial. Banyak ketika, saya lebih suka mendiamkan diri, tanpa 'scroll' ke-bawah hingga 'Load More' keluar. Saya baru tahu betapa 'amannya' hidup bila tidak menjengah ke bahagian 'Home'. MasyaAllah. 

Sedang mengenali diri, saya baru tersedar saya lebih meminati karya yang terselit gambar. Tumblr memang best. Tapi Instagram lebih memikat hati. Senyum.

Baru 'selesai' satu 'fasa' kemaruk dengan Ig. 

Hampir abandoned-kan FB, saya cuba menjengah kembali profile FB dengan hanya membaca Notifications (yang tak banyak. serius). Tapi wadah FB lebih digemari, mudah share info baru. Infografik baru. Status baru. Dokumen baru. Updates lebih mudah di FB. 

Tiba suatu ketika, bila fasa 'kemaruk' Ig mengikis, sebab saya baru tersedar (lagi), betulkah tujuan asal saya selama saya share ni?

Nangis. Tapi tak sampai nak delete akaun la kan. Heh.

Dalam pada meng-hapload sebegitu banyak gambar di Ig, terfikir lagi tujuan asal yang sepatutnya difikirkan sebelum buat akaun Ig lagi, "Betulkah kerana Allah?"

Amek. Debuk tumbuk diri sendiri.

Of course, ianya tak tertakluk hanya di medan Ig. FB, Twitter dan lain-lain juga tak terkecuali. 

Memang. Saya akui. First time bila 'teringat' rasa macam small matter.
Tapi bila ada yang LIKE, rasa macam big matter pula. Bila ada yang komen, lagi bertambah cuak-nya.

Lebih mencuakkan bila dah baca perihal riak, ujub dan takabbur.
Mungkin, kita masih hafal, siap definisi mengikut skema jawapan UPSR, PMR dan SPM ketiga-tiga itu. Adakah kita faham, by heart?

Itu masalahnya.

Kadang-kadang rasa macam over-sensitif pula dengan post-post sendiri. Saya tak fikir apa orang kata pasal saya, cuma NIAT sendiri. Betul ke ni?

Kalau menghadapi sindrom ini, siapa perlu bermuhasabah lebih - pemilik akaun, atau peninjau/follower akaun?

Kita yang kena lebih berhati-hati, post biar tidak menimbulkan fitnah/tanda tanya yang amat menggemparkan, atau, si follower sila-lah berlapang dada dan tidak menerima bulat-bulat sebarang info yang dipost/share?

Tepuk dada tanya iman.
Sebab kita adalah kedua-dua golongan tu pun.





P.S
- Dah delete akaun Twitter. 
- Saya banyak delete gambar selepas post. 
- "If everything was meant to share, then what's left to keep?" amek gedebuk sekali bila baca post ni. 

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...