Thursday, January 20, 2011

usrah.

bismillahirrahmanirrahim.

"tak kisahlah nak join apa-apa club or societies or usrah, halaqah etc, asalkan matlamat utama, mencapai mardhotillah.. redha Allah.."



bear in mind that usrah is not for baik-baik peeps, usrah adalah WADAH untuk ORANG YANG NAK JADI BAIK,insyaAllah.

jangan sempitkan pemikiran kita nak pilih yang baik, nak naqibah yang baik, nak itu-ini, tapi diri kita sendiri tak prepare untuk semua tu. kita tak boleh hidup seorang diri, even nak menuntut ilmu pun, kena ada orang lain [murabbi].

bukan nak 'melobi' atau mempromosikan cara ni, tapi untuk share something yang saya dapat dan tahu. semoga kita diberi hidayah dan petunjuk untuk sentiasa dekat denganNya. amin ya Rabb.


Wednesday, January 19, 2011

perhiasan dunia..

bismillahirrahmanirrahim.

walaupun exam tinggal 5 hari je lagi, dan preparation pun, masih tak habis lagi [tak mencapai tahap nak tawakal lagi], tapi nak share jugak apa yang saya baca kat wall seorang ni. [bukan friend, dan saya bukan stalker]

Wanita idaman lelaki ialah,

yang hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,

yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,

yang sentiasa dahaga dengan ilmu,

yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,

yang tidak pernah takut untuk berkata benar,

yang tidak pernah gentar melawan nafsu,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang menjaga tutur katanya,

yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,

yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,

yang mempunyai ramai teman,

dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,

Wanita idaman lelaki ialah,

wanita yang menghormati ibunya,

yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,

yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,

yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,

yang mengamalkan hidup penuh sederhana,

kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,

yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,

yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,

yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,

yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang tidak pernah membazirkan waktu,

matanya kepenatan kerana penat menimba ilmu,

suaranya lesu kerana lidahnya tak henti memuji dan mengingatiMU,

tidurnya lena dengan cahaya keimanan,

bangunnya Subuh penuh penghayatan,

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh keinsafan,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang sentiasa mengingati mati,

yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,

yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,

agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang sempurna,

meneruskan perjuangan Islam sebelum tibanya Kiamat,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang tidak terpesona dengan buaian dunia,

kerana dia mengimpikan syurga,

di situlah mahligai impiannya,

dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya...







bukan nak jadi IDAMAN kaum sana sangat. tapi nak jadi hamba Allah yang sejati. layak ke diri ni? -.-"

Tuesday, January 18, 2011

:|

bismillahirrahmanirrahim.

ternyata. kalau dah umur 20-an ni, kebanyakan manusia akan masuk turning point masing-masing kan?

atau kata lain, ADVANCE.

"Anis, aku .... dengan ..... . tapi tak rapat la, erm.. erm.." ujar seorang sahabat, sambil tersengih-sengih.
waktu tu saya tengah khusyuk tulis nota. memang khusyuk, sebab menulis sambil kepala tertunduk mengadap kertas yang mengandungi slides. saya macam terkejut pun ada, takde angin takde ribut, alih-alih buat sesi 'spill' pulak dalam kelas ni. :|

sahabat saya ni pun, tersipu-sipu tunggu respon saya. yang saya ni, tak abeh lagi terkedunya. tak tahu nak respon apa. bukannya dia nak kahwin ke ape. tapi baru declare kat saya yang dia dah ada someone special.

first impression : "eh, berani pulak dia bagitau aku?"
second impression : ".........."

serius, rasanya jarang orang bagitau saya dia baru 'declare' ke ape ke, sebab pendirian saya yang selalu saya lontarkan [wah, ayat bm]. kawan-kawan terdekat sedia maklum lah kot, tapi tak sangka dia pun 'berani' nak habaq kat saya. dahla dalam kelas, kelas UNGS to be exact, yang mana, fikiran saya tengah melayang melayan subtopik 'Ideology'.

parah.

"erm, bukan dari CFS ke?" itu ayat pertama yang mampu keluar. sahabat tadi masih tersenyum. bermakna kot.

"asalkan kau tak buat perkara tak senonoh. jaga diri weh. mak ayah kau jauh.. takut aku kalau parents jauh-jauh nih.." pesan saya, sambil menulis lecture kat depan. tak taulah kalau berbaur sindir. yang penting saya tak sindir. saya pesan je. tegur pun iye.

"eh.. tak la weh.. dia pun jenis 'menjaga' jugak.." jawab kawan saya.

hurm. ape-ape lah.

sebab selalunya, kawan-kawan terdekat, alhamdulillah setakat ni, se'fikrah' dengan saya. berpendirian macam saya. tapi bila kena sekali dengan kawan yang saya baru-kenal-tapi-rapat nih, saya macam tak tau mana satu nak mula.

kena straight forward tegur and cakap "No Couple Until Nikah" ke?

ke nak cakap,"Oh, so sweet!"?

memanglah dia cakap dia tak couple, tapi bila saya tanya, "teman tapi mesra?", dia just senyum je. itu lah dia. mengharapkan saya faham SEMUANYA dari senyuman 'bangga' dia.

baru terkejut yang itu, on the way saya masuk ke Wackos, nak amik buku Tortora [buku physio+anatomy], saya dikejutkan dengan sepasang 'kekasih' sedang bermain UNO dekat hujung Wackos tu. haih, kadang-kadang kemudahan ni di'salahgunakan' jugak! saya kenal kedua-duanya. bila ditanya, cakap takde pape. tapi dok berkepit kat library semua. yang brothers ni, klasmet UNGS saya. so jelaslah di situ. dia skip kelas semata-mata nak main UNO dengan gewe? [lelaki tu org Kelantan, harap maklum]

whatever. itu ke bakal suami, bakal ayah, bakal pemimpin, bakal imam yang di cari?

pergh~

minta selisih la..

lepas nampak saya dan kawan saya yang baru 'declare' tadi, sister tu yang juga bestfriend kawan saya ni terus meluru kat kitorang, tanpa rasa segan silu dan bersalah. bukan segan apa, segan sebab kantoi. atau kalau bagi pihak saya, segan sebab kantoi dengan LELAKI MACAM TU? omg.

tak tau lah kan. nauzubillah minzalik la kat saya. saya bukan mengeji, tapi cukup mual la dengan scene yang tak berapa menarik nih.

bukan nak cakap apa, sedari CFS, saya dah jemu la, talks pasal benda ni bukan sekali dua, kalau saya nak kira sejak saya 1st yr kat CFS dulu, dah berbelas, dan mungkin berpuluh. belum campur yang dihuraikan dalam kelas, 'perbincangan dengan kawan', 'perbahasan dengan roommates', dalam kelas, sindir menyindir, kuliah informal, macam2 la. kat dalam media massa dan bercetak apatah lagi. bukan tu je, kalau kat Kuantan ni, sepanjang jalan dari mahallah ke kafe, banyak kot tulis "NO COUPLE UNTIL NIKAH". siap kena perli da dengan saya.

again, berlambaks je kat uia ni rupenya.

saya akui, ianya fitrah remaja. tapi, sayanglah kalau fitrah menjadi fitnah. penatlah nak tengok. kalau pinang dibelah dua takpe lah jugak. maksudnya, sekufu, seiya sekata, dan paling penting, dah KAHWIN. kan best nak tengok, boleh jadi baitul muslim idaman.

ini tak. nak tengok pun mual. nak muntah.

tempat pun tak standard. dengan gaya yang entah apa-apa. dengan pilihan pasangan pun, masyaAllah.

memanglah saya punya jauh lagi 'baik'. [whatever anis]

pastu, kalau anda perasan, pasangan2 macam ni, mesti di pandang 'semacam'. dah lah semacam, bukan sebab tak hensem/lawa, tapi macam ada je yang 'slack'. contohnya brother tadi ni, skip kelas. kan dah slack tu. bila saya habaq dia skip kelas, korang boleh bayang la kan, brother tu mestilah bukan dari jenis 'kepimpinan' dan bervisi jauh dan optimis apatah lagi bertanggungjawab, OF COURSE.


kalau nak diikutkan, banyak benda lagi yang boleh dibuat dan fikir. cuba fikir, apa perasaan mak ayah, yang hantar anak belajar jauh-jauh, bagi duit poket, masuk duit kat akaun tiap-tiap bulan, expect anak dorang tengah 'berjihad' belajar menuntut ilmu, rupa-rupanya duk skip kelas, g dating? itulah sebasic-basic benda nak pikir kot, kalau tak terpikir kepada yang Maha Melihat tu.


kredit yang mak ayah top-up tu, supaya kita contact dorang, minta doa dan restu. tapi kita HABISKAN sebab call orang lain, mesej orang lain. bila parents tanya awat lama tak call, cakaplah takde kredit/bill dah overthe limit. macam mana tu?

kesian la. kesian kat diri sendiri. orang lain sibuk pergi kelas, terkejar-kejar nak duduk seat paling hadapan, nak belajar menangguk ilmu dari lecturers. bukan pergi kelas semata, join itu ini sebab nak brush up leadership dan fikrah, prepare nak menghadap masa depan yang SANGAT MENCABAR, join usrah, tarbiyyah diri nak jadi imam pulak. bukannya lama pun, setahun dua nak jaga anak orang pulak. di kala orang lain sibuk memenuhkan ilmu kat dada, kita masih skip kelas dengan alasan yang lansung tak munasabah, mesti ada 'something' kat diri orang tu.

saya kesian kat brother tu sebenarnya. bukannya kesian yang "awhh... so sad.." gedik2 tu, tapi kesian sebab kebanyakan brothers yang saya kenal, semuanya jenis bervisi macam yang saya describe kat atas, tapi bila jumpa brother ni, saya rasa kesian sangat. dan juga bukan kesian sebab dia orang Kelantan. please.

kalau sister, yang saya kenal tu, saya tak kesah sangat. geram pun ada. sepatutnya nasihat2 la 'pakwe' tu. ini tak. lagi enjoy pulak tengok 'pakwe' yang entah-entah nak dijadikan suami tu, ponteng kelas. macam tu agaknya ek, kalau dah sayang.


ini lah antara situasi di mana, biarkan CINTA berkata TIDAK!




Monday, January 17, 2011

erm.

bismillahirrahmanirrahim.



"kenal.. yang macho-macho tu eh?"


:|

Friday, January 14, 2011

"Anis join apa kat sini?"

bismillahirrahmanirrahim.

salam hari Jumaat. :)

minggu ni, sangat tidak bersemangat bila dalam kelas. kenapa ek? adeh. ujian dah datang ni. bila time2 nak exam, suka tau diuji dengan benda2 macam ni. mungkin tubuh masih dalam full recovery selepas demam? dan mungkin jugak sebab macam tau2 je selsema akan melanda? wallahu'alam. kepada yang 'terasa' sebab saya 'kureng' je seminggu ni, saya minta maaf. itu kelemahan saya la kan. bila sakit, jadi 'haru' sikit. smiles.

kepada yang tiba-tiba macam menjauhkan diri pun, saya nak minta maaf. yes offence.

ujian mid semester bakal melanda 2 minggu lagi. dan saya pulak makin aktif depan laptop. kononnya, sekadar relax selepas seharian belajar. tapi.

bila nak dekat mid sem, maksudnya aktiviti pun, boleh lah dikatakan banyak berlansung [sebab dekat kuantan kan]. bila aktiviti dah berlansung, maksudnya adalah steering and driving committees. bila ada committees maksudnya dorang akan sibuk mencari rekrut baru untuk biro masing-masing. nak cari orang yang boleh bekerja, minat bekerja, dan minat 'bermesyuarat'. yes offence.

minggu ni jugak, aktif betul pergi Wackos kat KOS tu. jual roti sosej black pepper yang sedap dan paling penting, MURAH. RM1 ok. kalau 1901 tau, mesti nangis guling2. ok, hiperbola. bila pergi Wackos, akan nampaklah segala form untuk jadi sub-committee biro under SCIENCESSS.

godaan ni.

hati saya betul-betul tertarik dan menarik ke arah biro yang paling tepi kat Wackos tu, Biro Ekonomi dan ape entah. kalau diikutkan hati muda umur 21 tahun, nak je letak nama kat form bawah tu. bukan susah pun, takde interview apa2, just tulis nama, num matrik and no hp je [kot]. pastu, tunggulah panggilan or sms nak meeting etc etc. time tu, siaplah. tapi, betullah perumpamaan orang melayu, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa..". moral of the story, jangan ikut hati or rasa. ikut lah kebijaksanaan akal tuh. so, kalau diikutkan akal yang nak menjengah umur ke 21 tahun berfungsi dengan baik ni [alhamdulillah], maka, tak jadilah saya tulis nama saya. mahal kot nama Anis Naazira nih. bukan sebarang form boleh tulis ok. kalau kat attendance pun, bagi initial je. takleh sign besau2. :)

bukan sahaja 'digoda' dengan biro SCIENCESSS, tapi juga MRC Maimunah. heh.

ingat lagi, saya dengan bersemangat nya pergi AGM mrc kat CF Sis. last week kalau tak silap. sebab katanya, 1st year macam wajib. pergi je lah. nak tengok jugak, camne MRC bekerja :p sanggup datang discussion lab lambat. bila pergi je, tengok musola tu ramai jugaklah. tapi tak penuh. kalau semua duduk skem dan dekat2, takdela sampai separuh musola pun. tapi ok la, dapat jugak berkenalan dengan fellow. doktor kot. heh.
lepas tu, dapat refreshment. sebenarnya tak looking forward pun benda ni. tapi sebab dapat nasi ayam dengan air sirap, siapa tak nak. alhamdulillah, rezeki malam tu.

dalam line up MRC tu, ramai jgak kot 1st years. ada memang muka 'beraktiviti' since kat PJ lagi, saya kenal orang tu. ada jugak jiran kat PJ dulu, budak pharmacy. ada jugak yang, "eh, dia ni?". ha, macam2 lah persepsi keluar. masing2. ada target tersendiri. ada yang target kat main campus baru nak aktif habis-habisan. masing2.

ltiba-tiba, ada sahabat mengusik.

"Anis tak nak jadi MRC?" soal Y, bukan nama sebenar.

tercengan jap, sebab saya asyik masyuk usha line up yang diperkenalkan kat depan tu. saya takde intention nak jawab.

"Ala.. anis tak mainlah mrc ni, anis SRC je!" sambung sorang rakan lagi. pergh. kene sebijik.

"Mane ade la. Anis tak nak aktif dah. Penat.." ceh alasan. boleh ke cakap macam tu. sebab dah tak tau nak komen apa.

tapi betul lah, saya tak de hati lagi untuk sem ni. memandangkan ini saya kira, pengorbanan saya untuk diri dan pendidikan saya. wah ayat BM pulak.

awal-awal lagi, kawan baik kat Gombak dah warning,"you jangan masuk apa2 1st sem nih..".

tapi betullah, benda yang kita elak dan tak nak itulah, yang datang menerjah ke arah kita. senior2 sibuk rekrut adik-adik utk dijadikan pelapis mereka. bersilih ganti borang dan ajakan menerpa, tapi still, yosh, takde hati.

pertama-tamanya, sebab saya nak adjust diri dengan suasana baru kat Kuantan ni. dengan subjek lagi, kos lagi. orang-orang. heh. berani 'gila' kalau pegang jawatan time 1st sem camni. larap lah.

kedua, sebab saya masih 'dihantui' dengan teammates lama. bagi saya, setakat ni, takde line up boleh ganti best teammates ever macam dorang. kalau saya berkenalan dengan orang baru pun, yang saya rasa, line up baru, still tak leh kalahkan professionalism dorang. so, perasaan 'membanding-bandingkan' ni perlu luput terlebih dahulu, sebelum saya nak join apa2, which is, sangatlah susah buat masa sekarang. mungkin perlukan masa, setahun dua lagi. mungkin?

walaupun mereka dah ada wadah baru masing2. dengan SRC nya, dengan Ma'ruf Club nya, dengan LAWSOC nya, dengan EMSS nya, dengan STEADFAST nya, dengan MRC nya. semuanya. dah ada wadah baru. takpe, biarkan mereka ghairah dengan cita-cita mereka :)

ketiga, sebab akujanji saya dengan kawan-kawan. walaupun mungkin dorang tak hiraukan sangat akujanji saya tuh, sebab, alah, manusia yang dah biasa beraktiviti, takkanlah boleh STOP macam tu je. pelik sangat. tapi saya rasa saya perlu pandang serius benda ni. sebab berpersatuan ni lah,........................
so, saya takkan pandang remeh benda-benda nih.

pernah sekali, waktu ghairah on9 FB kat library, saya disapa oleh seorang teammate saya, kat Gombak. budak Law. sweetnya, dia tanya khabar FSCC lain kat Kuantan. heh. selalu tau ditanya soalan sebegini rupa. lepas tu, soalan kedua, terus direct tanya, "Kau join apa kat sana?".

eh, boleh pulak.

"erm, takde pape." jawab saya.

"masuk lah apa-apa. takyah pegang jawatan tinggi2, just make sure kau be a part of them. join aktiviti. jadi committee. belajar softskills etc etc etc [panjang gila dia bagi hujah, well, Law student].. aku pun, aktif LawSoc je [Law student Society].."jawab dia. phew, akhirnya berhenti menaip.

"tengoklah. aku ingat nak fokus je kat main campus ni. kalau sijil tu, setakat sijil kat cfs, tak membantu ke?" boleh pulak tanya soalan camtuh.

"hahaha [gelak pulak pak cik nih]. baik kau join atleast kuliyyah based society. ramai kot senior aku 4th year menyesal tak join dulu. diorang semua skang tengah berusaha kumpul sijil. lagipun nis, benda ni kene istiqrar. kene sentiasa ada, takleh berhenti2. blajar cara nak manage, belajar cara berfikir, update ukhuwwah etc etc etc barulah benda tu terkesan dalam diri. kalau nak harap cfs je, payah lah! semuanya benefits yourself. bukannya orang lain.." korang boleh bandingkan dialog budak sains dan budak law. siapa lagi panjang. itu pun, siap cut mana yang tak berapa penting untuk dinyatakan. heh.

"huhu, tengoklah. insyaAllah. nanti aku join, tapi bukan sebagai committee, sebagai participant je :)" jawab saya.

"ha.. bagus! semoga kau berKARISMA nanti!" ceh.

beriya habis pak cik ni suruh saya join situ sini. saya tau dia masih aktif kat Gombak, join itu ini. tapi first impression saya, "alah, budak lelaki bolehlah. dorang bakal pemimpin. kena la brush up kepimpinan dorang slalu. kalau macam perempuan ni. lebih baik aktif underground je. takyah show off sangat..".

tu pun terdetik juga kat hati. lelaki, kalau tak aktif berpersatuan, memerap je kat bilik, ke mana semangat pemuda tu nak disalurkan? ke game? ke termenung sana sini? payah. sebab tu lelaki digalakkan untuk aktif berpersatuan. kalau tak jadi presiden pun takpe, tapi atleast join lah satu dua aktiviti. selain mengembangkan otak dan mematangkan pemikiran, boleh jugak meluaskan network ukhuwwah. bila network ukhuwwah dah meluas, senang menyalurkan semangat pemuda dan menyumbang fikrah islamiyyah. wah ayat. ini pandangan saya.

tapi untuk muslimat. cukup sekadar join usrah tarbiyah je kot. bukanlah saya kata JANGAN atau TAK BAIK berpersatuan, cuma itulah. kalau boleh, tak perlu terdedah sangat dengan kerja2 'luar' nih. yang nak kene muamalat bagai dengan kaum sana. susah la. sebab ada pengalaman kan. boleh je aktif, tapi 'berat' dan 'susah' sikit nak jaga hati etc nih. ini pun sekadar pandangan :) tak tau lah, tengok2 saya pulak yang paling aktif nnti :p


itulah sedikit sebanyak untuk kali ni. sebab umur makin dewasa kan. nak masuk 21 tahun. selalu kot tersilap bila ta'aruf. asyik sebut 20 tahun je. sedih, sebab nampak sangat tak selalu sebut 20 tahun, time dahulu kala. tapi i shouldn't worry, Allah knows best.

itu pendirian saya untuk join itu ini di main campus ni. mungkin some people ingat, orang macam saya ni, mesti target lagi tinggi kat main campus kan. heh. diktator abeh. selalu nya begitulah. tapi sometimes, tak. saya tengok, akak2 sejawatan saya dulu pun, relax je kat main campus nih. mungkin pendirian kami sama, atau mungkin busy. atau bagi can kat orang lain? heh. semuanya mungkin. tapi, bagi yang baru nak berjinak-jinak dan berminat nak aktif kat maincampus, falya tafadaal masykuroh. memang tak rugi lah join, asalkan boleh tawazun [balance] study dan persatuan. pastu jaga hati lebih sikit. tak rugi sangat, enhance confidence, enhance softskills, enhance cara berfikir, semuanya lah. pakej.

:)



Tuesday, January 11, 2011

~~


bismillahirrahmanirrahim.


terkejut saya bila di-tag kat FB, dengan satu poster anjuran Nursing Student Society [NurSS] sempena CamPro 2011. dah tahu dah sape yang tangannya hendak 'digaru' oleh saya. siap hang! :D

caption awal poster ni..

"FRC, Let's Get Married!!"

pergh.

macam proposal dari pihak saya pulak kn. :p

sekali baca, memang boleh sangat tersalah tafsir [which is I don't intend to get the caption wrong]. bila baca balik, 'FRC' yang dimaksudkan bukanlah untuk 'saya'. :p


bila terlepas Kepimpinan al-Fateh dan 7 Habits of Effective People, saya macam dah takde peluang nak pergi program under CamPro kali ni. talk on 'Cinta' ni pun berlansung Jumaat ni, saya pula insyaAllah akan menghadiri Mukhayyam Khariji kat Muadzam Shah. takpela, mungkin Mukhayyam tu terbaik ke untuk saya. who knows? :)


Monday, January 10, 2011

best quote :')

bismillahirrahmanirrahim..




"kdg2 nilai kejayaan itu terlalu mahal sehingga memerlukan pengorbanan jiwa n raga.."


:')





saya akan biarkan anda 'ghairah' mengejar cita-cita hingga yang tertinggi.. biarpun memerlukan seinfiniti pengorbanan daripada makhluk bergelar insan, atau mungkin yang lebih 'spesifik', tapi saya akan biarkan. semoga ianya Lillahi ta'ala..

"Semoga terus istiqamah mengejar cita-cita. semoga sentiasa berada dalam dakapan iman, lindungan dan lembayung rahmat Allah. semoga tabah menghadapi 'kerenah' dunia. semoga redha Allah bersamamu. doakan yang sama untukku."

:')



Sunday, January 9, 2011

hadiah.


bismillahirrahmanirrahim.



siapa lah yang tak suka dapat hadiah kan. semua orang suka. :)

hari ni bakal menyaksikan saya memberi hadiah kepada seorang lagi sahabat. kerana esok birthday dia.

cakap pasal hadiah, saya adalah orang yang paling tak tau beli hadiah.

hadiah apa, pembungkus warna apa, apa yang sesuai etc

pernah sekali, disebabkan tak tau nak beli apa, saya tanya ustaz Google kot. entah apa2.

tapi kan, walaupun saya ni tak reti nak beli hadiah, sejak zaman sekolah dulu, saya selalu 'dikerah' under biro prizes ni. tak kisahlah, in charge beli hadiah ke, atau balut hadiah. selalu. orang-orang ni tak perasan ke saya ni tak kreatif?

latest, untuk urusan beli hadiah, semasa AGM tahun lepas. heh, takdela latest mana. latest la untuk saya. saya diberi RM300, untuk 6 hadiah. 3 untuk kaum Hawa dan 3 untuk kaum Adam. so, kalau ikut perkiraan Maths Modern A1 time SPM, RM50 untuk satu hadiah.

malam sebelum agenda beli hadiah, dah berkira-kira dalam otak, nak beli apa nih. siap ajak roommate p teman kot. nasib baik, dia adalah bakat kreatif sket.

lepas tu, sebab 'bijak' sangat, dah tahu 'blur' nak beli apa, dok pergi tempat2 yang besaq [One Utama]. memang 'kepayahan' la nak beli apa. sebab hadiah ini bukan untuk teman2 rapat, yang kita tahu apa minat dorang, tapi tak tahu untuk siapa. so, kena beli dengan taste yang 'umum'. hadiah pulak semakin susah, kalau nak bagi orang perempuan. heisy.

bila saya tanya sorang committee, nak beli apa, dia jawab, "belilah teddy bear. perempuan kan suka teddy bear.". mak aih. suka hati ja conclude macam tu.

serius, kalau untuk lelaki, senang je. maksud senang tu bukan bermakna saya selalu bagi hadiah kat dorang, tapi senang sebab dorang tak banyak hal. belanja makan pun cukup kot.

tapi alhamdulillah, dapat juga saya accomlished job tu walaupun payah di awalnya. hadiah2nya, untuk perempuan, saya beli beg oversized [ala2 budak uia ke kelas], frame gambar [yang unik, kot, bagi saya] dan saya lupa lagi satu tuh :D untuk lelaki, saya beli frame gambar guna magnet [pelik ni, sbb tu saya beli], set cadar katil bujang warna hijau dan soklat gelap [warna pun feveret saya.kelakar, sebab takde idea dah] dan set tali pinggang dan wallet [yang ni saya paling suka, siapp berkotak bagai, saya beli kat section untuk hadiah hantaran :D]. tak aci kan? rasanya korang boleh agak saya sangat 'main-tarik-tolak' duit dengan hadiah2 tersebut. siap agak lagi sapa calon2 yang dapat hadiah tersebut. alhamdulillah, tiga orang je terkena sasaran. yang lain semua terlepas. ceh.

yang best tu, yang penerima hadiah 'Paling Popular' kategori lelaki akan mendapat set cadar katil bujang tu. dan al kebetulan, kategori tu seri kot. aiseh, tie pulak. dah tu, dua2 penerima nak bangun p amik hadiah kat stage. bila habis je ceremony tu, semua dah balik bilik, penerima utama tu mesej saya,"kau nak aku kerat hadiah ni macam mana? aku amik sarung bantal, dia amik cadar?hahaha".. ^^

oh ye, pasal hadiah ni jugak. saya jenis yang suka letak hadiah tu, instead of bagi by-hand kat penerima. kenapa, sebab saya tak tau nak cakap apa kalau saya bagi by hand kat orang tu. ni pun entah apa2. :D

saya akan 'kaget' jap kalau bagi by hand. takut2 reaksi dia tak seperti yang saya jangka. manalah tahu dia 'tolak' mentah-mentah ke kan. [dah macam proposal].. lagipun saya malu lah. nak bagi hadiah pun tak berani. apatah lagi nak buat benda lain.

sebab tu, setakat ni, kalau saya bagi hadiah, saya mesti minta tolong orang letak kat bilik dia, tak pun saya letak sendiri kat bilik dia, saya letak dalam beg dia, atau minta orang pass-kan kat dia. takde maknenye saya nak buat prize giving ceremony depan orang ramai. ceh. malu punya pasal.

lepas tu orang tu mesti sms saya pulak. tak pun call. seronoknya dapat happy kan orang :)

kalau orang tu 'abadi'kan dalam blog lagi best. tapi janganlah gebang satu dunia kat FB pulak. tu pun ciri2 nak buat saya malu tuh.

satu je prinsip saya guna, 'do not expect any in return'. bukan sombong membongkak, tapi nak cari 'ikhlas' dalam memberi kan. ceceh, guna istilah 'erti hidup pada memberi'. macam ust hasrizal pulak gamaknye. :D


siapalah dapat coklat esok nih.. ^__^

Saturday, January 8, 2011

bismillahirrahmanirrahim,..


apa yang kurang best kalau tinggal berjauhan dengan keluarga adalah, bila kita sakit, tak boleh balik rumah dan tiada siapa yang tolong melainkan diri sendiri.

ya Allah.

memanglah mengajar kita untuk berdikari, tapi suara ibu sayup2 kat telefon, pesan [sambil warning] untuk ke klinik, makin sayu pulak hati ni. alamak, saya memang malas kalau bab2 ke klinik nih. walaupun minat kerjaya berkaitan health care :|

memang tabah betul melalui hari ni. betullah kata 'orang', nikmat sihat tu lebih penting daripada kekayaan. kalau sakit, semua benda tak leh nak jadi perfectly. benda yang kita dok plan pun, jadi kelam kabut. ini apatah lagi. kemungkinan besar macam bakal 'skip' kelas first Management esok. ala....... :'(
saya dahla menunggu dengan sabarnya untuk kelas tuh. saya dah lama browse buku management. siap buat nota lagi. tapi nampaknye, terpaksa skip kelas esok. bukan sahaja skip kelas, talk on 7 habits of effective Muslim pun macam 'melayang' je.

plus, hari ahad ni sepatutnya ada workshop Kepimpinan al-Fateh kat KOM. sy dah bayar pendahuluan RM5. macam kena skip jugak je. see. pentingnya kesihatan untuk kita.

tapi la ni, Allah tarik jap nikmat tu. semoga sakit ni membawa kepada kafarah dosa. {banyak dosa kot nih}


Friday, January 7, 2011

1st usrah.

bismillahirrahmanirrahim..


hujan masih turun sejak semalam. walaupun sang Matahari menunjukkan muka hari tu, tapi kali ni dia merajuk balik kot. takpela, beralah kepada hujan yang tak sabar2 nak turun. hujan rahmat. hujan di pagi Jumaat.

masih teringat Diyanah. bangkit dari tidur tadi pun terus ingat kat dia.

Allah yusahhil.

~

semalam, setelah berpenat lelah menghadapi lecture 2 jam untuk subjek Molecular Biology, saya terus ke KOM *seperti biasa*. keluar je dari library, saya tak nampak dah bayang 'egg tart' di kiosk. cepat betul habis. takde rezeki egg tart saya semalam. yang tinggal hanya chocolate moist cake je. jemu. saya nak pastry je. alhamdulillah, dapat juga beli 2 [DUA] seperti kebiasaannya, hari ni ^_^

semalam juga merupakan detik pertemuan kali pertama dengan ahli usrah KARISMA yang saya join sejak kat cfs dulu. erm, kalau tak tau KARISMA, saya sebut IKRAM la.

dapat mesej, perubahan tempat, dari M1 ke Talhah 3. heh. dekat dengan bilik ex-roommate saya dulu.

terus la saya mesej roommate saya budak medic tu. dan dia konfemkan dengan saya, Talhah 3 sebelah blok dia. fine.

dalam hati, terus berdoa. saya tahu Talhah 3 tu ramai budak dentistry. saya HARAP sangat dapat jumpa sorang hamba Allah ni, Fatin Aziz. ei, geram betul saya. dah sebulan kat Kuantan ni, tak nampak lansung bayang muka apatah lagi hidung dia. tapi saya selalu je jumpa budak Dentistry lain.

pada sebelah malam nya, pd pukul 830 malam, saya berjalan ke T3 dengan Kevser. hehe, ahli usrah sejati. dah la klasmet. juga.

sampai sahaja di tangga kafe CF Bro, Fatin Aziz greet saya :D

amek hang. saya TERjerit kecil. kecil la sangat. sampai Fatin suruh slow kan volume, kira 'kecil' la kan. ya Allah rindunya kat Fatin. Kevser kat sebelah pun dah pelik.

akibat dah terlambat sebenarnya, Fatin bagi no bilik dia, and suruh saya datang bilik dia bila saya free. Talhah-Maimunah. insyaAllah :p

sebenarnya, nak cerita mengenai usrah pertama saya di Kuantan ni. kalah grup Study Circle nampaknya. masuk je musola T3 tu, saya di greet oleh 3 orang ahli lain. muka-muka mereka agak common di CFS, tapi saya memang tak kenal sangat. just tahu nama, tapi tak pernah seklas semua.

lepas tu, kak Shima yang usai solat Isya' terus greet saya juga. ouh, mereka sangat baik. dan kami mula Ta'aruf.

ahli usrah saya.

~Awatif, Radiology, 9 April 1990, Penang.
~Munirah, CTS, 7th November 1990, Johor. *:)*
~Aina, Pharmacy, 24th September 1991, Kajang.
~Kevser, BioMed, *sorry i forgot :p*, Gombak.
~Kak Shima, 27th September 1989, Terengganu, Medic.
~Kak Asma', 8 August 1989 {kalau tak silap}, Selangor, Pharmacy.

kak Asma' datang lambat sikit sebab dia ada hal. dua orang akak senior ni lah naqibah saya. :)

kami mulakan usrah dengan mentadabbur al-Qur'an. surah Muhammad, ayat 20-38.

lepas tu kami mulakan usrah dengan mengingati kembali 10 Muwasofat Tarbiyah. saya terus teringat satu blog ni, di mana itulah kali pertama saya membaca dan mengetahui 10 Muwasofat tersebut. thanks to that Akhi.

  1. Akidah yang sejahtera
  2. Ibadah yang benar
  3. Badan yang sihat
  4. Akhlak yang sempurna
  5. Menjaga masa
  6. Tersusun dalam urusannya
  7. Bermanfaat kepada orang lain
  8. Bersungguh-sungguh melawan nafsu
  9. Berdiri atas kaki sendiri
  10. Berpengetahuan luas
sebenarnya ada dinyatakan sekali dalam bahasa Arabnya, sebab selalunya orang hafal dalam bahasa Arab. tapi takpe, asalkan orang faham dan ambil manfaat.

kemudian, diteruskan lagi kepada intipati tajuk minggu ni. iaitu "Dalam Zikir dan Doa Terdapat Bekal" dalam buku Fiqh Dakwah.

seperti biasa, ayat 28 surah al-Ra'du menjadi tema berkaitan zikir. "Ketahuilah sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang".

ALLAH juga mengingatkan kita untuk berzikir sebanyak-banyaknya. zikir ini bukan sahaja dengan memegang tasbih. tapi juga MENGINGATI ALLAH setiap masa. kaitkan segalanya dengan Allah. insyaAllah hati akan menjadi tenang.

Ibn Taimiyyah juga mengingatkan, ibarat zikir kepada hati adalah seperti ikan memerlukan air. untuk kehidupan.

dalam surah Muhammad yang kami tadabbur tadi, ayat ke 25, ada dinyatakan mengenai mereka yang 'panjang angan-angan'. golongan ini adalah golongan yang berkira-kira untuk beribadat dan berbuat baik. seolah-olah mereka mempunyai masa yang banyak lagi di masa depan untuk beribadat. semoga kita tak tergolong dalam golongan ini. amin.

kak Shima juga mengambil satu pepatah, "Zikir adalah penawar, mengingat manusia adalah penyakit".

mana satu kita nak? pilihan di tangan kita.

kemudian kak Shima mengambil ibrah dari kisah Uwais al-Qarni yang sangat masyhur di penduduk langit, tapi tidak dikenali lansung oleh penduduk bumi. cerita Uwais ni sangat menarik. bila-bila free, sila lah tanya Ustaz Google ;)

Lastly, kami diberikan task utk minggu hadapan.

  • cari 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga
  • hafal doa Rabithah :)
tak dilupakan juga, mutaba'ah amal.

di akhir usrah, kami dihidangkan dengan spaghetti bolognaise dan puding karamel by Kak Asma'. alhamdulillah, rezeki perut yang lapar malam tadi. spaghetti sangat sedap. tapi saya tak jamah sangat puding karamel. sebab hari2 makan tart telur :p

terima kasih kak Asma' for the delight and warmest greeting for the usrah. syukur dapat berkenalan dengan orang baru :)

*tiba-tiba teringat main game The Sims yang ada level of social etc etc. saya dapat rasakan saya punya level of Social makin 'hijau'.. :) *

wallahu'alam.
bismillahirrahmanirrahim..


mode : duka.

salam takziah buat kawan baik saya, diyanah roslan, atas pemergian mama beliau yang tercinta ke pangkuan Sang Kekasih malam tadi.

saya hanya mampu sms kat dia. tabahkan hati wahai sahabat..


End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...